02 Jun 2011

Diana Adurah (siri 1)

AYAM JANTAN kesayangan atuk berkokok nyaring di atas tunggul rambai. Seekor ibu ayam datang terkedek-kedek dari balik semak, menunjukkan skill menggoda yang dipraktikkan sekian lama. Sayang, taktiknya tak menjadi, ayam jantan itu melompat turun menuju ke arah
reban.

Kih..kih..padan muka. Aku tersengeh sendiri, betapa seronoknya melihat
kekecewaan ayam itu. Kau ingat kau bagus?

"Hai, dah buang tebiat ke sengeh sorang-sorang?"

Erk! Senyuman yang manis macam gula kurasa mati. Perasaan gembira tadi terbang entah ke mana bila manusia yang paling aku tak gemar muncul tanpa diundang di depan mata. Kalau boleh wish dah lama aku nak matikan diri macam Snow White kat atas pelantar ni.

"Apa hal duduk sorang-sorang kat belakang nie? Dekat reban ayam pulak
tu..layan perasaan ke?"

"Memang!" jawabku, biar dia rasa bersalah sikit. Suka sangat mengacau ketenangan orang! Aznil tersenyum, macam terkena aje..

"tunang awak suruh saya sampaikan amanatnya.."

"Tak payah cakap apa-apa lagi..awak bagi tahu dia..tak hingin saya nak
dengar.."

"Cuba dengar dulu..dia kirim salam sayang, minta maaf banyak-banyak
kalau ada buat salah, dia cakap sebenarnya dia bergurau aje..

" What?!

Aku membulatkan mata macam bola golf. Bawak perempuan lain dengan motor
buruk dia depan aku just bergurau?

"Awak maafkan tak?" Aznil merenungku lama.

"Apa susah sangat ke nak cakap I am sorry direct to the point dengan saya?" Soalku geram. Tiap kali nak minta maaf selalu macam tu, tersengeh-sengeh macam orang gila talak.

"Okeylah sayang.."

sayang? Nak muntah!

"Saya minta maaf pasal tadi,"

"Senangnya cakap! Awak ingat elok sangat la perangai awak tu? Mak cik
Tipah tu siap laser melaser saya tau tak cakap mudah sangat biar tunang
usung anak dara orang lain, tau tak?"
"Aii..marah? Tadi cakap tak kisah kalau saya hantarkan si Rohana tu..Dah
awak cabar sangat saya..saya buatlah!"

"Awak ni kann eiiii!" Aku tak mampu berkata apa-apa lagi. Benci betul aku tengok muka Aznil. Sama bencinya aku tengok cicak yang selalu menggugurkan bom black and whitenya atas katil aku.

"Awak ingat saya pelik sangatlah awak berjaya bawak budak tu naik motor? Eh..tolong sikit..dah lah! Menyampah!" Tanpa menunggu lama aku terus berlari menuju ke dapur. Mak sedang sibuk memotong daging untuk dibuat masak kicap.

"Eh, mana si Aznil? Tadi mak nampak ada sama kamu kat pelantar tu..mengapa tak ajak minum dulu?"

"Dia dah minum racun!" jawabku lalu segera masuk ke bilik. Biar mak confuse sendiri.. Malas aku nak layan orang macam si BUAYA TEMBAGA tu.

Aku pun kadang-kadang tak mengerti kedudukan kami ni. Tiga bulan lalu tak disangka-sangka family Aznil datang membawa hajat yang amat mengejutkan aku. Aku tak pelik sangat kalau dia orang nak jodohkan aku dengan sepupunya yang baru balik dari State tu, boleh tahan jugaklah handsomenya. Tapi bila mak cakap sebenarnya pinangan tu untuk dijodohkan dengan Aznil aku rasa macam nak mati. Macammana nak percaya, sejak dari kecil lagi sampailah sekarang tak pernah berbaik apatah lagi nak hidup bersama..seumur hidup pulak tu! Tapi..aku pun pelik dengan diri aku. Masa mak tanya dulu aku just cakap suka hati mak la..ialah kan..dah berbesen-besen air liur mak mempromosikan si buaya yang dia berkenan sangat tu..dari celik mata sampai nak tutup mata balik cerita kebaikan si Aznil tu menyumbat telinga..aku pun cuma menurut ajelah..aku ni anak baik..Dan..yang aku hairan sama tu..si Aznil pun macam tu juga..sikit tak bantah. Jodoh orang tua kekal katanya, mak dia ceritalah! Macam mana dengan girlfriends dia yang bersepah-sepah tu? Apa jadi pada si Baya, Yati, Rina lebih-lebih lagi si Tiara bohsia tu, dulu bercinta bagai nak mati, sampai pernah serang aku gara-gara si Aznil celaka tu tujukan lagu Belaian Jiwa nak mengenakan aku, unplugged lagi kat dewan sekolah masa majlis Perpisahan Pelajar-Pelajar Senior form 5 & 6 1995. Aku? Aku macammana? Perasaan cinta memang tak pernah wujud dalam hati.

