31 Januari 2010

Kajian dan Konspirasi


Kajian saintifik yang mendalam mendapati kemungkinan terjadi perubahan graviti bumi dan kenaikan suhu.Namun terdapat satu lagi perubahan yang menakutkan kemungkinan akan terjadi,iaitu kehilangan ion-ion atau gangguan denyutan elektromagnet menjadikan apa yang dinamakan kesan EMP (Electromagnetic Pulse).Anda tahu apa akan terjadi apabila tenaga EMP dilepaskan?Kesemua peralatan elektrik dan elektronik akan menjadi sampah saja;ia tidak berfungsi.Mereka telah membina bom-bom EMP ini.Sesungguhnya peperangan masa depan adalah mungkin peperangan elektronik,namun selepas itu mereka mungkin bergaduh dengan batu dan kayu..tanda2 EMP telah dikesan sejak tahun 2003 dan mungkin berlaku pada 2012.

Bumi akan 'dibersihkan' setiap kitaran tertentu.Bumi telah ada sebelum manusia pertama wujud.Bumi 'dibersihkan' sebelum kehadiran manusia pertama itu.Bumi seperti disiapkan untuknya.Di dalam selang masa tertentu,bumi akan mengalami kitaran-kitaran yang berbeza dan bertindan-tindan antara satu sama lain.Pengkaji menamakan ini sebagai 'Earth Bioryhthm'.Bumi juga mengalami 'kitaran haid' seperti wanita.Setiap kali pada waktu tertentu,ia akan 'dibersihkan'.

Dalam kata lain,bumi akan di'reformat' setiap kitaran tertentu.Salah satunya ialah Peristiwa Banjir Besar.Kita tidak tahu apakah spesis haiwan atau tumbuhan yang wujud sebelum Banjir Besar.SEbab itu jika kita membaca kisah Nabi Nuh a.s,beliau membawa biji-biji benih dan pasangan-pasangan haiwan ke kapal.Mengapa perlu membawa haiwan dan tumbuhan?Bukankah selepas surut banjir,haiwan dan tumbuhan akan tumbuh dan berhidup semula?Benarkah Banjir Besar terjadi di kawasan kecil atau di daerah nabi Nuh sahaja?JIka begitu,tidak payahlah nabi Nuh membuat kapal,baik nabi Nuh berpindah sahaja ke kawasan yang tidak dinaiki air.Dan selepas banjir,nabi Nuh boleh mengimport spesis haiwan dan tumbuhan di tempat lain untuk dibawa ke negerinya semula.Fikirkan rahsia ini.

Bagaimana Banjir Besar boleh berlaku sebegitu cepat?Ini semua kuasa Tuhan namun Tuhan selalu menyebarkan kekuasaannya melalui asbab-asbab tertentu.Yup...kemungkinan 'Pole Shift' telah berlaku ketika itu dan perubahan terjadi menyebabkan perubahan tenaga dan air mula memancar keluar dari segenap ceruk bumi.Perubahan graviti dan elektromagnetik telah menyebabkan persenyawaan unsur hidrogen dan oksigen berlaku dengan sebegitu drastik,menyebabkan air mula bertambah.

Apakah kaitan dengan perubahan pada manusia? setiap kitaran kepada sejarah manusia?

Setiap kitaran 100 tahun akan menghasilkan seorang AVATAR.Avatar ini akan memperbaharui agama yang diredhai Tuhan.'Memperbaharui' bukan bermaksud mengadakan agama baru,tetapi MENYEGARKANNYA.Ini adalah kitaran 'biorhythm' bumi yang diterangkan dalam hadis nabi bahawa setiap seratus tahun akan lahir seorang MUJADDID yang akan membela agama Islam.Mujaddid inilah yang akan menghadapi Avatar-avatar jahat yang cuba untuk menjalankan agenda mereka.The Elite adalah salah satu dari avatar-avatar 'Dark Force' ini.

Pengecaman dan pemantauan telah dilakukan diseluruh dunia untuk merekodkan data-data orang ramai.Laman-laman sosial ditubuhkan dengan dana-dana Intelligence seperti CIA untuk mengkaji tabiat dan perwatakan orang ramai bersosial antara satu sama lain.Facebook adalah antara agenda mereka.Data peribadi yang dimasukkan adalah hak milik mereka.'Privacy' hanyalah iklan semanis menanam tebu dibibir sahaja.Cuba anda kaji,bagaimanakah seorang lelaki yang tidak tahu apa-apa di Mumbai,telah dituduh sebagai pengganas yang meletupkan bom.Bagaimana semua data peribadi,lokasi dia berada dan maklumat telefon/kad kredit diketahui oleh Interpol?Tonton ketiga-tiga siri Bourn terutama Bourn Ultimatum dan pelajari bagaimana ejen-ejen CIA mendapatkan nombor telefon,maklumat dan apa saja dari sasaran.Di situ adalah contoh yang mudah namun ia memberitahu kita semua itu adalah kemungkinan yang biasa boleh dilakukan dengan mudah.

Apakah agenda mereka sebenarnya?Apa rancangan mereka sempena tahun baru ini??

Mereka akan cuba menakut-nakutkan dunia dengan wabak penyakit.Kemudian mereka tawarkan vaksin.Di dalam vaksin mungkin ada robot-robot nano yang boleh dikawal dari satu pusat kawalan.Robot-robot nano ini akan bergerak menerusi perjalanan darah;seperti syaitan.Mereka akan ledakkan satu lagi kitaran kejatuhan ekomomi.Semua wang di dalam poket orangramai menjadi tidak bernilai.Kemudian mereka tawarkan bantuan.Bantuan ekonomi.Kerana emas yang menjadi sandaran kepada duit kertas yang tidak bernilai itu ada pada mereka.

Semua ini akan menjurus kepada satu katakunci : P A N I C

Selepas itu kita akan lihat siapa akan muncul untuk menyelamatkan keadaan.

Memerintah ketika kekacauan adalah strategi mereka.Kita akan tunggu siapakah AVATAR yang muncul dalam kekacauan dan ketidakselesaan itu.

Siapa?

Bergantung kepada siapa yang anda pilih.
Baca lagi...

30 Januari 2010

Islam di Malaysia diancam? betul ke ni...


Assalamualaikum warah matullah...kata2 "Islam di Malaysia diancam,? betul ke ni..." itulah kata2 yang sering kita dengar sedangkan ianya suatu kenyataan..berikut adalah beberapa maklumat yang ana dapat melalui email juga..jika salah,sila maklumkan kepada ana

ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)


IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.


Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

1.Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2.Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3.Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4.Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5.Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6.Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7.Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..

8.Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9.Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10.Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11.Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12.Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13.Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14.Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Ancaman Utama IFC terhadap Islam

1.Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2.Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.

3.Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4.Orang-orang Islam bebas untuk murtad.

5.IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.

ke mana kita sebagai umat Muhammad serta hamba yang bernaung di bawah agama Allah?? tidak takutkan kita jika tidak bangkit mempersoakan hal begini? atau kita ingin dipersoalkan oleh Allah di negeri Akhirat kelak??? wallahu a'lam

Rujukan

1. http://www.abim.org.my/component/content/article/28-artikel-pilihan/94-penubuhan-ifc.html
Baca lagi...

Islam dihina????


Assalamualaikum warahmatullah....alhamdulillah,tulisan ana kali ini bukan berunsur politikus yang semakin mengelabui pandangan kebenaran islam yang dibawa oleh baginda Muhammad s.a.w.,tetapi lebih kepada pendedahan penghinaan terhadap Islam...ana tidak takut kepada dunia,ana lebih sayangkan akhirat..meskipun anda terikat dengan dunia,ana akan terus meronta untuk mempertahankan Islam.....ana dapat perkara ni dari email seorang sahabat ana..baru jer pagi ni ...lihatlah gambar yang ana upload-kan tu...kepada mana2 sahabat2 yang bijak bidang IT,tolong periksa samada gambar ini telah disunting atau memang gambar yang asli..jika palsu,sila post comment kepada ana,ana akan padam terus catatan ini...ana tidak berpolitik,tapi,hal berkaitan islam ana tidak akan berdiam diri..wallahu'alam Baca lagi...

26 Januari 2010

Allah tidak tidur dan tidak mengantuk

Lepas solat berjemaah, ustaz abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz lah menyampaikan pengajian mengenai akidah. antara yang tidak dapat aku lupakan adalah selitan kisah nabi musa a.s.

"wahai tuhan sekelian alam,adakah Engkau tidak pernah mengantuk atau tidur?" tanya nabi Musa a.s. yang kita sedia maklum memiliki mukjimat boleh berbicara direct dengan Allah s.w.t.

"wahai Musa,cuba engkau pegang gelas selama mana yang engkau mampu" firman Allah..

Nabi musa a.s memegang gelas berkenaan seperti yang diperintahkan..

setelah lama memegangnya,baginda a.s. mula berasa mengantuk...baginda a.s. terlelap seketika kemudian gelas yang dipegang terus jatuh dan pecah...

"engkau cuma terlelap seketika,lalu gelas tersebut terlepas dari genggaman engkau dan pecah..apakah akan terjadi jika Aku seperti engkau?" nabi Musa a.s mendengar degan penuh keinsafan...

sedarlah baginda a.s bahawa Allah s.w.t tidak tidur dan tidak mengantuk..wallahu a'lam




Baca lagi...

16 Januari 2010

Kes Pembuangan Bapa Kian Berlaku....

Semoga Allah jauhkan kita dari bersikap dan bertindak demikian...lihatlah di dada akhbar,bapa ditinggalkan begitu sahaja..alasannya, bapa mereka menyusahkan mereka....ke mana perginya sifat kemanusiaan dalam diri generasi kini?? Baca lagi...

12 Januari 2010

Berkongsi Penyelidikan

Assalamualaikum warahmatullah..di sini saya ingin berkongsi dengan anda blog sahabat saya yang penuh dengan pengisian tentang dajjal serta freemason..ape itu freemason? apa kaitannya dengan yahudi serta kebangkitan dajjal? sila kunjungi blog ini : http://greetingaddajjal.blogspot.com/ Baca lagi...

05 Januari 2010

Aku ingin kembali ke waktu itu….


Gelap,sunyi…aku berada di mana?

“waaaaaaaaaaaaa!!!!”

Itu….itu suara kanak-kanak sedang menangis..di mana? Di mana suara itu…

……

Setelah kedua mataku terbuka,aku lihat seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia 1-2 tahun sedang menangis. Tangan kanan kanak-kanak itu kelihatan digenggam erat oleh seorang wanita berusia lebih kurang awal 30-an. Dan seorang lagi kanak-kanak hampir remaja,dalam usia 12 tahun ,mungkin anak wanita itu,dilihat sedang menghayun tali pinggang kulit kea rah kanak-kanak itu.

“adakah kanak-kanak itu nakal? Tapi,tidak mungkin dengan usia nya itu..tidak mungkin” bisik hati kecil ku…

aku berada tidak jauh dari mereka..segalanya dapat ku lihat dengan jelas. Terpancar di wajah kanak-kanak tersebut akan ketakutan sambil ditemani titisan air mata yang mengalir tidak henti-henti.

“padan muka kau!” tengking wanita itu kepada kanak-kanak tersebut.
Wanita itu mengambil surat khabar,digulung-gulungnya sehingga padat,kemudian…..

“papppp!!!” pukulan kuat daripada wanita itu hinggap di atas tubuh kanak-kanak yang tidak mengenal erti dunia..bahkan,kanak-kanak itu juga tidak tahu mengapa dia diperlakukan begitu…

“waaaaaaaaaaaaaaa!!!!!” hanya tangisan yang mampu kanak-kanak tersebut luahkan kerana dia tidak tahu bercakap….

dengan kalimah apakah lagi hendak diucapkannya?? Bahasa apa lagi??? Dia tidak pandai bertutur!!!!!! Tidak pandai merayu pun!!!
Tapi,tagisan kanak-kanak itu tidak mampu melahirkan rasa simpati terhadap anak wanita tersebut…anak wanita itu pula….

“zaasssss!!!!” libasan tali pinggang menjalar di atas tubuh hamba Allah yang kerdil itu…anak wanita itu hanya ketawa melihat kanak-kanak itu dalam kesakitan…
Kanak-kanak itu menggelupur kesakitan…apa salahnya? Apa dosanya? Adakah dia dilahirkan untuk diperlakukan begitu? Air matanya terus mengalir deras….

Walaupun aku tidak merasakannya,tapi,aku seolah-olah tahu kesedihan,kesunyiaan yang dialaminya…perit….amat perit…ya Allah,mengapa dia didera segitu…
Adakah itu ibunya? Itu abangnya? Kejam sungguh mereka…..


Aku cuba melangkah untuk menolong kanak-kanak itu…tapi,aku tidak mampu bergerak..kenapa? kenapa? Ya allah,kenapa kau menghalang aku yang ingin membantu hamba Mu yang lemah itu?? Kenapa?

Air mata ku mengalir kerana tidak dapat menahan hiba melihat kanak-kanak itu diperlakukan begitu....

“biar padan muka kau…!!!” itulah kata-kata yang dilemparkan kepada kanak-kanak itu..kanak-kanak itu dibiarkan terbaring di atas lantai….hujan lebat yang mulai turun seolah-olah tanah Allah ini sama-sama menemani kanak-kanak itu menangis…dia adalah seorang kanak-kanak…berusia 2 tahun…ape yang dia tahu? Kanak-kanak pada usia ini sepatutnya menikmati zaman semulajadinya….tapi,kanak-kanak ini???? Mengapa???

Aku lihat kanak-kanak itu terbaring kesejukan..malah,kesakitan itu melebihi
kesejukannya…tiba-tiba aku mampu untuk bergerakk… dengan langkah suram,aku hampiri kanak-kanak tersebut….aku memeluknya erat….erat sangat..sangat-sangat…

“adik,sabarlah…sabar…” kata ku sambil air mata ku mengalir tanpa henti kerana…dalam pelukan itu,aku merasakan kesakitannya,penderitaannya,serta…..badannya menggigil….ya allah….

……….

Di waktu petangnya,aku lihat kanak-kanak itu hanya membisu…duduk memeluk tubuh di hadapan pintu …sedih,suram..terpapar di wajahnya…seolah-olah menagih suatu harapan….tiba-tiba…

“waaaa…wawwaaa..aaaa” aku lihat kanak-kanak itu menangis sambil berlari menuju kea rah seorang wanita yang berusia dalam lingkungan pertengahan 30 –an..
Wanita itu kelihatan baru pulang dari kerja.

“laaa,kenapa menangis ni?” rupa-rupanya itulah ibunya.

Kanak-kanak itu terus mendakap ibunya…selesa,seolah-olah hilang rasa derita sakitnya sebelum ini. Begitulah hebatnya seorang ibu.

Rupa-rupanya si ibu tadi meniggalkan anaknya kepada jirannya sementara dia pergi mencari rezeki di ibu kota…

……………..

Aku lihat kanak-kanak ini begitu gembira di samping ibunya…sepanjang malam ibunya melayan karenahnya.memeluk,mencium,bermain dan mendukung anak lelakinya itu. Sebelum anaknya tidur,ibunya membacakan kisah-kisah tauladan tempatan dan kisah nabi-nabi…lenanya kanak-kanak itu dalam pangkuan ibunya…dalam dakapan kasih sayang,cinta seorang ibu…..mulianya ibu ini..

