08 Disember 2011
Rahsiakan Pertunangan.. Hebahkan Perkahwinan..
Sekarang ni dah jadi macam trend. Majlis pertunangan dah macam majlis perkahwinan. Pakai baju dah macam pengantin. Dengan mekap tebalnya. Lagi dahsyat siap pelamin dan hantaran lagi. Kemudian ada pula sesi photoshoot dengan pasangan. Posing pulak dah macam sah laki bini. Uiiii... Nauzubillah...
Lepas tu, kecoh.. Kecoh sekalian alam. "Weyh! Aku dah bertunang.. Aku dah jadi milik dia. Tak ada siapa boleh rampas dia dari aku. She's mine! He's mine!". Uit! Jangan over confident sangat. Belum tentu perempuan yang dipuja tu akan jadi isteri kau. Belum tentu lelaki yang kau benci tu bukan suami kau. Belum tentu tunang kau tu akan jadi pasangan hidup kau. Tidak ada sesiapa pun yang tahu siapa jodoh sebenar kita. Kerana jodoh itu rahsia Allah swt.
Bila putus tunang, mulalah nak menggelabah. Mulalah nak buruk-burukkan bekas tunang. Mulalah buat spekulasi bekas tunang main kayu tiga. Mulalah nak raih simpati. Siapa yang malu? Jawapan tipikal, mereka dan keluarga mereka.
Perlukah nak hebohkan majlis pertunangan?
Kita sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Bersederhana kan lebih bagus. Dan tidak bertunang dalam tempoh yang terlalu lama.
"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan. Boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."
Merahsiakan pertunangan juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sepasang suami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih lagi orang yang asing.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan