05 Januari 2010

Aku ingin kembali ke waktu itu….


Gelap,sunyi…aku berada di mana?

“waaaaaaaaaaaaa!!!!”

Itu….itu suara kanak-kanak sedang menangis..di mana? Di mana suara itu…

……

Setelah kedua mataku terbuka,aku lihat seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia 1-2 tahun sedang menangis. Tangan kanan kanak-kanak itu kelihatan digenggam erat oleh seorang wanita berusia lebih kurang awal 30-an. Dan seorang lagi kanak-kanak hampir remaja,dalam usia 12 tahun ,mungkin anak wanita itu,dilihat sedang menghayun tali pinggang kulit kea rah kanak-kanak itu.

“adakah kanak-kanak itu nakal? Tapi,tidak mungkin dengan usia nya itu..tidak mungkin” bisik hati kecil ku…

aku berada tidak jauh dari mereka..segalanya dapat ku lihat dengan jelas. Terpancar di wajah kanak-kanak tersebut akan ketakutan sambil ditemani titisan air mata yang mengalir tidak henti-henti.

“padan muka kau!” tengking wanita itu kepada kanak-kanak tersebut.
Wanita itu mengambil surat khabar,digulung-gulungnya sehingga padat,kemudian…..

“papppp!!!” pukulan kuat daripada wanita itu hinggap di atas tubuh kanak-kanak yang tidak mengenal erti dunia..bahkan,kanak-kanak itu juga tidak tahu mengapa dia diperlakukan begitu…

“waaaaaaaaaaaaaaa!!!!!” hanya tangisan yang mampu kanak-kanak tersebut luahkan kerana dia tidak tahu bercakap….

dengan kalimah apakah lagi hendak diucapkannya?? Bahasa apa lagi??? Dia tidak pandai bertutur!!!!!! Tidak pandai merayu pun!!!
Tapi,tagisan kanak-kanak itu tidak mampu melahirkan rasa simpati terhadap anak wanita tersebut…anak wanita itu pula….

“zaasssss!!!!” libasan tali pinggang menjalar di atas tubuh hamba Allah yang kerdil itu…anak wanita itu hanya ketawa melihat kanak-kanak itu dalam kesakitan…
Kanak-kanak itu menggelupur kesakitan…apa salahnya? Apa dosanya? Adakah dia dilahirkan untuk diperlakukan begitu? Air matanya terus mengalir deras….

Walaupun aku tidak merasakannya,tapi,aku seolah-olah tahu kesedihan,kesunyiaan yang dialaminya…perit….amat perit…ya Allah,mengapa dia didera segitu…
Adakah itu ibunya? Itu abangnya? Kejam sungguh mereka…..


Aku cuba melangkah untuk menolong kanak-kanak itu…tapi,aku tidak mampu bergerak..kenapa? kenapa? Ya allah,kenapa kau menghalang aku yang ingin membantu hamba Mu yang lemah itu?? Kenapa?

Air mata ku mengalir kerana tidak dapat menahan hiba melihat kanak-kanak itu diperlakukan begitu....

“biar padan muka kau…!!!” itulah kata-kata yang dilemparkan kepada kanak-kanak itu..kanak-kanak itu dibiarkan terbaring di atas lantai….hujan lebat yang mulai turun seolah-olah tanah Allah ini sama-sama menemani kanak-kanak itu menangis…dia adalah seorang kanak-kanak…berusia 2 tahun…ape yang dia tahu? Kanak-kanak pada usia ini sepatutnya menikmati zaman semulajadinya….tapi,kanak-kanak ini???? Mengapa???

Aku lihat kanak-kanak itu terbaring kesejukan..malah,kesakitan itu melebihi
kesejukannya…tiba-tiba aku mampu untuk bergerakk… dengan langkah suram,aku hampiri kanak-kanak tersebut….aku memeluknya erat….erat sangat..sangat-sangat…

“adik,sabarlah…sabar…” kata ku sambil air mata ku mengalir tanpa henti kerana…dalam pelukan itu,aku merasakan kesakitannya,penderitaannya,serta…..badannya menggigil….ya allah….

……….

Di waktu petangnya,aku lihat kanak-kanak itu hanya membisu…duduk memeluk tubuh di hadapan pintu …sedih,suram..terpapar di wajahnya…seolah-olah menagih suatu harapan….tiba-tiba…

“waaaa…wawwaaa..aaaa” aku lihat kanak-kanak itu menangis sambil berlari menuju kea rah seorang wanita yang berusia dalam lingkungan pertengahan 30 –an..
Wanita itu kelihatan baru pulang dari kerja.

“laaa,kenapa menangis ni?” rupa-rupanya itulah ibunya.

Kanak-kanak itu terus mendakap ibunya…selesa,seolah-olah hilang rasa derita sakitnya sebelum ini. Begitulah hebatnya seorang ibu.

Rupa-rupanya si ibu tadi meniggalkan anaknya kepada jirannya sementara dia pergi mencari rezeki di ibu kota…

……………..

Aku lihat kanak-kanak ini begitu gembira di samping ibunya…sepanjang malam ibunya melayan karenahnya.memeluk,mencium,bermain dan mendukung anak lelakinya itu. Sebelum anaknya tidur,ibunya membacakan kisah-kisah tauladan tempatan dan kisah nabi-nabi…lenanya kanak-kanak itu dalam pangkuan ibunya…dalam dakapan kasih sayang,cinta seorang ibu…..mulianya ibu ini..

Tiba-tiba ibunya baru perasan sesuatu…si ibu menyelak baju belakang anaknya..terlihatlah bekas-bekas lebam pada badan anak kesayangannya itu…

“ya allah..” rintih ibunya perlahan…air matanya mengalir keluar…laju…sambil si ibu menyelak seluar anaknya,terlihat pula kesan-kesan lebam juga…bertambah deras air mata si ibu tadi mengalir..

Ibunya menutup mulutnya kerana tidak mahu tangisannya mengejutkan tidur anaknya…sambil mengusap rambut anaknya,si ibu tadi terus menangis….seolah-olah si ibu tidak mampu berbuat apa-apa…dalam lena tidur kanak-kanak tersebut,si ibu memeluk erat anaknya…erat..aku seolah-olah dapat merasakan betapa kasihnya si ibu terhadap anaknya…tapi,si ibu tadi tidak berkuasa…

……….

Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an keluar dari kereta proton saga biru gelap..memakai pakaian lengkap celoreng tentera,tidak salah lagi lelaki ini adalah seorang askar melayu,tentera. Lelaki tersebut mengetuk pintu rumah si ibu tadi..

“assalamualaikum..” lelaki tersebut member salam.

“waalaikumsalam ayahnya..” jawab si ibu..rupa-rupanya lelaki tersebut adalah ayah kepada kanak-kanak tadi.

“eh,kenapa menangis ni?” tanya si ayah kepada isterinya..

“tak pape..” jawab si isteri sambung mencium tangan suaminya…

“mana dia?” tanya si suami sambil mencari-cari.

“ada dalam bilik,tido..”jawab si isteri sambil mengangkat barang-barang masuk ke dalam rumah.

Si ayah terus menuju ke bilik…dilihat anaknya nyenyak tidur…perlahan-lahan si ayah menghampiri anaknya,dipeluk,dicium….rindu nampaknya si ayah…betapa kasihnya si ayah..
“eh? Ni lebam ape ni?” tanya si ayah sendirian…

Aku cuba mara ke depan untuk membongkar segalanya tetapi aku tidak mampu bergerak. Puas sudah aku berteriak ingin memberitahu perkara sebenar,namun,suara aku seolah-olah tidak dapat didengari oleh si ayah.

“ni kenapa dengan lebam-lebam sume ni ibunya?” tanya si ayah kepada si ibu…si ibu hanya menangis..tidak mampu berkata-kata.
Fahamlah si ayah…..


……..

Seperti biasa,kanak-kanak tersebut diserahkan kepada jirannya setiap pagi..si ibu pula terus pergi kerja..mencari rezeki tambahan untuk masa depan keluarga dan anak kesayangannya…biar jauh tempatnya,lama perjalanannya,segalanya demi anaknya….betapa kasihnya ibu

Kereta kepunyaan si ayah tidak kelihatan..

“barangkali sudah pergi kerja juga..bisik hati kecilku”

Aku melihat suasana di dalam rumah mereka…semuanya sederhana..cukup-cukup untuk mereka..di ruang tamu rumah mereka,aku lihat ada sebakul alat permainan….

“wah,mesti kanak-kanak tersebut seorang anak yang manja” senyum ku sendirian.

Di luar rumah,aku lihat kanak-kanak itu tidak bermain bersama kanak-kanak lain….wajahnya murung,duduk memeluk tubuh,ketakutan..seolah-olah memikirkan sesuatu…merenung..termenung..duduk menghadap rumahnya itu..mengharapkan sesuatu,aku tahu ; harapan agar kembalinya ibu dan ayahnya secepat mungkin..
Aku terdengar bunyi sesuatu datang dari rumah kanak-kanak itu.
“aneh,bukankah ibu bapa kanak-kanak itu sudah pegi keja? Sape plak….” Persoalan bermain difikiranku. Aku terus menuju ke dalam rumah..aku lihat pintu dapur sudah terbuka..