Tiba-tiba ibunya baru perasan sesuatu…si ibu menyelak baju belakang anaknya..terlihatlah bekas-bekas lebam pada badan anak kesayangannya itu…

“ya allah..” rintih ibunya perlahan…air matanya mengalir keluar…laju…sambil si ibu menyelak seluar anaknya,terlihat pula kesan-kesan lebam juga…bertambah deras air mata si ibu tadi mengalir..

Ibunya menutup mulutnya kerana tidak mahu tangisannya mengejutkan tidur anaknya…sambil mengusap rambut anaknya,si ibu tadi terus menangis….seolah-olah si ibu tidak mampu berbuat apa-apa…dalam lena tidur kanak-kanak tersebut,si ibu memeluk erat anaknya…erat..aku seolah-olah dapat merasakan betapa kasihnya si ibu terhadap anaknya…tapi,si ibu tadi tidak berkuasa…

……….

Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an keluar dari kereta proton saga biru gelap..memakai pakaian lengkap celoreng tentera,tidak salah lagi lelaki ini adalah seorang askar melayu,tentera. Lelaki tersebut mengetuk pintu rumah si ibu tadi..

“assalamualaikum..” lelaki tersebut member salam.

“waalaikumsalam ayahnya..” jawab si ibu..rupa-rupanya lelaki tersebut adalah ayah kepada kanak-kanak tadi.

“eh,kenapa menangis ni?” tanya si ayah kepada isterinya..

“tak pape..” jawab si isteri sambung mencium tangan suaminya…

“mana dia?” tanya si suami sambil mencari-cari.

“ada dalam bilik,tido..”jawab si isteri sambil mengangkat barang-barang masuk ke dalam rumah.

Si ayah terus menuju ke bilik…dilihat anaknya nyenyak tidur…perlahan-lahan si ayah menghampiri anaknya,dipeluk,dicium….rindu nampaknya si ayah…betapa kasihnya si ayah..
“eh? Ni lebam ape ni?” tanya si ayah sendirian…

Aku cuba mara ke depan untuk membongkar segalanya tetapi aku tidak mampu bergerak. Puas sudah aku berteriak ingin memberitahu perkara sebenar,namun,suara aku seolah-olah tidak dapat didengari oleh si ayah.

“ni kenapa dengan lebam-lebam sume ni ibunya?” tanya si ayah kepada si ibu…si ibu hanya menangis..tidak mampu berkata-kata.
Fahamlah si ayah…..


……..

Seperti biasa,kanak-kanak tersebut diserahkan kepada jirannya setiap pagi..si ibu pula terus pergi kerja..mencari rezeki tambahan untuk masa depan keluarga dan anak kesayangannya…biar jauh tempatnya,lama perjalanannya,segalanya demi anaknya….betapa kasihnya ibu

Kereta kepunyaan si ayah tidak kelihatan..

“barangkali sudah pergi kerja juga..bisik hati kecilku”

Aku melihat suasana di dalam rumah mereka…semuanya sederhana..cukup-cukup untuk mereka..di ruang tamu rumah mereka,aku lihat ada sebakul alat permainan….

“wah,mesti kanak-kanak tersebut seorang anak yang manja” senyum ku sendirian.

Di luar rumah,aku lihat kanak-kanak itu tidak bermain bersama kanak-kanak lain….wajahnya murung,duduk memeluk tubuh,ketakutan..seolah-olah memikirkan sesuatu…merenung..termenung..duduk menghadap rumahnya itu..mengharapkan sesuatu,aku tahu ; harapan agar kembalinya ibu dan ayahnya secepat mungkin..
Aku terdengar bunyi sesuatu datang dari rumah kanak-kanak itu.
“aneh,bukankah ibu bapa kanak-kanak itu sudah pegi keja? Sape plak….” Persoalan bermain difikiranku. Aku terus menuju ke dalam rumah..aku lihat pintu dapur sudah terbuka..

