——————————————————–
IZAN tersenyum sambil membetulkan selendang yang sedang menutupi kepalanya.
Sesekali dia membetulkan butang baju melayuku. Aku menatap wajahnya lama
sebelum turun dari kereta.
"Izan.. " Izan senyum sambil mengangkat kening.
"I janji I akan jumpa Yan dan ucapkan terima kasih.."dia memegang
tanganku.
"I janji akan jadi isteri yang baik untuk you.." sambungnya lagi.
"Izan, sebenarnya.. I dah fikir masak-masak.. I tak boleh mengahwini
you..”
"Aznil!" Izan merenungku lama.
"Sorry Izan.. memang I berhak kawin lagi. Tapi I sangat-sangat mencintai
Dian. I boleh kawin dengan you sekarang, tapi tak ada gunanya kalau cinta itu
tiada dalam hati I, nanti you akan kecewa dan I akan menanggung rasa bersalah
yang amat sangat pada Dian.." Izan memandang ke arah luar. Kelihatan air
jernih turun laju membasahi pipi.
"Tentang masalah you tu.. I dah bercakap dengan Adnan.. I dah ganti balik
duit RM15,000 yang you guna tu.. you jangan bimbang, dia tak akan ambil apa-apa
tindakan sebab dia sepupu I”
"Sepupu you?" aku tersenyum.
"Ya.. sebelum dia offer you kerja di syarikat dia tu, dia dah offer I
dulu.. tapi I tolak dan suggestkan nama you.. saja I malas nak ceritakan pada
you.. " kata-kataku itu membuatkan Izan tunduk.
"Izan, selama ini I menganggap you kawan yang terbaik yang pernah I jumpa.
I tahu you memang menaruh hati pada I, tapi you Cuma seorang kawan pada I, dan
I tahu you menolak lamaran orang lain semata-mata kerana you masih berharap
akan memiliki I," aku menarik nafas panjang.
"Dalam hidup I, I Cuma inginkan sebuah kehidupan yang cemerlang. I nak
menjadi anak yang baik pada orang tua I, menjadi orang yang berguna pada
masyarakat, memiliki rezeki dan kejayaan atas usaha I sendiri, dan membentuk
keluarga I sendiri dengan wanita yang paling I cintai di dunia dan akhirat..
iaitu Dian, isteri I," Izan mengangguk perlahan. Kemudian dia tersenyum.
"I faham Nil.. I tahu I yang bersalah dalam hal ini. I kagum dengan isteri
you.. I tahu dia memang isteri yang baik pada you. Kalau tak masakan dia
izinkan you kawin dengan I kan?" aku senyum.
"Hmm.. memang I cintakan you.. I sanggup lakukan apa saja untuk memiliki
you.. tapi memang cinta you pada dia kuat.. dan I mengaku I kalah.. thanks a
lot kerana tolong I, nanti kalau I ada duit I bayar balik duit you
tu.." Aku mengangguk.
"Kita masih kawan kan?" Izan meminta kepastian.
"I tak pernah membuang you dari hidup I, you tetap kawan I sampai
bila-bila.." Izan senyum dan keluar dari kereta.
"Thanks Aznil.." dia melambai pendek. Aku angguk dan melarikan Kembara
ke arah kampung. Sudah dua hari dua malam aku memikirkan tentang hal ini dan
akhirnya aku memilih keputusan ini. Ini semua berkat kesabaran dan keikhlasanmu
Dian! Tiba di rumah aku lihat pintu tertutup rapat. Ehh.. mana pula orangnya?
"Assalamualaikum! Yan! Yan!" Aku berlari ke dapur.
Pintu juga terkunci. Seketika Nokia Blue Screenku menjerit.
"Hello!”
"Hello abang! Rina ni.. abang.. along kat hospital ni.. dia dah nak
bersalin," suara adikku yang bongsu kedengaran.
"Apa? Kenapa tak call abang?”
"Tak dapat la.. abang datang la cepat.. semua orang dah ada kat
sini.." pintanya. Aku segera menghidupkan enjin kereta. Ya Allah..
selamatkanlah Dian!
AKU segera menerpa masuk bila doktor muda itu memberi keizinan. Sudah
dua jam kami menanti di luar akhirnya saat yang ditunggu tiba jua. Yan
tersenyum lesu melihat kedatanganku dan ahli-ahli keluarga yang lain. Dahi dan
tangannya kukucup lembut.
"Yan okey?" soalku. Dian mengangguk.
"Abang macammana? Dah selamat?" soalnya berat. Aku senyum.
"Abang dah janji tak akan ada orang lain selain Yan kan.. tentulah abang
akan kotakan janji abang tu.." jawabku.
"Maksud abang?" soalnya.
"Abang dah selesaikan masalah Izan, tanpa perlu kawin dengan
dia.." Yan tersenyum sambil menyeka airmatanya.
"Betul ke ni?"soalnya.
"Abang Cuma sayangkan Yan seorang saja.. tak ada orang lain dah..”
"Err.. Encik Aznil, bolehlah encik azankan anak-anak encik
sekarang…" seorang nurse mengganggu perbualan kami.
"Anak-anak?" soalku hairan. Lupa pula aku tentang anak yang telah
lahir itu.
"Iye.. kamu dapat anak kembar.. lelaki.." jawab mak sambil tersenyum
simpul.
"Apa? Kembar?" Aku rasa macam tak percaya aje. Dian di katil
mengangguk mengiyakan sambil tersenyum gembira.
Sebentar kemudian datang dua orang nurse membawa anak-anak kami. Aku menyambut
sambil mengucup dahi anak- anakku itu. Selamat datang anak-anak abah..
"Dah tu Nil.. pergi ambil wuduk.." abah bersuara.
"Macam tak percaya pulak.. kan mak?" soalku.
"Itulah.. mengidam macam-macam.. buah nangka sulunglah.. telur ikan
baunglah.. dah dapat hero!" semua yang ada di situ tertawa. Yan Cuma
tersengih malu.
Aku sempat menggenggam tangan dan membisikkan sesuatu.. Terima kasih Yan..
kerana melahirkan dua putera untuk menceriakan hidup kita.. dan abang akan
pastikan kita akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ini janji abang!
....................................................................................................................................
IKAN cencaru masak kicap masih berwap di atas meja. Sepiring sayur sawi celur terhidang elok sementara sambal belimbing buluh kutatang berhati-hati ke meja. Mataku liar melihat ke arahbuaian. Pehh.. nasib baik si kembar tu nak tidur akhirnya! Selesai menghidang
makanan dan menutup dengan tudung saji, aku segera berkejar ke mesin basuh.
Baju sebanyak dua bakul itu belum lagi berjemur. Bakul pakaian ku angkat
kemudian berjalan pantas menuju ke ampaian di belakang rumah. Jam sudah hampir
pukul dua petang sedangkan banyak kerja rumah masih belum sempat dibereskan!
Satu persatu pakaian demi pakaian kujemur. Terik mentari terasa membakar
wajahku.
Lepas ni aku mesti nak bersihkan bilik air pulak. Kemudian kemas ruang tamu
yang berterabur dikerjakan anak-anak aku tu tadi. Hmm.. sejak menjadi ibu 9
bulan yang lalu rutin hidup aku memang ketat. Kalau dulu ada adikku si Rina
turut meringankan tangan menjaga anak buah mereka, tapi sekarang aku terpaksa
melakukannya seorang diri. Rina sudah ke UNIMAS 4 bulan yang lalu menyambung
pelajaran.
Sejak mempunyai anak sendiri ini, barulah aku merasa betapa susahnya emak
membesarkan kami adik beradik. Seketika aku terasa terlalu sedikit jasa bakti
aku terhadap emak. Sembilan bulan 12 hari aku membawa anak kembarku ke hulu ke
hilir, kemudian kesakitan di saat melahirkan, hanya tuhan saja yang mengerti
azabnya melahirkan dua nyawa.
Maka sejak itu, segala kata emak aku turut tanpa banyak bantahan, walhal
sebelum ini akulah yang selalu memprotes setiap kata-kata emak yang kurasa
tidak penting dan tidak betul.
"Amboi.. panjang menung.. " Aku tersedar dari lamunan. Aznil sedang
tersenyum sambil merapatiku. Tanpa terpaksa dia turut membongkok mengambil
pakaian dari bakul dan membantu menjemur di ampaian.
"Dah lama ke abang balik?" soalku sambil tangan ligat meneruskan
kerja.
"Dah lama juga.. kenapa Yan termenung?" soalnya ingin tahu. Dia
masih memakai baju basahan yang selalu dipakai bila ke kolam udangnya.
