01 Julai 2011

15 Seksaan di Dunia, Akhirat Jika Tinggal Solat Tanpa Taubat



Bercerita tentang solat ni.. Rasulullah s.a.w. bersabda, "barang siapa yg meninggalkan solat, maka sesungguhnya dia (seolah2) telah meruntuhkan agama"

Mengikut pendapat Ulama' jika kita belajar bahasa arab, perkataan 'seolah2' hanyalah penyedap ayat. perkataan 'sesungguhnya' dalah hadis tersebut merujuk pada 'fa qod' ertinya betul2 sungguh..atau dgn kata lain, nk menekankan bahawa meninggalkan solat ni berat sgt2..

Sehinggakan terdapat 2 kelompok ulama yg menjatuhkan hukum terhadap orng yg meninggalkan solat melalui hadis ini iaitu;

1. Kelompok ulama pertama mengatakan bahawa orang tidak solat ini, jenazahnya tidak menjadi fardhu kifayah utk di-solatkan.

2.Kelompok ulama' kedua ini lebih tegas dengan mengatakan bahawa jenazah orang yg tidak solat adalah HARAM di-solatkan dengan menghubungkan hadis di atas dengan sebuah lg hadis Rasulullah s.a.w., "orng yg tidak mendirikan solat bukanlah dari kalangan aku". Melalui hadis itu, jelas dan nyata bahawa meninggalkan solat adalah terkeluar dari Islam hukumnya. Ini juga dikaitkan dengan 15 balasan orng yg meninggalkan solat, 6 ketika hidup, 3 ketika nazak, 3 di alam barzakh dan 3 di padang mahsyar..yg mana 3 di padang mahsyar adalah salah satunya, Allah tidak akan mengampunkan dosanya dan dicampakkan dia ke dalam Neraka Saqar- neraka khas bg mereka yg tidak solat. Di bawah ada diperjelaskan sedikit sebanyak yang saya dapat dari kuliah berkaitan dengan 15 seksaan yg saya nyatakan di terdahulu..15 seksaan ini hanya kepada muslimin yang tidak sempat atau tidak mahu bertaubat..


15 seksaan di dunia, akhirat jika tinggal solat

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.
Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"

Jawab Baginda:

1.Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupan mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).

2.Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).

3.Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.

4.Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).

5.Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.
Doanya ditolak Allah.

6.Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: "Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya."

Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"
Jawab Baginda:

1.Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.

2.Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.

3.Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"

1.Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti."

2.Kubur orang yang meninggalkan solat juga gelap segelap2nya.

3.Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."

Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.

Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?"

Jawab Baginda:

1."Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.

Malaikat yang mengheretnya berteriak: I”nilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardhukan”. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar.

2.Ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.

3.Ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).

wallahu a'lam..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...