Zaman remaja, alam persekolahan kuhabiskan dengan pelajaran dan kawan-kawan. Cintan cintun ni aku memang tak minat, lebih-lebih lagi ada insan yang bertanggungjawab menyebabkan aku tawar hati sampai la ni..Siapa lagi kalau bukan si malaun penyangak kampung dusun tu..asal ada saja orang mengorat aku dia dah buat announcement aku ni girlfriend dia dunia akhirat..pantang aku ada secret admirer dia pandai-pandai jadi investigator tak bertauliah mencari si jejaka misteri. Bila dapat tahu
siapa, faham-faham sajalah, habis ditorturenya orang tu sampai tak berani nak minat kat aku lagi..siapa tak bengang? Dah tu nakalnya tuhan saja yang tahu. Makmal sains tu dah pernah terbakar gara-gara dia..kalau setakat bilik disiplin tu macam istana hinggap dia..ada saja yang tak kena. Tapi memanglah tak dinafikan teori orang dulu-dulu budak nakal ni cerdik..dia adalah salah seorang daripadanya. Aku pun pelik macammana dia belajar sampai boleh dapat 10A1 dalam SPM.. Tapi..yang misterinya kenapa setelah meninggalkan zaman itu tuhan takdirkan kami begini? Terus terang aku katakan aku tak pernah membayangkan akan hidup bersamanya..seteru nombor satu yang pernah menjadi nightmare aku..ishh..macammanalah hidup aku nanti, ishh..ngerinya!

"along," Ina dah pun masuk tanpa izin. Hiss..masa orang nak melayan perasaan masa tu la dia mengacau!

"Ngapa ni? Tak pergi kelas tambahan?"

"Kelas tambahan apa..along ni mengigau ye?

Cuba tengok jam pukul berapa?"

Aku menoleh ke arah dinding. Aah, dah dekat pukul 6.30 rupanya..patutlah adik aku dah balik ke rumah.

"Itulah memerap lagi..Ina dengar along tak tolong abah kat gerai tadi, ngape?"

"Orang pening kepalalah!" jawabku. Malas nak layan si renek ni lebih-lebih.

"Pening kepala ke..sakit hati?" Ina tersengih.

"Eh sibuklah! Pergi main jauh-jauh..biasalah kan..tuan puteri macam along nie kena rehat banyak.."

"Ceh..tuan puteri konon..piiiirah! Puteri Tom Yam! Malas Ina nak duduk sini lama-lama.. kang ada pulak perasan jadi Maharani..nah!" Sekuntum putik mawar merah segar dihulurkan kepadaku.

"Ina jumpa Abang kat bandar tadi, dia suruh kasi bunga ni kat along,"

Ye ke? Hemm..faham sangat..kalau bagi bunga tu tandanya I am sorry! Huluran Ina
kusambut.

"Sementara orang tengah sayang nie..baik layan Along..Abang Aznil tu kalau dah hilang sabar..10 kali ganda cun dari along pun dia boleh dapat tahu?"

"Eleh ingat along ni teruk sangat ke?"

"Hemm..susah cakap dengan kepala batu!" Sungut Ina sebelum keluar dari bilik. Aku cuma tersenyum.


"HAI!" Aku tidak jadi membungkus nasi lemak yang diorder oleh dua orang budak di depanku. Aznil dengan selamba mencapai secubit ikan bilis goreng dari bekasnya, membuatkan dua budak tadi tersengeh. Balik-balik muka dia ni lagi.

Memang selalunya Aznil akan datang ke sini kalau dia tak sibuk di kolam udang harimaunya. Hari ini mesti ayahnya keluar ke bandar sebab Perdana V6 warna hitam tiada. Cuma bawa motor buruk aje ke sini.

"Nak makan apa?" soalku sambil menyerahkan dua bungkus nasi lemak kepada budak itu.
"Daging harimau masak kicap dengan Rendang Godzilla," Aku menjelingnya
geram. Aznil cuma tersengih macam tak bersalah. Dua orang budak kecil itu tertawa kelucuan.

4 ulasan:

  1. http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fniknorsyellaasyekin.blogspot.com%2F&h=33d54

    BalasPadam
  2. permaisuri

    terima kasih :)

    BalasPadam
  3. berjaya habiskan epsod 1... hebat2!! next.... :)

    BalasPadam
  4. tahniah...sila tuntut hadiah anda daripada jiran sebelah rumah~~hahahahaha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...