29 Disember 2011

Usah Terlalu Banyak bertanya




Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda “Biarkan aku apa yang aku biarkan kepada kamu. Sesungguhnya kebinasaan umat sebelum kamu adalah kerana pertanyaan dan penentangan mereka kepada nabi-nabi mereka. Jadi, jika aku melarang sesuatu atas kamu maka tingggalkanlah dan jika aku memerintahkan sesuatu maka lakukanlah sesuai dengan kemampuan kamu” (Riwayat Bukhari & Muslim)

1) Jangan terlalu banyak bertanya

Al-Maidah [101] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

Jangan terlalu banyak menyoal seperti umat terdahulu, seperti yang diceritakan dalam surah Al-Baqarah. Kisah penduduk dua buah kampung yang bertemu Nabi Musa untuk menyelesaikan satu kes pembunuhan.

Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”.

Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?”

Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”. (67)

Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?”.

Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”. (68)

Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?”.
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya”. (69)

Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya) dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)”. (70)

Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang) dan tidak pula (digunakan untuk mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya”.

Mereka berkata: “Sekarang barulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”.

Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu. (71)

Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan. (72)
Maka Kami (Allah) berfirman: “Pukullah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu”. (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya. (73)

2) Tinggal apa yang dilarang dan ikut apa yang disuruh mengikut kemampuan

Misalnya jika tidak mampu sembahyang berdiri kerana uzur, boleh sembahyang secara duduk, jika tidak mampu juga boleh sembahyang sambil baring atau tidur.

Taghabun [16] Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya) dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
Baca lagi...

21 Disember 2011

Air Mata Kerana Takutkan Allah Akan Dapat Memadamkan Api Neraka.




Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)

Berdasarkan hadis di atas 3 mata yang akan mendapat rahmat Allah S.W.T dihari akhirat yang mana ketika itu ramai mata-mata yang menangis penyesalan :

1. Mata yang dipejamkan dari segala yang haram.

2. Mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah.

3. Mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.

Huraiannya :

Pertama : Mata yang dipejamkan dari segala yang haram.

Terlalu banyak maksiat dilakukan oleh manusia melalui mata. Mata ini akan menjadi saksi di hari akhirat nanti kerana manusia menyalahgunakan nikmat mata yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dengan melihat perkara yang haram. Dosa-dosa yang dilakukan oleh mata adalah seperti berikut :

1. mengekori aurat wanita/ lelaki.

2. melihat gambar/ dvd/ internet lucah.

3. menggunakan ilmu sihir melalui mata dan membaca mentera-mentera sihir untuk melakukan sihir kepada orang lain.

4. menulis, mengarang dan mencari bahan-bahan fitnah dan menyebarkan fitnah tersebut kepada orang lain.

5. mengintip rahsia dan mengambil gambar dan mendedahkan keaiban seseorang.

Apabila seseorang menggunakan matanya untuk melakukan apa saja perkara maksiat , sebenarnya matanya telah melakukan dosa. Tetapi apabila mata digunakan untuk solat, membaca al-Quran, menulis dan mengarang ilmu yang bermanfaat, melihat alam ciptaan Allah dan merasai keagungan-Nya dan perkara-perkara yang bermanfaat yang lain maka Allah S.W.T. akan mengurniakan pahala dan mata ini nanti akan merasai gembira di hari akhirat.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-citanya, nescaya Allah SWT mencerai-beraikan urusannya dan dijadikan kefakiran di hadapan kedua matanya dan Allah tidak memberinya dari harta dunia ini, kecuali apa yang telah ditetapkan untuknya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kedua : Mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah.

Jihad dijalan Allah adalah sebaik-baik amalan dilakukan semata-mata untuk mendaulatkan hukum-hukum Allah. Tanpa jihad dan pengorbanan Islam tidak mampu ditegakkan dan dihayati dalam kehidupan bermasyarakat. Jika seseorang mati ketika berjihad mempertahankan daulah Islam, mempertahankan negaraIslam daripada diceroboh oleh orang kafir atau penyebaran dakwah Islam disekat oleh musuh Islam maka mati tersebut adalah mati syahid. Mati yang mulia dan akan dimasukkan oleh Allah S.W.T kedalam syurga tanpa hisab.

Mata yang berjaga malam ketika berjihad dijalan Allah S.W.T. untuk menjaga kepentingan Islam daripada diserang musuh adalah mata yang dirahmati Allah S.W.T. di hari akhirat nanti mata ini tidak akan menangis kesedihan. Mata yang mulia ini akan memberitahu Allah S.W.T. bahawa dia digunakan untuk mencari reda-Nya semasa di dunia dahulu.

Dalam realiti kita sekarang ini kita juga boleh qiyaskan bahawa kita berjaga malam untuk mengawal kawasan progrem-progrem dakwah, tarbiah, motivasi, muqayam, tamrin dan rehlah dikawasan hutan atau tepi pantai adalah dikira sama dengan mengawal semasa jihad fisabilillah. Jihad untuk memberi kesedaran dan kefahaman ilmu Islam adalah juga dikira sebagai kerja-kerja jihad dijalan Allah S.W.T.

Ketiga : Mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.

Dari Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu’anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah s.a.w. yang mana dia menyatakan tujuannya : "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatanganku ini adalah untuk bertanya kepada engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat". Maka baginda s.a.w telah berkata kepadanya : "Tanyalah apa yang engkau kehendak."

Dia berkata : "Siapa yang terselamat daripada dosa?"

Baginda S.A.W menjawab : "Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan."

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Bahawa tidak akan masuk Neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Di dalam kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seseorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka, maka salah satu daripada rambut-rambut matanya pun berkata : "Wahai Tuhanku ! Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda : 'Sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah , maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka', dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka, dengan berkata sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibrail a.s. mengumumkan : "Telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut"

Dalam sebuah kitab Bidayatul- Hidayah diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan di datangkan Neraka Jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat mengerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat di seru kepada buku amalannya (di katakan padanya). Pada hari ini kamu di balas menurut apa-apa yang telah di kerjakan"
(Surah Al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengarkan kegeramannya api neraka dengan nyalaan apinya, dan di terangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat di dengar sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu akan berkata setiap orang hingga para Nabi-nabi dengan ucapan :

"Diriku, diriku" (selamatkan diriku ya Allah), hanya seorang Nabi sahaja yang akan berkata : "Umatku, umatku," baginda ialah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Pada masa itu akan keluarlah api Neraka Jahim seperti gunung-gunung, umat-umat Nabi Muhammad S.A.W. berusaha menghalanginya dengan berkata : "Wahai api ! Demi hak orang-orang yang solat. Demi hak orang-orang yang ahli bersedekah. Demi hak orang-orang yang kyusuk. Dan demi hak orang yang berpuasa, supaya engkau kembali !

Walaupun dikatakan demikian api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibrail berkata : Sesungguhnya api neraka itu menuju pada umat Muhammad S.A.W."

Kemudian Jibrail membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W. meraihnya, dan berkata Jibrail a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah padanya."

Lalu baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W. pun bertanya kepada Jibrail a.s. :

"Wahai Jibrail! air apa itu?"

Maka berkata Jibrail, "Itulah air mata-air mata orang derhaka yang terdiri dari umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya padamu agar engkau menyiramkan pada api itu, maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T. "

Telah bersabda Rasulullah S.W.T. yang bermaksud : "Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemukannya air mata."

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita kita beramal soleh dengan mengikhlaskan hati kita kepada Allah S.W.T. Gunakanlah semua pancaindera kita untuk melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T.

Tanda kita bersyukur dengan nikmat kaki, tangan, hidung, mulut, telinga dan mata yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. maka kita gunakan pancaindera ini untuk mentaati-Nya. Nikmat mata kurniaan Allah S.W.T. adalah satu kurniaan yang besar, jika mata melihat yang halal dan mata menangis mengalirkan air mata kerana takutkan-Nya maka air mata ini akan dapat memadapkan kemarakkan api neraka. Salah satu golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy adalah seorang yang berdoa seorang diri menitiskan air mata penyesalan dan bertaubat kepada Allah S.W.T.
Baca lagi...

11 Disember 2011

Jenis-jenis Orang Kafir Dalam Perspektif Islam




Seperti yang kita fahami, bahawa orang-orang yang tidak berstatus muslim, maka dia berstatus kafir, karena klasifikasi manusia dalam hal ini hanya ada dua, iaitu muslim atau non muslim, tidak ada yg lain, karena jika dia bukan muslim, maka selayaknya dia seorang yang kafir. Jadi, tujuan kupasan kali ini bukanlah hendak memfokuskan bagaimana seseorang itu baru layak digelar muslim mahupun kafir, tetapi objektif yang sebenarnya adalah untuk mengupas kedudukan atau klasifikasi bagi orang-orang non-muslim atau yang lebih tepat adalah orang-orang kafir.

Sebelum saya pergi lebih jauh untuk membincangkannya, saya cuba merujuk dalam kitab Asy-Syakhshiyah al-lslamiyyah, jilid II karangan Syeikh Taqiyuddin An-Nabahani. Saya memulai tulisan ini dengan harapan untuk mendapat ridho Allah SWT, serta jika ada kesalahan, moga diberi jalan oleh Allah SWT untuk sesiapa sahaja membetulkannya dengan jalan hidayah yang benar. Kitab Asy-Syakhsiyah al-Islamiyah ini sebenarnya adalah kitab yang ditabanni oleh HT untuk diajarkan kepada umat setelah melalui beberapa kita sebelumnya. Secara jujur, saya (penulis) sendiri belum lagi memasuki buku ini dalam halakah hizb, kerana masih membahas kitab sebelumnya yang seharusnya dihabiskan, dan setelah itu difahami dan diemban untuk disampaikan. Walaupun begitu, bukan bermakna isi kandungannya tidak boleh diakses secara perindividu, kerana sub topiknya memang selalu diajarkan oleh syabab-syabab HT di dalam halakah-halakah umum, usroh-usroh serta seminar-seminar yang diadakan untuk tujuan memberi kefahaman kepada masyarakat khasnya para pengemban dakwah. Jadi, ana semaksimal mungkin cuba memahami serta menulis untuk membahaskannya, dan jika ada yang salah, semoga kita terhindar dari kesesatannya, dan jika ada yang benar, moga kita selalu menjadi orang yang mengikut petunjuk.

Kafir Harbi, Musta’min, Mu’ahid, Adz-Zimmah

Istilah-istilah seperti kafir harbi, musta’min, mua’hid dan adz-zimmah merupakan sesuatu perkataan dan pemahaman yang sudah terdistorsi sepertimana istilah-istilah lain yang seharusnya difahami dan jelas pemahamannya bagi seluruh umat islam seperti istilah jihad yang hanya difahami sebagai aktiviti yang bersifat sungguh-sungguh atau perang melawan hawa nafsu, padahal ianya jauh seperti apa yang dibincangkan di dalam al-quran dan rasul, walhasil jihad yang seharusnya menggerunkan hati-hati musuh-musuh islam, tapi ianya hanya menjadi istilah yang bersifat kata-kata biasa yang sekedar kata-kata intelektual akaedmik, yang dimaknai dengan makna lughowi tapi tidak makna hakikinya iaitu secara syar’i syar’i.

Istilah-istilah kafir harbi, musta’min, mu’ahid dan ahl adz-dzimmah adalah berkait rapat dengan interaksi mereka berinterasksi dengan Daulah Islamiyah. Hanya saja, istilah musta’min lebih umum dibandingkan yang lain, karena ia mencakup baik orang muslim mahupun non-muslim. Setiap istilah tersebut mempunyai karektoristik yg berbeda dari sisi interaksinya, serta mempunyai konsekuensi yang berbeda berdasarkan kategorasi kaum kafir tersebut.

Untuk membincangkan dengan lebih mudah bagi setiap karektoristik kaum kafir tersebut, saya akan menyebutkannya satu persatu dari sudut pemaknaan dan definasinya satu persatu. Kafir harbi adalah setiap orang kafir yang tidak terikat dalam perjanjian (dzimmah) dengan kaum muslimin, baik ia seorang mua’hid ataukah musta’min, ataupun bukan pula keduanya. Mua’hid pula adalah orang kafir yang mempunyai perjanjian (mu’ahidah) dengan daulah islam. Manakala musta’min adalah orang yang masuk ke negara orang lain dengan izin masuk (al-aman), samaada mereka itu muslim mahupun non muslim, maka mereka itu disebut sebagai musta’min, dan jika orang kafir maka kita sebutknya sebagai kafir musta’min.

Kafir harbi yang juga disebut sebagai ahl-harb dikategorikan menjadi dua bahagian iaitu: (1) (kafir harbi secara hukum), dan (2) kafir harbi haqiqatan/kafir harbi fi’lan (kafir harbi secara nyata). Kategorisasi ini didasarkan pada kewarganegaraan orang kafir dengan tempat permastautinan yang tetap. Jika khilafah (daulah islam) mengadakan perjanjian dengan sebuah negara kafir (negara yang tidak diterapkan syariat islam), maka warganegaranya disebut sebagai kaum mu’ahidin, manakala negaranya disebut sebagai ad-daulah mu’ahidah (negara yang mempunyai perjanjian dengan khilafah). Istilah lain bagi kafir mu;ahid, seperti yang disebutkan oleh Ibnul Qayyim di dalam kitabnya, Ahkam Adz-Zimmah adalah al-hudnah atau ahs-shulh, ianya juga disebut oleh ulama’ lain sebagai kaum al-muwadi’in. Orang yang terkategori sebagai kafir mu’ahid ini tergolong sebagai kafir harbi hukman, karena setelah berakhirnya perjanjian dengan khilafah, ia akan kembali terkategori sebagai kafir harbi sebagaimana kafir harbi yang lain (kafir harbi fi’lan), yang negaranya tidak terikat sebarang perjanjian dengan khilafah.

Hubungan umat islam atau lebih tepat adalah daulah islam itu sendiri dengan kafir harbi hukman adalah didasarkan pada apa yang terkandung dalam teks-teks perjanjian yang telah disepakati. Hanya saja, dalam interaksi ekonomi, umat islam tidak boleh menjual senjata atau perlengkapan sarana militer kepada pihak kafir harbi hukman, dengan alasan ianya dapat menguatkan serta memberi kemampuan bagi mereka untuk mengalahkan umat islam (baca: Daulah Islam, Taqiyuddin An-Nabahani). jika di dalam perjanjian antara khilafah dan kafir harbi terkandung fasal yang mengizinkan untuk mengeksport sarana militer kepada mereka, maka fasal itu tidak boleh dilaksanakan karena bertentangan dengan syariat. Alasannya mudah, bagi setiap yang bertentangan dengan syariat, maka ianya batal dan tidak boleh dilaksanakan Jika transaksi yang dilakukan tidak sampai pada tahap seperti itu, maka khilafah diperbolehkan menjual senjata ataupun sarana militer kepada pihak kafir, khususnya tatkala khilafah mampu memproduksi segala macam produk militer ke luar negeri seperti yang dilakukan oleh negara adidaya saat ini seperti Amerika dan Rusia.

Kafir harbi haqiqatan pula, adalah sebuah negara yang tidak mempunyai sebarang ikatan perjanjian dengan khilafah, dan rakyatnya dikategorikan sebagai kafir harbi haqiqatan. Negaranya disebut ad-dawlah al-kâfirah ál-hárbiyàh (negara kafir harbi yang memerangi umat Islam). Negara ini dibagi lagi menjadi dua. Pertama, jika negara tersebut sedang berperang secara nyata dengan umat Islam, ia disebut ad-dawlah al-kafirah al -harbiyah al-muhâribah bi al-fi’li (negara kafir harbi yang benar-benar sedang memerangi umat Islam secara nyata). Kedua, jika sebuah negara kafir tidak sedang terlibat perang secara nyata dengan umat Islam, Ia dikategorikan sebagai ad-daw!ah al-kâfirah alharbiyah ghayru al-muharibah bi al-fi’li (negara kafir harbi yang tidak sedang terlibat perang secara nyata dengan umat Islam).

Daulah Islam mempunyai sikap dan hukum yang berbeda bagi kedua karektoristik kafir harbi haqiqatan ini. Jika sesebuah negara itu termasuk dalam kategori pertama, maka asas interaksinya adalah interaksi perang. Khilafah tidak mengadakan sebarang perjanjian atau transaksi dengan karektor negara pertama ini misalnya penjanjian politik (seperti hubungan diplomasi), perjanjian ekonomi (seperti import-eksport), dan sebagainya. Perjanjian hanya boleh dilakukan setelah ada perdamaian (ash-shulh). Warganegaranya tidak diberi izin untuk masuk ke dalam negara Khilafah, kecuali jika dia datang untuk mendengar kalamullah (mempelajari Islam), atau untuk menjadi dzimmi dalam naungan negara Khilafah. Jika warganegara dari negara kafir ini tetap masuk ke negara Khilafah, iaitu bukan untuk mendengar kalamullah, juga bukan untuk menjadi dzimmi, maka jiwa dan hartanya halal, iaitu dia boleh dibunuh, atau dijadikan tawanan, dan hartanya boleh diambil. Berbeda pula sebaliknya, jika sesebuah negara itu termasuk dalam kategori kedua iaitu tidak sedang berperang dengan kaum muslimin, maka negara tersebut boleh bertransaksi apapun seperti apa yang telah termaktub dalam teks-teks perjanjian yang telah disepakti, kecuali dalam hal-hal yang tidak diizinkan oleh syariat. Dalam hal ini, mereka tidak boleh tinggal di dalam daulah dalam jangkawaktu yang terlalu lama, iaitu di bawah satu tahun. Selama itu, jiwa dan hartanya dilindungi dan tidak halal bagi umat islam. Namun, jika warganegara tersebut melanggar perjanjian ataupun masuk ke dalam negara islam secara liar (tidak mengikut prosedur), maka dalam kasus ini, hukumnya sama seperti negara yang sedang berperang dengan umat islam, iaitu jiwa dan hartanya halal bagi umat islam, dengan kata lain mereka wajib diperangi dan diadili.

Musta’min adalah orang yang masuk ke negara lain dengan izin masuk (al-aman), baik Muslim atau kafir harbi. Jika seorang Muslim masuk ke Darul Harb/Darul Kufur, dia tidak boleh mengambil harta kaum kafir dalam Darul Harb tersebut, misalnya dengan mencuri (as-sariqah) atau merampas (al-ghashab). Sebab, seorang Muslim terikat dengan perjanjian yang ia lakukan. Sebagaimana seorang Muslim boleh masuk ke Darul Harb, seorang kafir harbi juga boteh masuk ke datam Daulah Islamiyah. Rasulullah saw. telah memberikan jaminan keamanan kepada kaum kafir pada saat Fathul Makkah. Rasulullah saw. Bersabda: “Siapa saja yang menutup pintu rumahnya, maka berarti dia bererti dia aman.” (HR Muslim).

Namun demikian, jika musta’min itu seorang kafir harbi yang masuk ke negeri Islam, dia tidak boleh tinggal di sana selama satu tahun. Jadi, izin masuk (al-aman) hanya diberikan— misalnya—untuk satu bulan, dua bulan, atau lebih di bawah satu tahun. Hal ini karena seorang harbi dibolehkan tinggal di Darul Islam, tanpa diminta untuk membayar jizyah. Padahal, jizyah dipungut satu tahun sekali. Artinya, maksimal harbi boleh tinggal tanpa jizyah selama satu tahun. Jika dia tinggal lebih dari satu tahun, dia diberi pilihan, iaitu akan tinggal secara tetap dan membayar jizyah atau keluar dari Darul Islam. Jika dia membayar jizyah, berarti dia menjadi ahl adz-dzimah atau warganegara Khilafah. Jika dia keluar menjelang akhir tahun, dia tidak wajib membayar jizyah.

Hukum bagi kafir musta’min pada dasarnya sama dengan hukum ahl adz-dzimmah. Jika dia memerlukan pertolongan, misalnya jiwanya terancam, negara wajib melindunginya sebagaimana negara melindungi ahl adz-dzimmah. Jika musta’min melakukan kejahatan dan perlakuan makar, dia akan dikenai sanksi sebagaimana ahl adz-dzimmah, kecuali sanksi peminum khamr. Hal ini karena Darul Islam adalah tempat diterapkannya hukum-hukum syariat secara tanpa pandang bulu, baik terhadap orang islam, ahl al-dzimmah, maupun musta’min.

Ahl adz-dzimmah kadang disebut juga kafir dzimmi atau sering disingkat dengan dzimmi saja. Asal katanya adalah adz-dzimmah, yang berarti al- ‘ahd, bermakna perjanjian. Ahl adz-dzimmah adalah setiap orang yang beragama bukan Islam dan menjadi rakyat negara Khilafah (Daulah Islamiyah), serta taat dan patuh dengan syariat yang diberlakukan ke atas mereka. Islam telah menjelaskan banyak hukum tentang ahl adz-dzimmah ini. Bahkan di antara ulama ada yang menulis kitab khusus mengenai hukum-hukum Islam yang berkaitan dengan ahl adz-dzimmah. Misalnya Ibn Qayyim al-Jauziyah, yang menulis kitab Ahkam Ahl adz Dzimmah.

Di antara hukum-hukum tersebut adalah:

1. Ahl adz-dzimmah tidak boleh dipaksa meninggalkan agama mereka guna masuk Islam. Rasulullah saw. telah menulis surat untuk penduduk Yaman (yang artinya), “Siapa saja yang beragama Yahudi atau Nashara, dia tidak boleh dipaksa meninggalkannya, dan wajib atasnya jizyah. (HR Abu Ubaid). Hukum ini juga berlaku untuk kafir pada umumnya, yang nonYahudi dan non-Nashara. Dengan demikian, ahl adz-dzimmah dibebaskan menganut akidah mereka dan menjalankan ibadah menurut keyakinan mereka. Hanya saja, segala bentuk keyakinan yang berkait dengan agama mereka tidak boleh ditonjolkan dalam bentuk syiar di dalam daulah islam.

2. AhI adz-dzimmah wajib membayar jizyah kepada negara. Jizyah dipungut kepada ahl dzimmah yang lelaki, baligh, dan mampu. Jizyah tidak diambil dari anak-anak, perempuan, dan yang tidak mampu. Abu Ubaid meriwayatkan bahwa Umar r.a. pernah mengirim surat kepada para amir al-Ajnad bahwa jizyah tidak diwajibkan atas perempuan, anak-anak, dan orang yang belum baligh. Syarat kemampuan diambil dari firman Allah Swt. dalam surat at-Taubah ayat 29 yang berbunyi ‘an yadin yang bermakna ‘an qudratin. Maksudnya, jizyah diambil berdasarkan kemampuan. Bahkan, bagi yang tidak mampu, misalnya karena sudah tua atau cacat, bukan saja tidak wajib jizyah, tetapi ada kewajiban negara (Baitul Mal) untuk membantu mereka. Pada saat pengambilan jizyah, negara wajib melakukannya secara baik, tidak boleh disertai kekerasan atau penyiksaan. Jizyah tidak boleh diambil dengan cara menjual alat-alat atau sarana penghidupan ahl dzimmah, misalnya alat-alat pertanian atau binatang ternak mereka.

3. Dibolehkan memakan sembelihan dan menikahi perempuan ahl adz-dzimmah jika mereka adalah orang-orang Ahlul Kitab, yaitu orang Nashara atau Yahudi. Allah Swt. Berfirman:

Makanan(sembelihan) orang-orang yang diberi al-Kitab halal bagimu dan makanan (sembelihanmu) kamu halal bagi mereka. Demikian pula perempuan-perempuan yang beriman dan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan dari orang-orang yang diberi Al-Kitab sebelum kamu. (QS Al-Maidah [5]:5)

Akan tetapi, jika ahl adz-dzimmah bukan Ahlul Kitab, seperti orang Majusi, maka sembelihan mereka haram bagi umat Islam. Perempuan mereka tidak boleh dinikahi oleh lelaki Muslim. Dalam surat Rasulullah saw. yang ditujukan kepada kaum Majusi di Hajar, beliau mengatakan, “Hanya saja sembelihan mereka tidak boleh dimakan; perempuan mereka juga tidak boleh dinikahi”

Sementara itu, jika seorang muslimah menikahi seorang lelaki non muslim, maka hukumnya haram, baik lelaki itu adalah seorang ahli kitab atau bukan. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman:

“Jika kamu telah mengetahui bahwa mereka adalah (benar-benar) wanita-wanita Mukmin, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir. Tidaklah mereka (wanita Mukmin) halal bagi mereka (lelaki kafir) dan mereka pun (lelaki kafir) tidak halal bagi mereka (wanita Mukmin). (QS al-Mumtahanah [60]: 10).

4. Boleh dilakukan muamalah antara umat Islam dan ahl adz dzimmah dalam berbagai bentuknya seperti jual-beli, sewa-menyewa (ijarah), syirkah, rahn (gadai), dan sebagainya. Rasulullah saw. Telah melakukan muamalah dengan kaum Yahudi di tanah Khaibar, di mana kaum Yahudi itu mendapatkan separuh dari hasil tanaman kurmanya. Hanya saja, ketika muamalah ini dilaksanakan, hanya hukum-hukum Islam semata yang wajib diterapkan; tidak boleh selain hukum-hukum Islam.

Demikianlah sekilas hukum-hukum ahl adz-dzimmah yang menjadi rakyat Daulah Islamiyah. Mereka mendapatkan hak sebagaimana rakyat lainnya yang Muslim. Mereka mendapatkan hak untuk dilindungi, dijamin penghidupannya, dan diperlakukan secara baik dalam segala bentuk muamalah. Kedudukan mereka sama di hadapan penguasa dan hakim. Tidak boleh ada diskriminasi apa pun yang membedakan mereka dengan rakyat yang Muslim. Negara Islam wajib berbuat adil kepada mereka sebagaimana berbuat adil kepada rakyatnya yang Muslim.
Baca lagi...

08 Disember 2011

Rahsiakan Pertunangan.. Hebahkan Perkahwinan..




Sekarang ni dah jadi macam trend. Majlis pertunangan dah macam majlis perkahwinan. Pakai baju dah macam pengantin. Dengan mekap tebalnya. Lagi dahsyat siap pelamin dan hantaran lagi. Kemudian ada pula sesi photoshoot dengan pasangan. Posing pulak dah macam sah laki bini. Uiiii... Nauzubillah...

Lepas tu, kecoh.. Kecoh sekalian alam. "Weyh! Aku dah bertunang.. Aku dah jadi milik dia. Tak ada siapa boleh rampas dia dari aku. She's mine! He's mine!". Uit! Jangan over confident sangat. Belum tentu perempuan yang dipuja tu akan jadi isteri kau. Belum tentu lelaki yang kau benci tu bukan suami kau. Belum tentu tunang kau tu akan jadi pasangan hidup kau. Tidak ada sesiapa pun yang tahu siapa jodoh sebenar kita. Kerana jodoh itu rahsia Allah swt.

Bila putus tunang, mulalah nak menggelabah. Mulalah nak buruk-burukkan bekas tunang. Mulalah buat spekulasi bekas tunang main kayu tiga. Mulalah nak raih simpati. Siapa yang malu? Jawapan tipikal, mereka dan keluarga mereka.

Perlukah nak hebohkan majlis pertunangan?

Kita sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Bersederhana kan lebih bagus. Dan tidak bertunang dalam tempoh yang terlalu lama.

"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan. Boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."

Merahsiakan pertunangan juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sepasang suami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih lagi orang yang asing.
Baca lagi...

06 Disember 2011

10 Muharam




Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."



Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".



Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w.bersabda,"Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)



Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasasetahun dan siapa yangg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar



Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram).Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)



Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)



Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapayang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)



Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hariitu". (Sahih Muslim)



Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka,kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)



Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi



Puasa hari 'Asyura', Tasu'a' dan kesebelas Muharram Puasa hari 'Asyura' ialah puasa sunat pada hari kesepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan Radhiallahu 'anhuma berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallambersabda:



Maksudnya: "Ini adalah hari 'Ayura' dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barangsiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)." (Hadits riwayat Bukhari) Hikmat berpuasa pada hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu AbbasRadhiallahu 'anhuma berkata:

Maksudnya: "(Tatkala) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sampai di Madinah, baginda melihatorang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura'. Baginda bersabda: "Apakah ini?" Mereka menjawab: "Hari yang baik, ini adalah hari yang mana Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu" Nabi bersabda: "Aku lebihberhak dengan Musa daripada kamu" Lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa (pada hari itu.)" (Hadits riwayat Bukhari) Kelebihan berpuasa di hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:



Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam) tentang berpuasa pada hari 'Asyura'?Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu." (Hadits riwayat Muslim) Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari 'Asyura', berpuasapada hari Tasu'a' iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu 'anhuma berkata:



Maksudnya: "Dahulu, ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura' dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: "WahaiRasulullah! (Bukankah) sesungguhnya hari 'Asyura' itu hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila pada tahun yang akan datang, insya Allah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan"Berkata Abdullah bin Abbas: "Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah pun wafat." (Hadits riwayat Muslim) Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu'a' (sembilan Muharram) itu dariberbagai-bagai aspek: 1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari 'Asyura' (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallambersabda:



Maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."(Hadits riwayat Ahmad)

2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari 'Asyura' kerana kemungkinan berlakukesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya. 3. Bagi maksud menyambung puasa hari 'Asyura' dengan satu hari puasa yang lain keranategahan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari 'Asyura'. (lihat I'anah Ath-Thalibin 2/301) Olehkerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari 'Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu'a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi'e Rahimahullahu Ta'ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu'a'), kesepuluh ('Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.



Wallahu A'lam.
Baca lagi...

05 Disember 2011

TERDIDIK KERANA SEBIJI TEMBIKAI




Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?. Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.


Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Baca lagi...

02 Disember 2011

Ibnu Khaldun-Mempengaruhi Cendekiawan Barat




Jika kita berbicara tentang seorang cendekiawan yang satu ini, memang cukup unik dan mengagumkan. Sebenarnya, dialah yang patut dikatakan sebagai pendiri ilmu sosial. Ia lahir dan wafat di saat bulan suci Ramadan. Nama lengkapnya adalah Waliuddin Abdurrahman bin Muhammad bin Muhammad bin Abi Bakar Muhammad bin al-Hasan yang kemudian masyhur dengan sebutan Ibnu Khaldun.

Pemikiran-pemikirannya yang cemerlang mampu memberikan pengaruh besar bagi cendekiawan-cendekiawan Barat dan Timur, baik Muslim maupun non-Muslim. Dalam perjalanan hidupnya, Ibnu Khaldun dipenuhi dengan berbagai peristiwa, pengembaraan, dan perubahan dengan sejumlah tugas besar serta jabatan politis, ilmiah dan peradilan. Perlawatannya antara Maghrib dan
Andalusia, kemudian antara Maghrib dan negara-negara Timur memberikan hikmah yang cukup besar. Ia adalah keturunan dari sahabat Rasulullah saw. bernama Wail bin Hujr dari kabilah Kindah.

Lelaki yang lahir di Tunisia pada 1 Ramadan 732 H./27 Mei 1332 M. adalah dikenal sebagai sejarawan dan bapak sosiologi Islam yang hafal Alquran sejak usia dini. Sebagai ahli politik Islam, ia pun dikenal sebagai bapak Ekonomi Islam, karena pemikiran-pemikirannya tentang teori ekonomi yang logis dan realistis jauh telah dikemukakannya sebelum Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823) mengemukakan teori-teori ekonominya. Bahkan ketika memasuki usia remaja, tulisan-tulisannya sudah menyebar ke mana-mana. Tulisan-tulisan dan pemikiran Ibnu Khaldun terlahir karena studinya yang sangat dalam, pengamatan terhadap berbagai masyarakat yang dikenalnya dengan ilmu dan pengetahuan yang luas, serta ia hidup di tengah-tengah mereka dalam pengembaraannya yang luas pula.

Selain itu dalam tugas-tugas yang diembannya penuh dengan berbagai peristiwa, baik suka dan duka. Ia pun pernah menduduki jabatan penting di Fes,
Granada, dan Afrika Utara serta pernah menjadi guru besar di Universitas al-Azhar, Kairo yang dibangun oleh dinasti Fathimiyyah. Dari sinilah ia melahirkan karya-karya yang monumental hingga saat ini. Nama dan karyanya harum dan dikenal di berbagai penjuru dunia. Panjang sekali jika kita berbicara tentang biografi Ibnu Khaldun, namun ada tiga periode yang bisa kita ingat kembali dalam perjalan hidup beliau. Periode pertama, masa dimana Ibnu Khaldun menuntut berbagai bidang ilmu pengetahuan. Yakni, ia belajar Alquran, tafsir, hadis, usul fikih, tauhid, fikih madzhab Maliki, ilmu nahwu dan sharaf, ilmu balaghah, fisika dan matematika.

Dalam semua bidang studinya mendapatkan nilai yang sangat memuaskan dari para gurunya. Namun studinya terhenti karena penyakit pes telah melanda selatan Afrika pada tahun 749 H. yang merenggut ribuan nyawa. Ayahnya dan sebagian besar gurunya meninggal dunia. Ia pun berhijrah ke Maroko selanjutnya ke Mesir; Periode kedua, ia terjun dalam dunia politik dan sempat menjabat berbagai posisi penting kenegaraan seperti qadhi al-qudhat (Hakim Tertinggi). Namun, akibat fitnah dari lawan-lawan politiknya, Ibnu Khaldun sempat juga dijebloskan ke dalam penjara.


SETELAH keluar dari penjara, dimulailah periode ketiga kehidupan Ibnu Khaldun, yaitu berkonsentrasi pada bidang penelitian dan penulisan, ia pun melengkapi dan merevisi catatan-catatannya yang telah lama dibuatnya. Seperti kitab al-’ibar (tujuh jilid) yang telah ia revisi dan ditambahnya bab-bab baru di dalamnya, nama kitab ini pun menjadi Kitab al-’Ibar wa Diwanul Mubtada’ awil Khabar fi Ayyamil ‘Arab wal ‘Ajam wal Barbar wa Man ‘Asharahum min Dzawis Sulthan al-Akbar.

Kitab al-i’bar ini pernah diterjemahkan dan diterbitkan oleh De Slane pada tahun 1863, dengan judul Les Prolegomenes d’Ibn Khaldoun. Namun pengaruhnya baru terlihat setelah 27 tahun kemudian. Tepatnya pada tahun 1890, yakni saat pendapat-pendapat Ibnu Khaldun dikaji dan diadaptasi oleh sosiolog-sosiolog German dan
Austria yang memberikan pencerahan bagi para sosiolog modern.

Karya-karya lain Ibnu Khaldun yang bernilai sangat tinggi diantaranya, at-Ta’riif bi Ibn Khaldun (sebuah kitab autobiografi, catatan dari kitab sejarahnya); Muqaddimah (pendahuluan atas kitabu al-’ibar yang bercorak sosiologis-historis, dan filosofis); Lubab al-Muhassal fi Ushul ad-Diin (sebuah kitab tentang permasalahan dan pendapat-pendapat teologi, yang merupakan ringkasan dari kitab Muhassal Afkaar al-Mutaqaddimiin wa al-Muta’akh-khiriin karya Imam Fakhruddin ar-Razi).
DR. Bryan S. Turner, guru besar sosiologi di Universitas of Aberdeen, Scotland dalam artikelnya “The Islamic Review & Arabic Affairs” di tahun 1970-an mengomentari tentang karya-karya Ibnu Khaldun. Ia menyatakan, “Tulisan-tulisan sosial dan sejarah dari Ibnu Khaldun hanya satu-satunya dari tradisi intelektual yang diterima dan diakui di dunia Barat, terutama ahli-ahli sosiologi dalam bahasa Inggris (yang menulis karya-karyanya dalam bahasa Inggris).” Salah satu tulisan yang sangat menonjol dan populer adalah muqaddimah (pendahuluan) yang merupakan buku terpenting tentang ilmu sosial dan masih terus dikaji hingga saat ini.

Bahkan buku ini telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa. Di sini Ibnu Khaldun menganalisis apa yang disebut dengan ‘gejala-gejala sosial’ dengan metoda-metodanya yang masuk akal yang dapat kita lihat bahwa ia menguasai dan memahami akan gejala-gejala sosial tersebut. Pada bab ke dua dan ke tiga, ia berbicara tentang gejala-gejala yang membedakan antara masyarakat primitif dengan masyarakat moderen dan bagaimana sistem pemerintahan dan urusan politik di masyarakat.

Bab ke dua dan ke empat berbicara tentang gejala-gejala yang berkaitan dengan cara berkumpulnya manusia serta menerangkan pengaruh faktor-faktor dan lingkungan geografis terhadap gejala-gejala ini. Bab ke empat dan ke lima, menerangkan tentang ekonomi dalam individu, bermasyarakat maupun negara. Sedangkan bab ke enam berbicara tentang paedagogik, ilmu dan pengetahuan serta alat-alatnya. Sungguh mengagumkan sekali sebuah karya di abad ke-14 dengan lengkap menerangkan hal ihwal sosiologi, sejarah, ekonomi, ilmu dan pengetahuan. Ia telah menjelaskan terbentuk dan lenyapnya negara-negara dengan teori sejarah.

Ibnu Khaldun sangat meyakini sekali, bahwa pada dasarnya negera-negara berdiri bergantung pada generasi pertama (pendiri negara) yang memiliki tekad dan kekuatan untuk mendirikan negara. Lalu, disusul oleh generasi ke dua yang menikmati kestabilan dan kemakmuran yang ditinggalkan generasi pertama. Kemudian, akan datang generasi ke tiga yang tumbuh menuju ketenangan, kesenangan, dan terbujuk oleh materi sehingga sedikit demi sedikit bangunan-bangunan spiritual melemah dan negara itu pun hancur, baik akibat kelemahan internal maupun karena serangan musuh-musuh yang kuat dari luar yang selalu mengawasi kelemahannya.

Ada beberapa catatan penting dari sini yang dapat kita ambil bahan pelajaran. Bahwa Ibnu Khaldun menjunjung tinggi ilmu pengetahuan dan tidak meremehkan akan sebuah sejarah. Ia adalah seorang peneliti yang tak kenal lelah dengan dasar ilmu dan pengetahuan yang luas. Ia selalu memperhatikan akan komunitas-komunitas masyarakat. Selain seorang pejabat penting, ia pun seorang penulis yang produktif. Ia menghargai akan tulisan-tulisannya yang telah ia buat. Bahkan ketidaksempurnaan dalam tulisannya ia lengkapi dan perbaharui dengan memerlukan waktu dan kesabaran. Sehingga karyanya benar-benar berkualitas, yang di adaptasi oleh situasi dan kondisi.

Karena pemikiran-pemikirannya yang briliyan Ibnu Khaldun dipandang sebagai peletak dasar ilmu-ilmu sosial dan politik Islam. Dasar pendidikan Alquran yang diterapkan oleh ayahnya menjadikan Ibnu Khaldun mengerti tentang Islam, dan giat mencari ilmu selain ilmu-ilmu keislaman. Sebagai Muslim dan hafidz Alquran, ia menjunjung tinggi akan kehebatan Alquran. Sebagaimana dikatakan olehnya, “Ketahuilah bahwa pendidikan Alquran termasuk syiar agama yang diterima oleh umat Islam di seluruh dunia Islam. Oleh kerena itu pendidikan Alquran dapat meresap ke dalam hati dan memperkuat iman. Dan pengajaran Alquran pun patut diutamakan sebelum mengembangkan ilmu-ilmu yang lain.”

Jadi, nilai-nilai spiritual sangat di utamakan sekali dalam kajiannya, disamping mengkaji ilmu-ilmu lainnya. Kehancuran suatu negara, masyarakat, atau pun secara individu dapat disebabkan oleh lemahnya nilai-nilai spritual. Pendidikan agama sangatlah penting sekali sebagai dasar untuk menjadikan insan yang beriman dan bertakwa untuk kemaslahatan umat. Itulah kunci keberhasilan
Ibnu Khaldun, ia wafat di Kairo Mesir pada saat bulan suci Ramadan tepatnya pada tanggal 25 Ramadan 808 H./19 Maret 1406 M
Baca lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...