"Tak ada apalah.. rasanya susu budak-budak tu dah nak habis.. tu Yan fikir
nak pergi beli petang ni.." ujarku.
"Abang nak makan? Pergilah makan dulu.. dah lewat dah ni.." suruhku.
Kesian, dah lah penat bekerja, kena pula tolong aku selesaikan kerja-kerja
rumah.
"Habis Yan dah makan?" soalnya.
"Yan nak habiskan kerja dulu. Bilik air tak bercuci lagi.. dapur tu tak clear lagi Yan masak tadi tinggal macam tu je.." jelasku.
Memang sejak lepas subuh tadi aku tak sempat nak buat apa. Tepat pukul 6.00
pagi Habil dan Hazil sudah terbangun dari tidur. Kalau seorang bangun seorang
tidur tak apa juga.. ini kalau si abang terbangun adik pasti terbangun sama.
Biasanya Aznil akan mandikan mereka selepas dia sembahyang subuh. Sementara aku
siap menyediakan sarapan dia akan bermain-main dengan anak-anaknya itu. Pukul
7.00 Aznil harus ke kolam udang melihat peraih datang mengutip hasil untuk
dijual ke serata tempat. Sepanjang masa itulah aku harus mengasuh kedua
puteraku itu yang tersangatlah lasaknya.
"Tinggal dulu kerja ni.. mari makan dulu.." Aznil menarik tanganku.
"Tak apalah.. abang makanlah dulu.. Yan selesaikan kerja dulu.." aku
masih berkeras. Bukan apa.. kejap lagi pasti mak mertua aku datang untuk
bermain-main dengan cucu kembarnya. Bukan sekali dua dia menegur bila melihat
keadaan rumahku yang sudah tak sekemas dulu.
"Kita.. jadi emak ni.. kena pandai-pandai bahagikan masa.. itulah gunanya
menjadi seorang isteri. Jaga rumah tangga.. jaga anak.. jaga makan minum
suami.. rumah.. jangan biar bersepah.. Aznil tu balik ke rumah nak berehat.
Kalau macam ni punya berselerak rumah.. macammana fikiran dia nak
aman.." sungutnya pada suatu hari.
Apa lagi yang harus aku katakan? Bukan aku tak mengemas itu dan ini tapi
keadaan tetap berserabut juga sejak kehadiran sepasang kembar yang semakin
aktif ini. Kadang-kadang aku rasa anak-anak aku sengaja ingin menduga
kesabaran. Si Habil dan Hazil kalau tak kena anginnya sepanjang masa mahu
didukung. Kadang-kadang sampai nak patah pinggang aku mengelek mereka berdua di
kiri kanan. Dulu semasa Rina ada aku masih mampu mengawal keadaan rumah dan
anak-anak.. tapi sejak Rina tiada membantu terasa sukar sekali untuk
menguruskan suami dan anak-anak.
"Tak baik mengeluh.. tu kan rezeki.. mak dulu pun beranak macam kamu juga
alhamdulillah.. tak ada masalah.." emak menjawab bila aku ceritakan
kesukaranku kebelakangan ini.
"Iye la mak.. mak anak sorang-sorang.. Yan ni kembar.. pulak tu lasak bukan main.. Habil dan Hazil tu memang pantang tengok Yan mengemas.."
"Susun jadual.. pagi tu.. jangan bangun bila anak bangun.. bangun awal..
pukul lima tu bangun. Basuh baju siap-siap.. dah siap sidai senang. Boleh pulak
menyapu sampah ke apa ke.. bukan lama mana pun.. kamu tu aje semua perkara
susah.." Aduiii.. kena lagi aku dengan mak!
"Tak pun kalau susah susah sangat kasi aja Ina jaga sorang Along!" sampuk adikku yang sedang leka menonton tv. Amboi.. banyak songeh..
Aku penat-penat bawa perut ke hulu ke hilir.. dia pulak senang-senang je nak
ambil anak aku!
"Iye la tu.. ada ke masa nak jaga? Nak pergi tuisyen lagi.. nak sekolah lagi.." soal emak. Ina cuma sengih.
"Yan.." bahuku ditepuk. Aznil menggeleng kepala sambil tersenyum. Ehh!
Dah habis baju dia sidai??
"Err.. dah habis?" soalku.
