04 Jun 2011

Diana Adurah (siri3)

Aku cuma mampu tersenyum menahan gelora.

"Kau sure ke tu Tiara?" Soalku, manalah tahu si Aina ni salah orang.
"Tiara tak berubah..macam dulu jugak..aku tanya si Aznil, dia sendiri mengaku dah bertunang..err..okey la Dian, aku dah lambat nie..jumpa lagi.."
"Datang rumah Aina..ni no. telefon aku," aku menulis sepantas yang
boleh dan menghulurkan kepadanya.

Aina senyum dan kami bersalaman. Aku terpaku sejenak. Dia jumpa Tiara? Tiara ex-girlfriend dia yang kurang ajar tu? Sejak bila hubungan mereka terjalin semula? PHINN!! Perdana V6 itu berhenti di depan bangunan Bank Pertanian.

"Sorry lambat," Aznil tersenyum seperti biasa sebaik saja terpacak di depanku. Cepat dia membukakan pintu kereta. Aku mengangkat kening.

"apasal lambat? Jammed ke?" soalku.

"Hemm..jam teruk..!!"

"Traffic jammed dengan siapa? Dengan nenek awak?"

"ah..dengan nenek kebayan.." jawabnya disusuli tawa kecil.

Hii..terbakarnya hati..Ingat aku tengah buat lawak antarabangsa agaknya..

"Puas hati? Dua jam saya tercongok macam orang bodoh kat sini, tapi awak sedap jer minum dengan girlfriend awak .." Aznil merenungku lama. Baru perasan aku tengah marah?

"sorry la.." Pintanya cukup membuatkan aku sakit hati.

"Awak jumpa Tiara kan?"

Aznil membisu. Cukup membakar perasaanku kala itu.

"Saya tak suka awak perbodohkan saya macam awak perbodohkan girlfiends
awak tahu?!" Tak tunggu lama aku meninggalkan tempat itu. Aku tak kisah
kalau si Aznil bertemu Tiara, tapi aku cukup kecewa kerana tertipu dan
dipermain-mainkan!

ANGIN petang bertiup lembut membelai rambut. Petang-petang begini memang syok
layan blues kat atas pelantar sambil tengok ayam-ayam makan. Mujur keliling rumah banyak pokok, kalau tak..aku bangun menghampiri pokok jambu merah yang sedang lebat berbuah.

Emm..kalau makan cicah ngan gula nie...

Tak tunggu lama aku segera memanjat pokok jambu itu. Tiba di dahan yang paling atas aku berjuntai sambil memetik setangkai jambu yang masak ranum.

Nyamm! bestnya!

Sebenarnya dah lama tidak mempraktikkan kerja-kerja memanjat ni. Sejak berada di ITM Jengka aku jarang balik, keadaan yang tidak mengizinkan. Dua tahun setengah aku di sana, membawa haluan hidup selepas tamat sekolah. Waktu itu Aznil telahpun berada di oversea menyambung pelajarannya. Sejak itu jugalah hidupku aman daripada gangguan Aznil. Aku bersyukur sangat bila dapat tahu dia melanjutkan pelajaran ke UK selepas setahun persediaan di ITM. Waktu itu aku masih form 4. Tak perlulah bertemu muka..bertekak..Kalau boleh digambarkan perasaan gembira ini nak je aku lukis atas kertas yang paling besar kat dunia
ni. Masih terasa lagi sakit hati pasal hal tengah hari tadi. Aku cukup benci pada orang yang tidak berterus terang. Pasal dia jumpa Tiara tu lantaklah, peduli apa aku! Tapi, kenapa dia tak cakap awal-awal. Tak pun cerita aje la kat aku, bukan mati pun! Selama ni pun aku tak kisah, faham sangat perangai dia tu..lagipun kan ke Tiara tu girlfriend dia? Nak sangat balik kat Tiara tu no hal! Go ahead! Jumpa abah cakap nak putuskan pertunangan ini, tak mati aku kalau tak dapat dia..bersepah lagi orang nak kat aku..Yang aku geram tu kenapa tak kasi
tahu????? Eiii geramnya aku pijak-pijak kepala kau! Bisikku sambil memijak-mijak dahan jambu itu.

Prakkkk!!! Alamak?? Seraya itu aku rasa macam terawang-awang di udara.

"Mak!!!!"

Mampuslah jatuh atas tunggul kayu! Aku memejam mata rapat, menantikan saat tubuh terhempas macam nangka busuk di atas tanah. Tapi, terasa ada something menampung tubuh dan,

"Awak?"

Aznil menurunkan aku perlahan-lahan. Aku control perasaan malu. Tadi baru sumpah nak pijak kepala dia, alih- lih dia yang sambut aku! Control ayu..control ayu

"Nak bunuh diri lain kali cari pokok yang tinggi sikit, ni tak cukup tinggi ni," perli selamba. Eh, ingat aku ni dah hilang pedoman nak bunuh diri?

"Nak sangat ke saya mati cepat? Suka la hati awak sebab tak ada orang yang mengganggu hidup awak kan?"

Ambik kau nak sangat!

"Lagi la susah," Jawabnya sambil memetik sebiji jambu dari dahan yang paling hampir dengannya.

"Kenapa pulak?"

"Nanti saya nak kawin dengan siapa?" pura-pura tanya aku ? Peeeegii dahh!

"Kan Tiara ada.." sindirku sambil zelabuhkan punggung di atas pangkin.

"Marah lagi ke?" Hai buat-buat tanya pulak. Aku pandang ke arah lain.

"Rasa-rasanya?" Aznil tersenyum lantas duduk rapat disisiku.

"Tak kan le pasal tu pun nak marah..awak kan
steady.."

taik kucing!
"Saya tunggu awak lama tadi tau! Ingat kita ni apa tercongok depan bank tu..lain kali kalau berjanji tepatilah sikit..menyampah..bukan awak tak tau perangai saya yang memang pantang menunggu orang ni.."

"Ohhh..ni marah sebab lambat la..bukan pasal Tiara.."

"Eh..awak nak keluar dengan seribu perempuan pun saya tak heran la.."

"Ye ke? Habis kes kat gerai ari tu ..yang awak merajuk sehari suntuk tu..bukan pasal jealous ke?"

"Ehh..tolong sikit..tak kuasa tau jealous kat perangai buaya cam awak ni.." jawabku selamba.

"Habis tu..selama ni awak anggap saya ni macammana? Jangan nak bohong la..saya tahu.."

"Habis awak tu macammana pulak?" soalku kembali. Aznil tersengih.

"tolong boleh tak Dian?" pintanya.

"Tolong apa?" soalku.

"Senyum! Biar cun sikit," Eh..macam ni punya kelles tak cukup lagi?

Bodoh..tak pandai menilai..! Aku pandang ke arah lain. Tengok ayam lagi bagus daripada tengok muka dia..

"Dinda di manakah kau berada..rindu aku ingin jumpa meski lewat nada.."

"Jangan nak mengada-ngada tak suka dengar awak nyanyi lagu tu tau! Saya bukan dinda awak!" Aznil tergelak kecil.

"Hai..susah betul nak dapat senyum awak.." keluhnya.

"Dah tahu susah buat apa pilih saya?"

"Tu yang adventurenya.."

Ada saja jawapan yang menyakitkan hati. Aku sapu ngan taik ayam muka tu baru padan
muka.

"Dian.." Aku tak alih muka sikit pun. Sakit hati bila mengenangkan perangainya yang gila-gila ni. Iye la kan..kalaubenar dia sungguh nak kat aku..cuba ubah kelakuan tu sikit..awak tu tunang orang kalau aku buat kelaku serupa macammana? Sakit tak hati bila tengok aku membonceng motor lelaki lain? Keluar minum dengan orang lain?

"Yan.." serunya lagi bila aku membisu seribu bahasa. Tahu pun aku
marah! Pling!! Sekuntum putik mawar merah muda terpacak di depan mata.

Apologize le tu..
"Dian..i am sorry.." Ujarnya mengharap.

Aku pandang wajah Aznil lama.

Keikhlasan yang terpancar dari matanyalah membuatkan hatiku cair setiap kali
kami berselisih faham. Paling best mesti ada setangkai mawar warna merah muda.
Entah dari mana dia tahu bunga dan warna favourite aku..Dan ketika inilah nak tengok dia serius!

"Sebenarnya saya tak faham dengan awak ni, awak ni serius tak dengan saya ni?" soalku sambil membalas renungannya. Huluran mawar itu kusambut.

"Hui..soalan mencabar minda ni. Paper final exam pun tak sesusah ni,"

Aznil still nak berlawak.

"Macam ni la..oleh kerana awak dah lama jatuh hati kat saya, saya pun jatuh hati la kat awak.."

Apa?

"Oi pak cik, sedar ke tidak ni? Bila pulak saya jatuh hati kat awak? Ayam tu pun nak muntah dengar awak cakap macam tu, tau?"

"Okey, kalau ayam tu tak muntah maknanya betul awak nak kat saya,"

Aku rasa nak je pulas telinganya kuat-kuat. Mana ada dalam sejarah ayam muntah!

"Tengok ayam tu tak muntah, berak je. Maknanya awak nak kat saya,"

"Eh, sorry..saya tak pernah cakap tau saya nak kat awak..saya bertunang ni pun sebab family tau.."

"Takkan sikit pun tak ada perasaan kat saya..tipulah!"

"Habis..buang masa saya je suka kat awak, awak kan ramai girlfriends..so buat apa saya nak bazirkan perasaan saya untuk awak?" Padan muka!

"Tu semua suka-suka je..mengisi masa lapang.."

"Habis, saya ni pun sekadar mengisi masa lapang?" soalku.

"Siapa cakap macam tu..awak lain.."

"Lain sebab saya ni selalu menyusahkan awak?"

"Ha..ya betulll!!"

"Aznil..???" Aznil tertawa kelucuan. Gerammnya!!!
"Dah, malaslah nak layan awak! Aku bingkas bangun dan meninggalkannya di situ..

"ALONG! ALONG ALONG!!" suara kanak-kanak kedengaran dari bawah. Macam suara anak buah Aznil aje tu..Apa la budak-budak ni nak? Aku bangun dari pembaringan. Seketika, potret Aznil di sisi Virago kesayangannya kukerling. Serentak itu aku menjelir lidah, padan muka! Menyampah!

"ALONG ALONG!"

"Apa ni panggil along kuat kuat ni..ingat ni rancangan kucen besar tu ke?" soalku sambil menjengahkan kepala keluar tingkap. Kelihatan Ipan, Tur, Epoi, Jenor, Putet, Acik anak saudara Aznil sedang menanti di bawah.

"Along, Ucu suruh Along gi jumpa dia kat sungai," Apai anak kakak Aznil yang kedua merenungku lama.

"Bila balik Apai?" soalku.

"Semalam mama suruh Along datang rumah, nenek pun suruh.." Aku tersengeh. Untungnya dapat bakal ipar dan mertua yang baik..memang adik beradik dia baik-baik..dia je yang tak baik!

"Along, ucu suruh along jumpa dia..penting!" Tur mengingatkan tujuan utama mereka ke sini.

"Cakap kat dia, along malas nak pergi, banyak kerja nak buat,"
jawabku. Malas nak layan kerenah Aznil.

"Tak boleh! Ucu cakap ini antara hidup dan mati.."

Hidup dan mati?

"Kalau tak pergi tak boleh ke?" soalku.

Budak-budak tu cuma menggeleng kepala. Ishh..ni buat aku tak sedap hati ni, tak pernah-pernah dia suruh aku jumpa dia, selalunya dia yang datang jumpa aku, lebih-lebih lagi
kalau ada yang buat aku marah, pukul dua pagi pun dia sanggup datang selagi aku
tak maafkan. Tak pun, dia nak buat surprise kot..macam hari tu..sanggup tempah
mawar berdozen-dozen dari Cameron Highlands..lepas tu siap kasi rantai emas lagi gara-gara dia buat aku marah. Satu minggu aku mogok tak tegur dia..baru dia tahu kerasnya hati Diana Adurah ni..Adik-adik aku siap respect habis kat Aznil. Susah nak dapat lelaki yang sanggup buat macam tu katanya. Lagipun, setelah difikirkan semasak-masaknya..buat apa nak cari pasal dengan dia kan?

Kalau dia main-mainkan aku tak kan sampai ke tahap ni. Melibatkan keluarga pula tu. Aku rasa aku pun dah mula suka kat dia..sebab sejak bertunang ni..walaupun marah..sehari tak tengok muka dia rasa macam tak mandi satu hari..rimas semacam..

"alamak..eh..mana bunga tadi?" soal Acik tiba-tiba. Masing-masing berpandangan sesama sendiri.

"Hah..ni dia.." Acik menghulurkan sekuntum putik mawar yang dah
terperenyuk teruk. Mawar lagi?
"Dah lama ke Ucu tunggu along?" soalku sambil mencium bunga itu.

"Dah lama," Jawab Jenor sambil menyedut hingusnya yang hampir meleleh.

"Okey,jom kita pergi," Ajakku sambil menuruni tingkap itu.

"Oii..elok sangatlah tu..turunlah ikut pintu!" Teriak Ina dari ampaian bila tengok aku macam pencuri masuk rumah. Tak apa, nak jumpa tunang tersayang punya pasal!

"Biarlah Ina..orang baru belajar nak bercinta.." fina menyampuk lalu tertawa.

DERU air sungai dah kedengaran dari jauh. Kami melalui denai kecil untuk cepat sampai ke sungai . Apa yang dia buat kat sungai ni? Cari ikan kut..itulah kerjanya kalau tak sibuk di ladang atau di kolam udangnya. Sanggup simpan ijazah kerana nak jadi petani moden.

"along gi la kat bawah pokok buluh tu, kat batu batu tu.."

"Habis kau orang nak ke mana?" soalku, risau jugak kalau berdua kat sini.

"Ucu ada ngan Ijan, ngan abang Rahim.." Oh..iye ke? Aku senyum dan menuju ke arah yang disebutkan. Apa la yang Aznil nak cakap ni? Setakat Ijan dengan Rahim tu aku tak kisah sangat.

"Hihihi" Eh! Langkahku mati. Suara macam suara perempuan! Aku rasa tak sedap hati, takkan bawak perempuan kot! Ah..mesti Ijan tu nyamar kut, dia tu kan suka buat lawak! Aku menyedapkan hati dan menghampiri tempat itu. Tapi, ni apa hal ada sandal perempuan ni?

"Ala tak nak, takut..cepat la tolong.." suara perempuan jelas
kedengaran.

Aku segera turun ke gigi air dan di antara batu batuan itu aku lihat Aznil sedang memaut mesra pinggang sorang gadis dan gadis itu dengan penuh mengada-ngada memeluk leher Aznil di tengah-tengah arus yang deras. Dan, bila arus kuat datang dengan pantas Aznil merapatkan perempuan itu ke badannya.

Aku tergamam tak dapat berkata-kata. Putik mawar pemberiannya tadi terjatuh dari pegangan. Amboi, dengan aku sentuh pun tak berani, dengan perempuan tu?

Inikah balasan di atas keikhlasan aku selama ini?

Dan, setelah menyedari aku berdiri tidak jauh dari situ Aznil cepat-cepat mendapatkan aku.

"Ini ke hal hidup dan mati awak?" soalku. Air mata dah bergenang di birai mata. Sakit hati aku melihat Aznil masih mampu tersenyum. Tapi senyumannya mati bila melihat ada air jernih terjun dari kelopak mataku.


"Yan, awak dah salah sangka ni,"

"Saya tahu ini yang awak inginkan sangat betul tak? Kalau benar awak tak sukakan saya tak perlu nak tunjuk depan saya macam ni, saya pun tak pernah mengharapkan yang awak akan jadi milik saya,"

"Dian, cuba dengar dulu penjelasan saya," pintanya.

"Dah terang dan jelas kan? Nah! Ambil balik hak awak!" Cincin di jari manis kulucutkan dan kucampak ke tubuhnya.

"Dian!!" Tanpa menoleh lagi aku berlari pulang. Aku benci Aznil!!!

ABAH membetulkan kopiah putihnya di kepala. Mak yang asyik menjahit sesekali mengerling ke arahku. Suasana malam itu agak suram. Biasanya kami akan berkumpul bersama menonton tv. Adik-adikku awal-awal lagi dikerah masuk ke dalam bilik. Aku cuma buat muka selamba bila mata abah singgah di wajahku.

"Apa yang dah jadi ni, yan?" soal abah penuh lembut. Aku angkat muka.

"Apa yang dah terjadilah abah!" jawabku ringkas.

"Tahu tak apa yang kau dah buat ni?" soal mak pulak. Aku cuma buat muka sardin.

"Petang tadi kelam kabut Ngah Usop dengan Som datang ke sini tanyakan hal siang tadi," abah menggeleng kepala, bingung.

"Dia yang cari pasal dulu, sakit kan hati orang..tak serius.."

"Kalau si Aznil tu tak serius takkan sampai kau berdua bertunang ni Diana ooii.." mak bersuara.

"Apa yang kurangnya Aznil tu? Pelajaran ada..rupa ada..rajin bekerja..kau tengok tu..umur belum lagi masuk 30 dah ada macam-macam..agama pun alhamdulillah..bahagia hidup kau dunia akhirat..ingat senang ke nak dapat budak baik macam Aznil tu?" Amboi, beriya-iya benar abah puji bakal menantu nampak!

"Yan tak nak kawin dengan dia,"

"Kenapa dulu tak cakap awal-awal? Kan mak tanya dulu masa dia orang merisik kau..kenapa masa tu tak cakap terus terang tak sukakan dia?"

"Dulu ingat tak jadi macam ni.."

"Dah tu?"

"Tolonglah mak, abah..Yan betul-betul dah tawar hati kat dia.." pintaku.

"Jangan nak malukan abah, Dian, Abah tak mahu timbul masalah macam ni..ni
abah tak suka ni.." warning abah.

"Kan abah kau ni pantang undur belakang..bak kata Slam tu..Tak Mungkin Berpaling.." Hai, boleh tahan jugak mak aku ni..aku sengih.

"Like father like doughter, Yan pun tak mungkin berpaling jugak mak,"

"Eh budak ni!" Mak membeliakkan matanya. Biarlah, yang nak kawin aku, bukan dia orang. Sukalah aku punya decision!

"Sudahlah tu mak nya..cakap banyak pun tak guna," Mak dah pandang muka abah cemas. Aku pulak tersenyum macam dapat duit satu juta. Tentu abah tak mahu memanjangkan cerita. Cinta tak boleh dipaksa..kawin pun tak boleh dipaksa..dah aku tak mahu, so kenalah terima. Macam ni la abah yang understanding!

"Nanti dulu bang, saya belum habis lagi ni..apa kesalahan Aznil sampai kau tak nak kat dia?"

"Yan tak suka dia, tu je ..Yan rasa tak boleh hidup dengan dia.."jawabku ringkas.

"Kalau iye pun tak suka ikut la adat..kita ni orang melayu, orang kita kaya dengan adat.." mak menggeleng kepala.

"Ikut adatlah ni..Yan bagitahu kat mak..abah..nanti mak dengan abah cakaplah kat keluarga dia!"

"Amboi..pandai sangat mengajar orang tua.." tegur abah setelah sekian lama membisu.

"Anak abah kan..mestilah pandai.." Saja aku menyakat abah.

"Hai maknya..lemah akal saya cakap dengan anak awak ni.."

"Kau ni memalukan mak dengan abah aje tau Yan? Kejap nak kejap tak nak..lepas tu main ikut sedap hati je bertindak.."

"Betullah apa yang Yan buat ni mak.."

"Betul? Yang kau pergi baling cincin tunang kau tu siapa suruh? Macam tu ke pulangkan pemberian orang?" soal mak geram.

"Mana ada.." jawabku slow sambil mengurut-urut jari manisku yang telah kosong. Mak menjeling tajam.

"Habis, yang kau campak kat sungai tadi tu apa?"

"Tu..itu bukan cincin tunang..tu cincin yang mak kasi hari tu..Yan silap buang.."

"Apa? Silap? Betul bukan cincin tunang?" soal mak bertalu-talu. Aku angguk sikit.

"Jadi, cincin tunang tu ada lagilah?" Aku mengangguk terpaksa membuatkan mak dan abah tersenyum lega.

"Tapi mak abah..Yan tetap dengan keputusan Yan.." kata kata ku itu membuatkan mak dan abah terdiam. Abah mengurut kepala bingung.
Aku cuma buat dek sambil menoleh ke arah bilik. Ehh..ada pengintip kat balik langsir!
Ohh..mendengar dari tadi rupanya..kalau ada lastik dah lama aku lastik tiga-tiga ekor tu.

"Kenapalah dengan kau ni Yan.."keluh mak. Aku senyum. Nampaknya kemenangan berada di pihak aku!

"Dah la tu maknya..marilah kita pergi," Abah akhirnya bersuara. Mak pandang abah lama.

"Apa pandang-pandang saya pulak? Cepatlah siap!" gesa abah. Mak renung abah antara percaya dan tidak.

"Awak biar betul abahnya.."

"Betullah..apa yang tak betulnya? Kita pergi rumah Usop sekarang jugak," Yahoo!! Kalau tak fikir mak dan abah ada kat situ dah lama aku melompat tinggi. Bye bye buaya darat!!

"Abahnya..benda ni masih boleh diselesaikan antara kita anak beranak..takkan cepat benar awak terpengaruh dengan budak ni..fikir habis-habis bang.."

"Daripada benda ni berlarutan dan bertambah memeningkan kepala saya..lebih baik kita.." Abah mencapai kunci vannya yang tersangkut di dinding.

"Kita apa?" soal mak sambil membetulkan tudung kepala. Apa la mak ni, tak faham-faham lagi ke?

"Kita cepatkan tarikh langsung budak berdua ni!" Apa? Saat itu aku
rasa nyawaku melayang. Abahh??

SEGALA yang ditentukan oleh Ilahi tak mampu kita mengubahnya. Segalanya sudah tertulis dalam takdir. Macam tu la juga yang tertulis dalam takdir aku. Keputusan abah muktamad, tak ada warna lain melainkan hitam dan putih sahaja.

Aku akan dijodohkan dengan Aznil bukan pada akhir tahun depan seperti yang ditetapkan dahulu, tapi hujung bulan ni! Ini bermakna cuma ada dua minggu lagi aku akan bergelar anak dara. Matilah aku macam ni, agaknya kalau jadi cicak dah lama bunuh diri. Barulah aku mengerti kenapa gadis selalu lari dari rumah bila dipaksa berkahwin dengan orang yang tidak dicintai. Agaknya macam kes aku sekarang ni la kot?

Persiapan kenduri dahpun dibuat, mak dah sibuk menempah itu ini untuk kenduri. Lembu kabarnya dua ekor nak ditumbangkan. Aneh..kawin paksa ni dipermudahkan pulak jalannya. Dan dan tu jugaklah lembu senang dapat..ramai pulak sukarela menolong mendirikan kemah..menyiapkan bangsal memasak..tolong itu tolong ini..pelamin..hantaran..baju nak kawin pun siap ada orang nak sponsor lagi..Orang kampung dan sanak saudara dah dijemput untuk meraikan hari yang bakal menghitamkan hidup aku. Uwaa sampai hati Abah!!

"Eiiii bestnya dapat abang ipar..bagus abah kawinkan along cepat-cepat, kalau tak mesti melepas punya..tak ada sapa lagi boleh rampas abang Takagi kita.." aku rasa nak siat-siat aje mulut si Fina ni. Menatang apa yang best sangat ada pada malaun tu?

"Eh, kau suka dia kan? Kau pergi cakap kat abah kau yang nak kawin dengan dia,"
"Apa la along ni! Orang nak kawin happy, dia susah hati pulak!"
sampuk Ina sambil membetulkan kelopak bunga telur yang disusun ke dalam pahar.

"Abang tu baik apa..dia sayang kat along..kalau tak tak kan dia nak kawin dengan along yang degil macam apa ni.." ujar Rina sambil membetulkan labuci yang dijahit pada baju untuk akad nikah nanti. Bab andam mengandam ni dia memang teror.

"Baik? Macam tu pun baik ke? Macam mambang tanah je.."

"Amboi..sedapnya mengata orang mambang.." mak tiba-tiba muncul di balik
langsir.

Aku pandang Ina, Fina dan Rina yang dah tersengih-sengih memerli. Sejak kes hari tu mak dan abah serta adik beradik aku bukan main backing lagi menantu pilihan mereka. Sorang pun tak mahu menyebelahi aku. Ikutkan hati mahu saja aku ambil tindakan lari dari rumah, tapi aku malaslah nak memecahkan tradisi keluarga yang terkenal dengan adab mulia ini. Nanti mana dia orang nak letak muka. Dan tak mahu jugalah aku tersenarai dalam list anak derhaka nanti..

"Tu, Aznil dah tunggu kat luar tu..pergi cepat," gesa mak..Oooo dah 5 hari buat salah baru hari ni datang jumpa aku??

"Pegi la along.." Rina memujuk bila aku sikit pun tak bergerak. Ah..tak kuasa aku!

"Tah! Nanti abah bising baru tahu," Abah? Alamak..ni yang buat aku berbelah bagi ni. Abah tu bukan aku tak tahu. Bila dia dah bukak ceramah..faham-faham aje la..silap haribulan..ada pulak yang kena kawin hari ni. Mahu tak mahu aku terpaksa keluar jugak bila mata mak dah naik juling menjeling.

Kelihatan Aznil sedang menanti di hujung tanggasambil memerhatikan anak ayam yang baru menetas memagut beras yang mak tabur. Amboi, bergaya sakan nampak..bawak Virago lagi..Sekali pandang memang macam hero siri Tokyo Cinderella Story. Sebab itulah adik-adik aku menggelarnya `Takagi’.

"Dinda..dimanakah kau berada ..rindu aku ingin jumpa.." usiknya macam biasa, seolah-olah langsung tak perasan yang muka aku dah macam jeruk mangga masamnya.

"Ngapa datang sini?" soalku kasar tanpa memandang wajahnya.

"Rindulah kat awak.." cis! Rasa nak ludah je atas hidung dia, rindu konon!

"Dah jangan cakap banyak, saya ada kerja lain nak buat ni..apa yang rasa nak cakap sekarang, cakap!" tegasku.

"Marah sangat ke kat saya sampai tak sudi nak pandang muka saya?"

"Hai, boleh tanya lagi? Awak ingat saya tengah suka hati la sekarang ni?" luahku geram. Aznil menggeleng kepala melihat aku marah membabi buta.

"Saya ada buat salah ke?" kalaulah dalam majalah Ujang sekarang ni dah lama karektor aku mengeluarkan apa atas kepala. Or course la bodoh!

"kalau saya salah saya minta maaf, lain kali saya tak buat lagi, okey?"

"Macam tu je? Ingat senang ke saya nak terima maaf awak tu? Awak ingat saya ni apa? Patung? Tunggul kayu? Tayar motor awak?" memang aku marah benar kali ini. Dia ingat selama ini perasaan aku boleh dilebihkurangkan sesuka hati dia? Mentang-mentanglah dia lelaki dia boleh lakukan apa saja untuk buktikan kuasa dia?

"Okey la..okey la..kalau awak marah saya pasal Tiara hari tu, saya mengaku memang saya terjumpa dia masa nak ambil awak kat bank hari tu. Tapi antara saya dengan dia tak ada apa-apa. Tiara dah kawin masa saya kat UK dulu, hari tu jumpa dia pun dengan husband dia, husband dia pergi parking kereta kami minum la dulu," Aznil dah berdiri di depanku.

"Tapi apasal awak tipu saya?"

"Saya memang nak cerita, tapi saya tak mahu awak tersalah sangka..sebab Tiara antara yang serius dengan saya dulu,"

"Dan pasal kat sungai hari tu," aku rasa darahku dah menyirap ke muka.

"saya tak nak dengar apa-apa pasal tu," aku memusingkan badan mahu masuk ke dalam, dan sepantas itu juga Aznil memegang lenganku.

"Yan, jangan la buat macam ni..kita dah nak kawin ni,"

"Siapa nak kawin dengan awak?" bentakku geram. Sakit hati tak terkira rasanya bila dia berani sentuh aku.

"Kalau saya bersalah saya minta maaf okey?" pintanya lagi.

"Sampai mati pun saya tak akan maafkan, tu pun kalau betul awak mati baru saya pertimbangkan,"

"Awak nak saya mati ke?"

"Kalau iye kenapa?"

"Betul awak suka saya mati?"

"Ha..get lost!" Tanpa tunggu lama aku terus naik meninggalkan Aznil yang termangu-mangu macam orang bodoh. Tak lam lepas tu aku dengar Viragonya memecut laju, lain daripada biasa. Marah sama kut, ah..biarkan!

"Siapa ajar kau cakap macam tu dengan bakal suami?" Ops! Mak dah berdiri di depanku. Sah dia dah dengar semuanya.

"Mak tak pernah didik kau jadi kurang ajar..mak nak kau telefon dia sekarang jugak mintak maaf. Kalau taak jangan panggil mak ni mak kau lagi.."
aku terlopong memandang mak yang dah pun melangkah ke dapur. Kerana si aznil tu mak sanggup tak tegur aku?

"Apa la along ni," Ina keluar dari bilik dengan muka masam tanda marah kat aku.

"kau orang tahu apa?"

"Along tu yang teruk! Along sebenarnya ego, besar kepala. Kata abang Aznil tak baik, jahat, habis along tu baik sangatlah? Kalau along macam ni la..memang tak kawin sampai ke tua, tau? Ina pun hilang sabar dengan perangai along ni.." beraninya Ina!

Tak tunggu lama aku melangkah deras meninggalkan halaman rumah. Jalan-jalan lagi baik. Tak pening kepala. Tak ada orang nak membebel..nak cakap macam nak runtuh langit.

Kaki ku atur ke arah sungai. Duduk melepak di atas pokok ara yang condong ke perut sungai sambil makan tebu lagi baik daripada berada di rumah. Sejak peristiwa itu aku benar-benar tersinggung dengan Aznil. Pelik, sebelum ini aku tidak pernah bersikap begini. Bukan tak pernah dia berbual mesra dengan perempuan lain, mengorat pun dia selalu buat depan mata. Tetapi, kenapa kali ini aku tiba-tiba berubah menjadi pendendam? Dan, aku sendiri tak menyangka aku menangis kerana kecewa yang teramat sangat.. Ah..kadang-kadang timbul rasa kesal di hati. Antara kami berdua, cinta sangat misteri. Malah belum pernah dia lafazkan kata-kata cinta kepadaku. Aku lagilah tak pernah! Takkan perigi yang nak cari timba! Kalau tanpa cinta, bagaimana perkahwinan ini nanti? Adakah perkahwinan ini semata-mata kerana hajat keluarga yang inginkan kesinambungan dalam keakraban mereka?

Ah..bingung..bingung..kahwin? bersediakah aku untuk hidup bersama Aznil ? Ini soal hidup, soal masa depan. Bagaimana kalau aku ditakdirkan tidak bahagia nanti? Salah emak dan abahkah? Aku mengeluh lemah. Di ruang mata terbayang wajah Aznil. Dan dari matanya yang redup itu aku tahu dia memang baik, tapi baik tak semestinya jujur!

"Along!" terdengar suara Ina memanggilku dari jauh. Apa hal pulak ni?

Ina berlari laju dan serta merta memelukku sambil menangis tersedu-sedu. Pokok ara bergoyang hebat lantaran tindakan Ina itu.

"Eh..kenapa ni? Jatuh pulak dalam sungai ni nanti.." soalku lantas memapahnya ke tebing sungai.

"Kenapa ni?" soalku bila tengok Ina menangis macam kena sawan babi.

"A..a..abang Aznil!"

"Ha, kenapa dengan dia? Dah mampus ke? Dah mati?" Saja aku buat macam tu. Susah sangat nak cakap..aku pun bosan jugak tunggu lama-lama. Dah tu, air mata dia campur air hingus dah habis meleleh atas bahu aku..eeii..

"Ha!" Ina meratap lagi.

"Ha? Apa yang ha?" soalku.

"Abang Aznil dah tak ada!" Ha?
"Tak ada kemana?"

"Abang dah..dah..huuuu" Ina menyembam muka ke bahuku.

"Iye ke..baguslah!" spontan saja perkataan itu keluar dari mulutku.
Aku pun tak sedar tapi betul ke cerita Ina ni?

"Along! Kenapa along cakap macam tu..Abang Aznil dah tak ada lagi tau
tak..? Along tahu tak??" Ina tengking aku macam dia tengking anak ayam
yang selalu berak atas tangga rumah.

"Biarlah.."

"Abang Aznil pergi sebab nak beli bunga mawar yang selalu dia bagi kat along tau tak? Dia accident masa balik dari bandar tadi. " Aku pandang wajah Ina macam tak percaya.

"Iye ke? Baguslah!" Balasku. Tapi..aku terasa mataku pedih..betulkah Aznil dah tiada? Sudah pergi dari alam maya ini? Putik mawar merah untukku puncanya? Langkah yang kuatur kian ringan. Suara Ina cuma sayup-sayup kedengaran. Dan akhirnya aku cuma melihat kegelapan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...