“pencurii????” aku cemas.

Pakaian celoreng itu aku kenal..bukanlah pencuri,tapi si ayah…mengapa si ayah masuk melalui pintu belakang? Di mana kereta?? Mengapa bersikap curi-curi begini??
Si ayah dengan perlahan menuangkan air ke dalam mug kaca…seolah-olah tindakan si ayah itu tidak mahu diketahui orang lain. Perlahan-lahan si ayah mengintai anaknya melalui tingkap cermin depan rumahnya.

“waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!” tiba-tiba aku terdengar suara tangisan kanak-kanak…
“aku kenal suara inii!!” tegas aku.

Aku terus berlari keluar,aku lihat kanak-kanak tadi diheret masuk ke dalam rumah jirannya oleh wanita penjaganya. Kasar,seolah-olah kanak-kanak itu seorang pesalah.

“aku panggil masuk,kau degil yea…siap kauu!!” tengking wanita itu…

“zaaaaaaaassssssssssssskkkk!!!!!!!!!......pakkkkk!!!! zassskkkkkk!!!” libasan tali pinggang,surat khabar hinggap pada tubuh kanak-kanak itu…belum pun sembuh lebam semalam,kini muncul lebam yang baru..merah aku lihat tubuh kanak-kanak itu..aku terus berlari ke rumah sebelah,rumah di mana ayahnya berada..

“pakcik,tolong la…tolong la, pakcik pegi halang dorang dera anak pakcikkk..tolong la pakcik..rayu ku sambil menangis..sungguh,aku betul-betul tidak dapat menahan sedih…pukulan surat khabar dan libasan tali pinggang hingga ke rumah ayahnya juga kedengaran…ya Allah!!!!

Si ayah yang sedang minum tergamam…gelas yang dipegangnya tiba-tiba pecah…
“eh,ada orang ke kat uma sebelah??” aku terdengar suara wanita itu kerana rumah mereka bercantum,rumah teres…

Jeritan kanak-kanak itu terus kedengaran..si ayah dengan wajah yang marah menuju kea rah rumah sebelah…

“kau bukak pintu nih,aku nk anak aku!!! “ teriak si ayah sambil mengetuk pintu rumah jirannya itu.

Wanita itu membuka pintu..

“budak ni nakal sangat bang..tu yang kami pukul sikit-sikit…nak ajar..”kata wanita itu terketar-ketar…

“kau jangan nak tipu aku la..aku tengok anak aku ini tak buat pape pun..kau heret die dengan kasar..kau ingat anak aku ni ape??!!” tempik si ayah berang…

Si ayah terus merempuh masuk ke dalam rumah,mencari anaknya,aku turut mengekori..
“ya allah,anak ayah!!” sayu suara si ayah..

Anaknya terbaring di atas lantai,menggigil…aku percaya,tangisannya yang sayu itu cukup difahami oleh ayahnya iaitu ;

“ayah,jangan la bagi awie kat orang lain…awie takot..awie sakit….sakit ayah…sakitttt”
Air mata si ayah mengalir seolah-olah faham bahasa tangisan anaknya itu..si ayah mendukung,membelai lembut kepala anaknya,cuba menenangkan anaknya….hebatnya sifat kasih sayang seoranga ayah…

“awie,dah,dah…jangan nangis..ayah ada ni….” Pujuk si ayah…jelas aku lihat,air mata si ayah mengalir…

mungkin sekali difikiran si ayah, “apakah dosa si anak kecil ini hingga mereka sanggup membuat demikian?”

tangisan anak kecil itu mula surut berkat limpahan kasih sayang seorang ayah…
“ayah,jangan tinggalkan awie dengan mereka lagi…awie sakit ayah…sakit…..”
Bersama ibu dan ayahya,anak kecil itu lebih ceria,gembira..kini,tiada lagi kesedihan di wajahnya..

“Zawawi bermaksud ‘himpunan kebaikan’,semoga dalam diri awie kelak penuh dengan sifat-sifat baik” kata si ibu kepada anaknya itu. Anak kecil itu yang tidak memehami percakapan ibunya hanya tersenyum riang di atas riba si ayah……
Jika aku mampu kembali ke waktu itu,aku pasti akan memeluk erat diriku ketika itu..aku teringin menemani diri ku ketika itu…ingin memeluknya…memberinya semangat…mengubati kesakitannya…menghentikan tangisan deritanya…..tetapi firman Allah;

“demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”

Ayat 1-3 surah Al-Ashr

Zawawi Mahim
4.46 am
Selasa ,5 januari 2010

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...