Lepas solat berjemaah, ustaz abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz lah menyampaikan pengajian mengenai akidah. antara yang tidak dapat aku lupakan adalah selitan kisah nabi musa a.s.
"wahai tuhan sekelian alam,adakah Engkau tidak pernah mengantuk atau tidur?" tanya nabi Musa a.s. yang kita sedia maklum memiliki mukjimat boleh berbicara direct dengan Allah s.w.t.
"wahai Musa,cuba engkau pegang gelas selama mana yang engkau mampu" firman Allah..
Nabi musa a.s memegang gelas berkenaan seperti yang diperintahkan..
setelah lama memegangnya,baginda a.s. mula berasa mengantuk...baginda a.s. terlelap seketika kemudian gelas yang dipegang terus jatuh dan pecah...
"engkau cuma terlelap seketika,lalu gelas tersebut terlepas dari genggaman engkau dan pecah..apakah akan terjadi jika Aku seperti engkau?" nabi Musa a.s mendengar degan penuh keinsafan...
sedarlah baginda a.s bahawa Allah s.w.t tidak tidur dan tidak mengantuk..wallahu a'lam
26 Januari 2010
Allah tidak tidur dan tidak mengantuk
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan