Kajian saintifik yang mendalam mendapati kemungkinan terjadi perubahan graviti bumi dan kenaikan suhu.Namun terdapat satu lagi perubahan yang menakutkan kemungkinan akan terjadi,iaitu kehilangan ion-ion atau gangguan denyutan elektromagnet menjadikan apa yang dinamakan kesan EMP (Electromagnetic Pulse).Anda tahu apa akan terjadi apabila tenaga EMP dilepaskan?Kesemua peralatan elektrik dan elektronik akan menjadi sampah saja;ia tidak berfungsi.Mereka telah membina bom-bom EMP ini.Sesungguhnya peperangan masa depan adalah mungkin peperangan elektronik,namun selepas itu mereka mungkin bergaduh dengan batu dan kayu..tanda2 EMP telah dikesan sejak tahun 2003 dan mungkin berlaku pada 2012.
Bumi akan 'dibersihkan' setiap kitaran tertentu.Bumi telah ada sebelum manusia pertama wujud.Bumi 'dibersihkan' sebelum kehadiran manusia pertama itu.Bumi seperti disiapkan untuknya.Di dalam selang masa tertentu,bumi akan mengalami kitaran-kitaran yang berbeza dan bertindan-tindan antara satu sama lain.Pengkaji menamakan ini sebagai 'Earth Bioryhthm'.Bumi juga mengalami 'kitaran haid' seperti wanita.Setiap kali pada waktu tertentu,ia akan 'dibersihkan'.
Dalam kata lain,bumi akan di'reformat' setiap kitaran tertentu.Salah satunya ialah Peristiwa Banjir Besar.Kita tidak tahu apakah spesis haiwan atau tumbuhan yang wujud sebelum Banjir Besar.SEbab itu jika kita membaca kisah Nabi Nuh a.s,beliau membawa biji-biji benih dan pasangan-pasangan haiwan ke kapal.Mengapa perlu membawa haiwan dan tumbuhan?Bukankah selepas surut banjir,haiwan dan tumbuhan akan tumbuh dan berhidup semula?Benarkah Banjir Besar terjadi di kawasan kecil atau di daerah nabi Nuh sahaja?JIka begitu,tidak payahlah nabi Nuh membuat kapal,baik nabi Nuh berpindah sahaja ke kawasan yang tidak dinaiki air.Dan selepas banjir,nabi Nuh boleh mengimport spesis haiwan dan tumbuhan di tempat lain untuk dibawa ke negerinya semula.Fikirkan rahsia ini.
Bagaimana Banjir Besar boleh berlaku sebegitu cepat?Ini semua kuasa Tuhan namun Tuhan selalu menyebarkan kekuasaannya melalui asbab-asbab tertentu.Yup...kemungkinan 'Pole Shift' telah berlaku ketika itu dan perubahan terjadi menyebabkan perubahan tenaga dan air mula memancar keluar dari segenap ceruk bumi.Perubahan graviti dan elektromagnetik telah menyebabkan persenyawaan unsur hidrogen dan oksigen berlaku dengan sebegitu drastik,menyebabkan air mula bertambah.
Apakah kaitan dengan perubahan pada manusia? setiap kitaran kepada sejarah manusia?
Setiap kitaran 100 tahun akan menghasilkan seorang AVATAR.Avatar ini akan memperbaharui agama yang diredhai Tuhan.'Memperbaharui' bukan bermaksud mengadakan agama baru,tetapi MENYEGARKANNYA.Ini adalah kitaran 'biorhythm' bumi yang diterangkan dalam hadis nabi bahawa setiap seratus tahun akan lahir seorang MUJADDID yang akan membela agama Islam.Mujaddid inilah yang akan menghadapi Avatar-avatar jahat yang cuba untuk menjalankan agenda mereka.The Elite adalah salah satu dari avatar-avatar 'Dark Force' ini.
Pengecaman dan pemantauan telah dilakukan diseluruh dunia untuk merekodkan data-data orang ramai.Laman-laman sosial ditubuhkan dengan dana-dana Intelligence seperti CIA untuk mengkaji tabiat dan perwatakan orang ramai bersosial antara satu sama lain.Facebook adalah antara agenda mereka.Data peribadi yang dimasukkan adalah hak milik mereka.'Privacy' hanyalah iklan semanis menanam tebu dibibir sahaja.Cuba anda kaji,bagaimanakah seorang lelaki yang tidak tahu apa-apa di Mumbai,telah dituduh sebagai pengganas yang meletupkan bom.Bagaimana semua data peribadi,lokasi dia berada dan maklumat telefon/kad kredit diketahui oleh Interpol?Tonton ketiga-tiga siri Bourn terutama Bourn Ultimatum dan pelajari bagaimana ejen-ejen CIA mendapatkan nombor telefon,maklumat dan apa saja dari sasaran.Di situ adalah contoh yang mudah namun ia memberitahu kita semua itu adalah kemungkinan yang biasa boleh dilakukan dengan mudah.
Apakah agenda mereka sebenarnya?Apa rancangan mereka sempena tahun baru ini??
Mereka akan cuba menakut-nakutkan dunia dengan wabak penyakit.Kemudian mereka tawarkan vaksin.Di dalam vaksin mungkin ada robot-robot nano yang boleh dikawal dari satu pusat kawalan.Robot-robot nano ini akan bergerak menerusi perjalanan darah;seperti syaitan.Mereka akan ledakkan satu lagi kitaran kejatuhan ekomomi.Semua wang di dalam poket orangramai menjadi tidak bernilai.Kemudian mereka tawarkan bantuan.Bantuan ekonomi.Kerana emas yang menjadi sandaran kepada duit kertas yang tidak bernilai itu ada pada mereka.
Semua ini akan menjurus kepada satu katakunci : P A N I C
Selepas itu kita akan lihat siapa akan muncul untuk menyelamatkan keadaan.
Memerintah ketika kekacauan adalah strategi mereka.Kita akan tunggu siapakah AVATAR yang muncul dalam kekacauan dan ketidakselesaan itu.
Siapa?
Bergantung kepada siapa yang anda pilih.
31 Januari 2010
Kajian dan Konspirasi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ambik dr temubual lonecryer ye?
BalasPadam