“pencurii????” aku cemas.

Pakaian celoreng itu aku kenal..bukanlah pencuri,tapi si ayah…mengapa si ayah masuk melalui pintu belakang? Di mana kereta?? Mengapa bersikap curi-curi begini??
Si ayah dengan perlahan menuangkan air ke dalam mug kaca…seolah-olah tindakan si ayah itu tidak mahu diketahui orang lain. Perlahan-lahan si ayah mengintai anaknya melalui tingkap cermin depan rumahnya.

“waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!” tiba-tiba aku terdengar suara tangisan kanak-kanak…
“aku kenal suara inii!!” tegas aku.

Aku terus berlari keluar,aku lihat kanak-kanak tadi diheret masuk ke dalam rumah jirannya oleh wanita penjaganya. Kasar,seolah-olah kanak-kanak itu seorang pesalah.

“aku panggil masuk,kau degil yea…siap kauu!!” tengking wanita itu…

“zaaaaaaaassssssssssssskkkk!!!!!!!!!......pakkkkk!!!! zassskkkkkk!!!” libasan tali pinggang,surat khabar hinggap pada tubuh kanak-kanak itu…belum pun sembuh lebam semalam,kini muncul lebam yang baru..merah aku lihat tubuh kanak-kanak itu..aku terus berlari ke rumah sebelah,rumah di mana ayahnya berada..

“pakcik,tolong la…tolong la, pakcik pegi halang dorang dera anak pakcikkk..tolong la pakcik..rayu ku sambil menangis..sungguh,aku betul-betul tidak dapat menahan sedih…pukulan surat khabar dan libasan tali pinggang hingga ke rumah ayahnya juga kedengaran…ya Allah!!!!

Si ayah yang sedang minum tergamam…gelas yang dipegangnya tiba-tiba pecah…
“eh,ada orang ke kat uma sebelah??” aku terdengar suara wanita itu kerana rumah mereka bercantum,rumah teres…

Jeritan kanak-kanak itu terus kedengaran..si ayah dengan wajah yang marah menuju kea rah rumah sebelah…

“kau bukak pintu nih,aku nk anak aku!!! “ teriak si ayah sambil mengetuk pintu rumah jirannya itu.

Wanita itu membuka pintu..

“budak ni nakal sangat bang..tu yang kami pukul sikit-sikit…nak ajar..”kata wanita itu terketar-ketar…

“kau jangan nak tipu aku la..aku tengok anak aku ini tak buat pape pun..kau heret die dengan kasar..kau ingat anak aku ni ape??!!” tempik si ayah berang…

Si ayah terus merempuh masuk ke dalam rumah,mencari anaknya,aku turut mengekori..
“ya allah,anak ayah!!” sayu suara si ayah..

Anaknya terbaring di atas lantai,menggigil…aku percaya,tangisannya yang sayu itu cukup difahami oleh ayahnya iaitu ;

“ayah,jangan la bagi awie kat orang lain…awie takot..awie sakit….sakit ayah…sakitttt”
Air mata si ayah mengalir seolah-olah faham bahasa tangisan anaknya itu..si ayah mendukung,membelai lembut kepala anaknya,cuba menenangkan anaknya….hebatnya sifat kasih sayang seoranga ayah…

“awie,dah,dah…jangan nangis..ayah ada ni….” Pujuk si ayah…jelas aku lihat,air mata si ayah mengalir…

mungkin sekali difikiran si ayah, “apakah dosa si anak kecil ini hingga mereka sanggup membuat demikian?”

tangisan anak kecil itu mula surut berkat limpahan kasih sayang seorang ayah…
“ayah,jangan tinggalkan awie dengan mereka lagi…awie sakit ayah…sakit…..”
Bersama ibu dan ayahya,anak kecil itu lebih ceria,gembira..kini,tiada lagi kesedihan di wajahnya..

“Zawawi bermaksud ‘himpunan kebaikan’,semoga dalam diri awie kelak penuh dengan sifat-sifat baik” kata si ibu kepada anaknya itu. Anak kecil itu yang tidak memehami percakapan ibunya hanya tersenyum riang di atas riba si ayah……
Jika aku mampu kembali ke waktu itu,aku pasti akan memeluk erat diriku ketika itu..aku teringin menemani diri ku ketika itu…ingin memeluknya…memberinya semangat…mengubati kesakitannya…menghentikan tangisan deritanya…..tetapi firman Allah;

“demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”

Ayat 1-3 surah Al-Ashr

Zawawi Mahim
4.46 am
Selasa ,5 januari 2010
Baca lagi...

03 Januari 2010

Sirah : Perkahwinan Abdullah dengan Aminah


Usia Abd'l-Muttalib sudah hampir mencapai tujuhpuluh tahun atau lebih ketika Abrahah cuba menyerang Mekah dan menghancurkan Rumah Purba. Ketika itu umur Abdullah,anaknya sudah dua puluh empat tahun, dan sudah tiba masanya dikhawinkan. Pilihan Abd'l-Muttalib jatuh kepada Aminah bint Wahb bin Abd Manaf bin Zuhra, - pemimpin suku Zuhra ketika itu yang sesuai pula usianya dan mempunyai kedudukan terhormat. Maka pergilah anak-beranak itu hendak mengunjungi keluarga Zuhra. Dia dengan anaknya menemui Wahb dan melamar puterinya. Sebahagian penulis sejarah berpendapat, bahwa ia pergi menemui Uhyab, bapa saudara Aminah, sebab waktu itu ayahnya sudah meninggal dunia dan dia di bawah asuhan bapa saudaranya. Pada hari perkhawinan Abdullah dengan Aminah itu, Abd'l-Muttalib juga berkhawin dengan Hala, puteri bapa saudaranya. Dari perkhawinan ini lahirlah Hamzah, bapa saudara Nabi dan yang seusia dengan dia.

Abdullah dengan Aminah tinggal selama tiga hari di rumah Aminah, sesuai dengan adat kebiasaan masyarakat Arab apabila perkhawinan dilangsungkan di rumah keluarga pengantin perempuan. Sesudah itu mereka pindah bersama-sama ke keluarga Abd'l-Muttalib. Tak seberapa lama kemudian Abdullahpun pergi dalam suatu usaha perdagangan ke Syam dengan meninggalkan isteri yang dalam keadaan hamil. Yang pasti ialah Abdullah adalah seorang pemuda yang tegap dan tampan. Bukan hal yang luar biasa jika ada wanita lain yang ingin menjadi isterinya selain Aminah. Tetapi setelah perkhawinannya dengan Aminah itu hilanglah harapan yang lain walaupun untuk sementara. Siapa tahu, barangkali mereka masih menunggu ia pulang dari perjalanannya ke Syam untuk menjadi isterinya di samping Aminah.

Dalam perjalanannya itu Abdullah tinggal selama beberapa bulan. Dalam pada itu ia pergi juga ke Gaza dan kembali lagi. Kemudian ia singgah ke tempat saudara-saudara ibunya di Madinah sekadar beristirahat sesudah merasa letih selama dalam perjalanan. Sesudah itu ia akan kembali pulang dengan kafilah ke Mekah. Akan tetapi kemudian ia menderita sakit di tempat saudara-saudara ibunya itu. Kawan-kawannya pun pulang lebih dulu meninggalkan dia. Dan merekalah yang menyampaikan berita sakitnya itu kepada ayahnya setelah mereka sampai di Mekah.
Baca lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...