"Ala.. abang tengok Yan asyik berangan aje.. dah jom kita masuk.. abang dah lapar
ni!" Aznil memelukku mesra dan kami beriringan masuk ke dalam rumah.
"Emm sedapnya.." Aznil memuji sambil memandangku. Lauk simple macam tu
dia kata sedap? Aku tersenyum sedikit sedih. Cuma itu saja yang sempat aku
masak hari ini kerana Habil meragam tak boleh melihat aku pergi jauh darinya
hari ini.
"Abang.. sorry.. Yan Cuma sempat masak ini je hari ni.." pintaku.
"Ala.. asal masak sudah.. mari kita makan!"
Aku akur dan mengambil pinggan dari rak,segera aku menyusun di atas meje sebelum menuju ke periuk nasi. Eh.. aku mengamati periuk itu lama. Apasal sejuk aja ni? Soalku sendiri sambil mengangkat penutup.
Alamak!!!
"Kenapa Yan?" soal Aznil yang sedari
tadi memerhati aku. Aku menarik nafas. Kenapa bodoh sangat aku ni????
"Abang.. sorry.. Yan lupa masak nasi.." Aznil memandangku terkejut..
tapi selepas itu dia kembali tersenyum.
"Tak apalah.. masak nasi, biar abang mandi dan sembahyang dulu.. okey?" dia bangun dan sempat mengucup dahiku sebelum berlalu meninggalkan ruang dapur. Dalam hati aku menyumpah sendiri. Kenapa dengan aku ni hah??
Mak mertua aku memandang sekitar rumah sambil meriba Habil yang leka bermain
kereta di tangannya. Aku Cuma mengangkat kening bila mata orang tua itu melilau
melihat rumah yang lintang pukang. Sambil itu tangan pantas mencapai apa-apa
yang sempat dikemaskan.
"Anak kau ni dah makan ke belum?" soalnya.
"Dah mak.. dua-dua makan banyak hari ni, kan Habil kan?" Aku mengagah
Habil yang mudah tertawa itu. Hazil yang berada di pangkuanku ikut tertawa bila
melihat abangnya tertawa.
"Kau ni Yan.. mak tengok makin hari makin berisi pulak.." teguran ibu mertuaku itu membuatkan aku terdiam.
Hmm.. sejak dua menjak ni mak Aznil ni bertambah cerewet. Minggu lepas dia kata
aku ni kurus tak bermaya, macam orang tak makan. Hari ni dia kata aku makin
gemuk pulak. Tapi bila aku timbang tak adalah berat badan aku naik sangat.. 55
kg je….
"Agaknya kau ni kuat sangat tidur.. muka pun dah sembab.. "
Opss.. macam tau-tau aja mak mertua aku ni.
"Jangan amalkan kerap tidur.. tak elok.. jamu yang mak beli ari tu kau ada makan tak?" soalnya.
"Err.. makan.." jawabku, tapi yang sebenarnya sedikitpun aku tak sentuh. Siapa
yang lalu nak makan jamu yang pahit tu? Kalau dalam bentuk kapsul tak apa
juga.. ini dalam bentuk serbuk. Belum makan lagi baunya dah buat tekak nak
loya.
Ada la sekali aku minum bancuhan jamu itu, tapi bila dah termuntah sehingga
buat aku terbaring di katil sepanjang hari taubat aku nak sentuh lagi. Sudahnya
jamu-jamu itu menjadi penghias kabinet dapur.
"Assalamualaikum!!" satu suara di luar membuatkan kami menjengah. Aku
memanjangkan leher. Alamak.. bala dah datang!
"Oii Esah rupanya.. naiklah.." emak menjemput tamu itu masuk. Aku meletakkan Hazil di atas tikar buluh dan ke dapur mengambil cawan lain. Kak Esah ni sejak jadi dealer
jamu Puspa Kencana rajin benar bertandang ke rumah ini. Lebih-lebih lagi bila
dia tengok ibu mertua aku datang, sekejap aja dah ada dia menyinggah sama. Nak
promote barang la apa lagi.. mangsanya.. akulah! Siapa lagi? Tak percaya kejap
lagi sure akan terbabas sebotol dua tu karang ke tangan aku.. dah seminggu dua
ni tak ada pula dia datang. Ke mana agaknya dia pergi. Berjual jamu kat tempat
lain kot! Elok juga dia tak ada..selamat duit aku..
"Dengar cerita kamu baru balik dari Indonesia Esah.." emak memulakan
perbualan.
"Ha ah Kak Som! Bukan apa.. tauke jamu yang saya jual tu yang taja.. 5
hari kat sana kak.." kak Esah memulakan cerita sambil membetulkan kebaya
pendek yang dipakainya. Aku senyum sendiri. Teringat beberapa bulan dahulu
sebelum menjadi tauke jamu, penampilan kak Esah memang jauh berbeza. Ibu
tunggal beranak 6 itu berbadan agak berisi juga. Tapi sejak dia dipelawa
menyertai Puspa Kencana, dari hari ke hari banyak perubahan yang berlaku. Dia
tidak lagi ke kebun getah menoreh susu getah, sebaliknya mengukur jalan
mempromosikan produk jamu yang dicubanya. Memang aku tak nafikan, kesan yang
berlaku amat ketara. Bayangkan kak Esah yang berat hampir mencecah 80 kg dahulu
kini begitu bangga dengan berat badan 48 kg!
"Seronoklah kamu kat sana ye?" soal mertuaku lagi.
"Memang seronok kak.. saya melawatlah kilang memproses jamu-jamu tu.. lawat
ladang-ladang yang digunakan untuk buat jamu-jamu ni.. memang seratus peratus
tulen kak.." kak Esah bercerita lagi penuh semangat.
"Iyelah Esah.. kamu tu pun akak tengok makin lawa.."
"Terima kasih.. berkat sabar dan rajin kak.. inilah hasilnya.. akak pun
belum terlambat lagi nak jadi macam saya.." pujuknya.
"Ehh jangan nak mengarut Esah.. aku ni dah tua.. kalau menantu aku ni tak apalah!"selamba
mak mertua aku menepuk pehaku membuatkan aku tersengih. Alamak.. tu macam petanda
buruk je tu..
"Hmm.. kau ni Yan, kalau tak jaga badan tu alamatnya jadi macam tong air
la.. cubalah produk akak ni.. hah.. ni dia akak ada bawa.."
Dia mengeluarkan botol-botol jamunya dari beg yang sentiasa dibawa ke sana ke mari.
"Yang ini untuk buang angin, melancarkan perjalanan darah.. orang lepas
beranak eloklah makan jamu ni.. berkhasiat.. " dia menunjukkan jamu
bernama Puspa Tenaga.
"Ini untuk turunkan berat badan buang lemak-lemak yang berlebihan masa
mengandung dulu.." Jamu Susut Ayu pula ditunjukkan. Aku Cuma
mengangguk-angguk.
"Jangan angguk-angguk aja Yan.. beli, cuba dulu baru
tahu.." pujuk Kak Esah lagi. Aku sengih lagi.. nak melakukan barang
memanglah indah betul kata-kata Kak Esah oii!!
"Cuba kau tengok Senah sebelah rumah mak kau tu.. masa mengandung anak keempat dulu.. masyaAllah punyalah bulat..sekarang kalau kamu tengok, badan macam anak dara.. semua tu
sebab dia ambil jamu kurus akak ni la.. macammana? Nak cuba tak!" soalnya lagi.
"Ambil dulu sebotol dua..cuba.. " sampuk mak mertuaku pula. Hmm..
"Kena tanya abang dulu mak.." aku memberi alasan. Malas aku nak
makan-makan ubat pahit ni. Lagipun Aznil tak pernah merungut pasal perubahan
aku. Asalkan dia cintakan aku sepenuh hati, sudahlah!
"Ala tak payah tanya-tanya.. nak cantik pun untuk dia juga.." sampuk
kak Esah.
"Betul kata Esah tu.. ambil ni sebotol, jamu Puspa Tenaga tu
satu.." desak ibu mertuaku pula, menyokong kata-kata kak Esah yang memang
sengaja mengumpan pembeli.
"Kalau nak lebih elok ambil jamu Hikmat Seribu ni.. baru lengkap makan..
"Letak aja Esah.. "
Aku tak dapat berkata apa-apa bila melihat tiga botol jamu itu diletakkan di depanku.
"Semua sekali RM93.00, nak bayar esok-esok lusa pun tak apa.. cuba
dulu..
"Kak Esah tersenyum, puas hati kerana barangnya sudah terjual. Aku
pula bermuka kelat melihat barang-barang yang dibeli secara terpaksa itu. Bukan
apa.. nanti kalau aku banyak soal kecil hati pula hati ibu mertua aku tu..
"Tak apalah kak.. Yan bayar terus ajelah.." Aku bangun malas menuju ke
bilik. Hmm.. memang bosan sungguh! Dalam hati aku berdoa.. cepatlah balik Aznil
AZNIL Cuma tersenyum senyum sejak dari tadi. Anak-anak yang sedang bermain di sekelilingnya riang sekali. Mereka memang begitu. Kalau dengan abahnya.. bukan main gembira lagi.
"Yan.. tadi Yan buat apa?" soalnya.
"Tak buat apa-apa.. layan budak-budak ni la.." jawabku sambil sibuk di meja komputer.
"Betul ke?"soalnya lagi lantas menghampiriku.
"Yan tidurkan anak-anak.. lepas tu lipat kain.. sapu rumah.. masak air.." terangku satu per
satu.
"Yan susah hati ke?" soalnya lagi.
"Aii.. abang ni kenapa tanya soalan-soalan bukan-bukan ni? Yan okey aja..
ada ke nampak Yan ni susah hati?" soalku sambil tersenyum.
"Yan beli ubat kurus?"
What?
Aku segera berpaling ke arahnya.
"Mana abang tahu?" Aznil senyum sahaja.
"Tak payah nak bazir duit beli benda bukan-bukan.. Yan bukannya gemuk pun.."
"Tapi bang.. kak Esah tu, bukan abang tak tahu.. kalau ada mak datang
bukan main lagi dia promote barang dia.." jelasku.
"Buat aja tak tahu.. katalah abang tak kasi.."
"Macammana Yan nak cakap.. dah mak tu suruh sekali beli?" Aznil senyum
sambil memeluk bahuku. "Yan..tak baik salahkan orang lain. Kalau Yan tak
mahu cakap saja Yan tak mahu beli.. dia tak ada hak nak paksa Yan ambil
barang-barang dia.."
Aku terdiam. Cakap memanglah mudah cik abang oii! Orang lelaki memang macam tu
agaknya. Semua anggap perkara mudah. Dia ingat senang ke nak jaga hati mak
mertua ni? Aku pun bukan nak beli sangat semua tu, tapi terpaksa semata-mata
tak mahu mak berkecil hati.
Bulan lepas dua minggu dia tak datang ke rumah sebab berkecil hati aku tak
makan ubat yang dia bawa. Katanya aku tak sudi menerima pemberian dia sedangkan
ubat itu cukup pahit sekali. Mahu tak mahu aku yang datang ke rumahnya bersama
anak-anak. Tiga hari aku bermalam di sana semata-mata untuk mencuri kembali
hati tua itu agar memaafkan kesalahanku.
Memang aku tak nafikan, ibu mertua aku memang baik. Tapi agak particular
tentang kekemasan dan kebersihan. Jika aku belum mempunyai anak dulu mungkin
tak ada masalah. Iyelah, rumahpun terjaga rapi dan Aznil dapat kuuruskan dengan
cemerlang sekali.
Tetapi, setelah memiliki Habil dan Hazil barulah ketara sikap sebenar ibu
mertuaku. Pertama kali aku ditegur kerana membiarkan rumah berselerak. Waktu
itu Habil dan Hazil dua-dua diserang demam. Tak sempat aku nak berkemas dan
memasak. Kali kedua bila aku sudah jarang menyediakan sarapan pagi dan lewat
menyajikan hidangan tengah hari untuk Aznil.. terus saja aku diberi syarahan
percuma.
"Jadi isteri ni kena pandai curi masa, bahagi kerja.. kita kena atur jadual
kita sendiri.." Aku Cuma tunduk diam saja saat ditegur begitu. Sebab itu
aku cukup resah bila dia datang berkunjung ke rumah.
"Yan tak perlu bimbang sangat pasal badan Yan.. okeylah ni.. tak ada pun
gemuk.. " pujuk Aznil setelah melihat wajahku berubah. Aku menarik nafas.
"Betul abang tak kisah badan Yan tak macam dulu lagi?" soalku.
"Betul.. ala.. abang cintakan Yan.. tak kiralah walaupun Yan macam guni
beras!" usiknya sambil tergelak. Amboi!
11 Jun 2011
Diana Adurah (siri 7)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan