"Sampai matilah tak dapat kalau macam tu punya selera!" jawabku
selamba.
"Mati pun tak apa..asalkan kat tangan awak," Aku jeling dia macam nak terkeluar biji mata.
"Tu kuey teaw goreng siapa?" Soalnya sambil mengerling ke arah pinggan di atas meja.
"Saya punya awak nak ke?" soalku sambil mencapai pinggan tapi..
"Emm..sedap!" Aznil sudahpun menyuapkan kuey teaw itu ke mulutnya."
Kan saya punya tu..saya dah makan tadi.."
"Tak apa..fiance saya punya gak.."jawabnya selamba. Aku cuma menggeleng kepala.
"Abah mana?" hai..belum apa-apa dah panggil abah? Macam confident je orang nak kawin ngan dia..
"Abah pergi bandar jap..bayar bil telefon," jawabku sambil menarik kerusi duduk di depannya. Aznil mengangguk faham sambil meneruskan suapannya. Seketika kemudian dia tiba-tiba mengerut kening.
"kenapa?" soalku hairan.
"Siapa masak kuey teaw ni?" soalnya.
"Abahlah,"
"Nasib baik " dia seolah-olah lega.
"Kenapa?"
"Nasib baik abah masak..kalau awak masak..sakit perutlah saya dua tiga malam..pedas..masin..hemm..bak kata memang nazaklah!" Cis..
"Dah tu selama ni kalau saya masak apa-apa tu apasal awak makan sampai
tambah 3-4 kali?"
"Kang kalau saya tak makan awak kecik ati..satu hal pulak saya nak pujuk balik..lagipun..yang tak sedap itulah penyerinya..betul tak sayang?"
mulalah tu!
"Kalau macam tu..tak payah lagi datang sini..penat je kita masak.."
Tak tunggu lama aku masuk ke belakang. Malas nak layan buaya tu. Bila jumpa
kalau tak bergaduh tak sah! Kalau macam ni la..alamat hari-harilah periuk
belanga melayang!
Burrrkk! Opocot mak, kambing @ tenuk! Aku segera berpaling ke belakang. Aznil tertawa kelucuan. Heii bukan dia tak tahu pantang aku kalau sendawa macam bunyi katak!
"Awak ni buruk laku la!"
"Tak apa, janji awak sayang kat saya," Cheh! Aznil tertawa lagi.
"Kan saya dah pesan, saya tak suka awak buat macam tu?" ujarku geram.
"Tak apa, yang tak disuka tu la yang menambahkan kemesraan!" jawabnya selamba.
"Mesra? Mesra macammana? Mesra macam ni?" soalku sambil tangan meluru mencubit lengannya.
"Adoiiii! Aww..Adoiii!!" rasakan! Cubitan semakin bertalu-talu hinggap di lengan dan perutnya. Biar, puas hati aku!
"EHEMMM!" Alamak! Abah?
"Dah lama Nil?" soal abah bersahaja dalam nada cool sambil meletakkan seplastik sayur di atas meja.
"Err..baru je abah, Eh!! Pak long!" Aznil sengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Aku bulat mata kasi amaran. Gila, ingat abah suka agaknya. Abah tu buka aku tak tahu, nampak je cool..kang kalau bukak ceramah kang.. berdesing-desing telinga! Tapi tak tahulah kalau dengan Aznil bakal menantu kesayangannya ini. Kadang-kadang aku tak faham abah ni. Namun aku dapat merasakan, kalau aku tolak pinangan dari keluarga Aznil dulu pasti abah suruh terima juga. Bapa Aznil dengan abah memang kawan baik sejak dari kecil lagi.
Tak hairanlah kalau kami dijodohkan semata-mata untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Iyelah, kalau bukan dengan Aznil siapa lagi? Dia anak bongsu, kebetulan semua abang dan kakaknya sudah berumah tangga.
"Dian, nanti panaskan sup tu," pesan abah. Aku menurut perintah. Abah mula sibuk memunggah barang-barang dari bonet vannya.
"Yang, anje balik dulu ye?" Makkk!!! Aznil tertawa lucu sambil bersalam dengan abah sebelum menghidupkan enjin motor buruknya. Sial betul dia ni, suka buat perkara yang aku benci. Ha ha ha..Alamak..abah sudah terbahak-bahak tertawa melihat telatah kami berdua. Ya Allah..malunya!
"Dian balik kejap bah," tanpa lengah aku cabut lari balik kerumah. Nantilah kau!
"ALONG!!" nasi yang kusuap hampir-hampir tersembur keluar. Kalau terhambur betul sah kena tepat-tepat kat muka abah!
"Along cepatlah!" Fina berteriak lagi, mengalahkan suara nenek kebayan yang hilang tongkat saktinya.
"Apa dia?" soalku sambil membasuh tangan dan melangkah anak tangga menuju ke ruang tamu. Si Fina ni memang suka menjerit, sikit-sikit jerit, padahal jarak antara dapur dengan ruang tamu bukan jauh sangat, tak matinya kalau setakat nak panggil sesiapapun.
"Apa jerit-jerit ni Fina?" soalku kurang senang. Apa taknye, mak dah jeling-jeling tadi, sampai nak suap nasi pun tak selesa.
"Tu, buah hati telefon," jawabnya tanpa memandang mukaku. Buah hati?
"Kau cakaplah kat dia along tak ada buah hati,"
"Ngade..Abang Aznil dah tunggu lama tu!" Fina mencebik geram. Mentang-mentanglah
tengah syok tengok Mohabbatain..marahlah tu! Jiwang karat!
"Hello! Nak apa?"
"Mak oii..garangnya.."
"Apa hal awak telefon ni? Orang tengah makan tau tak?"
"Ala,saya pun belum makan lagi nie..tak apa..sama-sama lapar ye.."
"Jangan nak mengarut la..ngape telefon?"
"Mak saya suruh saya bawa awak tengok cita mat saleh malam ni.."
"Woi..tak sihat ye? Ingat saya ni apa? Dah jangan nak buat lawak,"
"eleh..orang gurau aje la.." Ha, tahu pun, pepandai sangat membabitkan mak dia dalam perkara ni..durhaka punya anak!
"Saya call ni nak tanya, confirm tak keluar esok?" soalnya. Aku kerut kening. Baru teringat siang tadi mak dia jumpa suruh tolong carikan kain langsir di bandar. Aku terdiam sejenak.
"Confirm la..kan mak awak yang suruh.." Jawabku.
"Naik motor yek?" dia mula mengusik. "Kalau macam tu, awak pergi sorang!" jawabku geram. Aznil tertawa mengekek. Bukan dia tak tahu aku tak suka naik motor dengannya.
Bukan apa, dulu sekali aku pernah pergi kenduri di rumah saudaranya. Dia punyalah dengki, jemput aku naik motor. So tak ada choice la..Dah la bawak macam ribut, masa balik tu kain aku termasuk dalam rim, habis baju sutera kesayangan aku terkoyak. Lepas tu haram aku nak bertenggek kat motor dia. Nasib baik ganti balik baju sutera tu..kalau tak..
"Yan, boleh tak awak senyum sikit?" Dah, apa hal pulak suruh aku senyum ni? Gilo apo?
"Kenapa, kalau saya senyum pun bukan awak nampak. Nak suruh saya gila senyum sorang-sorang?"
"Eh, saya nampak" Kah..kah kah satu lawak antarabangsa yang amat menggelikan hati pak cik!
"Awak nak tahu satu perkara tak?" soalku.
"Apa dia?"
"Awak ni buat lawak bodohlah..tak ada modal lain ke?"
"Saya pun nak bagitau satu perkara,"
"so, tell me now," ceh..speak london lagi..
"Muka awak tu huduh sangat kalau tak senyum.."
Whatt!!!
"Eh, sukalah! Muka saya, buruk ke hodoh ke..kerepot ke..jelita ke..awak peduli apa?"
"Eh, mesti la peduli! Awak tu kan tunang saya..saya ni kan kacak, macho, handsome,cute barulah sepadan.."
Ya rabbi..perasan gila
"Nyusahkan awak ke kalau saya tak senyum? Penting ke? Mati ke?"
"Of course yes! Nanti cepat kerepot baru menyesal..saya kawin lagi satu nanti menangis tak berlagu.." Amboi sedapnya cakap!
"Ohh..belum apa-apa dah berhajat besar nak bukak cawangan nie..Eh, kita tak heranlah!
Pasanglah berapa awak suka, go to hell!"
"Aikk..bunyi macam jealous jer.."
"What? Please..tak ada masa nak layan awak!"
"Kalau macam tu tak apa la kalau saya keluar dengan Tiara malam ni?"
Apa? Tiara? Awek lama dia?
"Hai..senyap je kecewa separuh mati ke.."
"Hei..tollong sikit..sudahlah!" Klik. Rasa nak gigit je telefon tu.
Gerammm!! Bukan geram apa..sakit hati je. Eleh, dia ingat aku ni terhegeh-hegeh nak kat dia? Kalau tak fikir mak bapak tak hinginnya aku..bukan aku tak tahu perangai playboy dia tu.
Tukar sana..tukar sini..macam tukar baju. Tapi dengan aku, sorry la. Kadang-kadang mahu saja aku putuskan pertunangan ini. Tapi aku tahu ianya tak mungkin terjadi dan tak akan
terjadi. Banyak sebab yang membuatkan aku berfikir dua kali sebelum membuat keputusan. Pertama, aku fikirkan persahabatan abah dan Ngah Deli kalau kami memutuskan pertunangan ini. Tentu tak elok kan? Lagipun ibu Aznil baik sangat dengan aku, sejak dari dulu lagi sebelum pertunangan ini. Keduanya, dia ni tak adalah jahat mana..cuma nakal ngan mengada-ngada je lebih!
Dia tak macam orang lain. Berdikari, menghormati orang tua, bijak, tak sombong dan paling aku suka, dia cukup gigih dan pandai mengumpulharta. Dalam usia yang muda macam-macam dia dah buat, buka kolam ikan,buat restoran terapung..ladang berekar-ekar dengan
tanaman kormesil..tapi..dalam situasi macam nie, tak kawin dengan dia pun tak apa!
"Gaduh lagi la tu.." Fina rupanya menjadi pendengar setia sejak dari tadi rupanya.
“ Eleh..yang kau sayang sangat kat dia tu kenapa..kau nak kawin dengan dia? Ha..pergi kawin!”
"Along tu memang.." si Rina pula menyampuk, entah bila dia datang kesini aku pun tak perasan.
"Abang Aznil tu bagus tau along, tak rasa apa-apa ke kat dia?" satu soalan bodoh keluar dari mulut Fina.
"Kalau Rina la..tak lepas punya..tak kuasa nak gaduh-gaduh nie..orang bodoh je buat macam tu..rugi!" Rina tersengih macam kerang busuk.
"ah..sudahlah! Apa bagus sangat si mamat tu? Cuba bagi tahu sikit pada beta yang cun dari korang nih.." sengaja aku nak meloyakan tekak Fina dan Rina.
"Iyelah..abang Aznil tu dah la handsome..rajin..ada degree lagi..baik..pandai cari harta..pulak tu selalu belanja kami makan best-best..kalau pegi ladang tak bawak balik buah mempelam ke..jambu madu ke..limau manis ke..nangka madu ke..tak sah..dah tu terror maths pulak..bukan macam along tu..tidur..baca novel..tido baca novel..tu la kerjanya.."
"Ohh..kalau si Aznil tu sayang mengalahkan sayang kat aku.." Rina dan
Fina cuma tersengih.
"Sayangilah Abang Aznil sepenuh hati along..banyak benefits yang dapat kami tumpang sekaki nanti," Macam ahli politik si Fina menasihati aku.
"Benefit apa yang kau orang nak tumpang sekaki?"
"Tu..virago sebijik V6 tu..Kembara yang dia selalu bawa masa kita tengok Teratak Azyan.. sempena nama Along dan dia tu..ala yang kat tepi tasik tu.."
Aku cuma menggeleng kepala.
Dasar materialistik!
"Lagipun kami nak" Fina dan Rina saling tersenyum.
"Nak apa?" soalku.
"Nak anak buah cepat!!" What!! Rina dan Fina tertawa besar. Celaka punya adik!
"Sudahlah kau orang!"
JAM sudah menunjukkan pukul 1.20 tengah hari. Bermakna sudah hampir dua jam aku tercongok depan bank ini. Pak Guard yang bermisai lentik itu sejak dari tadi asyik memerhatikan aku. Mungkin suspek aku nak merompak bang ni agaknya!
Manalah mangkuk ayun ni Peluh dah mengalir membasahi belakang. Setan punya
tunang! Janji pukul 11.00 tunggu kat sini. Ni, dah berapa abad aku tunggu?
Kalau tak memikirkan emak dia suruh tolong belikan barang dengan dia dah lama aku blah! Buat sakit jiwa je tunggu kat sini. Nak kena ni..
"Err..Dian ke ni?" Aku berpaling. Alamak ni si minah mana pulak nie..
"Oi..tak kenal aku ke?"soal gadis itu sambil tersenyum.
"Aina ke? " tanpa sedar kami telah berpelukan. Tak sangka betul teman yang dulu terkenal dengan tomboynya dah bertukar watak yang tidak diduga.
"Lepas SPM terus senyap ye..dah lupakan kita ke?"
"ala..aku ikut parents pindah Sabah..sorry la..err..kau tak cam aku ye?" Aina tersenyum sambil membetulkan hujung tudung biruku yang terkelepek di tiup angin.
"Aku masih di UTM sekarang..aku balik sini rumah mak mertua.." jelasnya lagi.
"Dah lama ke kau kawin..tak cakap pun.."
"tak tahu how to contact..kau macammana?"
"Aku? Aku duduk rumahlah..lepas habis diploma kat ITM aku tolong abah aku tu kat gerai..tapi aku try gak apply untuk degree.."
"So, dulu kau di ITM la..ITM mana?"
"Jengka.."
"Aznil macammana? Dengar dia dah bertunang ye?" Alamak! Aku cuma tersengih. Kalau si Aina ni tahu mampus la aku kena kutuk. Dulu kalau si Aznil tu la buaya..setan..kutu berahak..kutu babi..semua yang jahat-jahatlah!
"Mana kau tahu?"
"ala..tadi aku jumpa dia dengan Tiara minum kat Restoran Bonda kat sana
tu..tak sangka ye. Sampai sekarang still bersama..baguslah cinta ke jinjang pelamin.."
What?
03 Jun 2011
Diana Adurah (siri 2)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan