03 Julai 2011
Kerendahan dan kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz
“Ahh…UMNO ke PAS ke sama je..dua2 gila kuasa”…
Itulah ungkap aku ketika ditanya oleh kawan-kawan mengenai pendirian terhadap senario politik Negara..ketika itu aku berusia 11 tahun. Dan kejadian itu berlaku ketika sesi persekolahan petang di Sekolah Agama Rakyat Gedung Lalang, Negeri Sembilan. Tidak dinafikan, ketika kecil aku tidak mempunyai pendirian terhadap mana-mana parti politik, aku lebih gemar bersikap atas pagar, konon-kononnya ingin menjadi orang berkecuali yang dapat membetulkan kedua-dua belah pihak..cis…kononnya la..betapa dangkalnya pemikiran aku ketika itu...
“Tipu, mustahil Nik Aziz tu rendah diri camtu..aku tak percaya..mustahil Menteri Besar duk dalam rumah sederhana..korang ni dengar kata orang je nih..”
Begini pula dakwaan aku ketika kawan-kawan memuji kerendahan dan kesederhanaan Tok Guru Nik Aziz ketika aku masih sekolah menengah.
Perpindahan keluarga ke kampung halaman, Kelantan membuatkan aku terdetik untuk pergi ke rumah Tok Guru Nik Aziz…ingin melihat sendiri benarkah seperti dakwaan kawan-kawan mengenai kesederhanaan beliau. Berpindah ke Kelantan ketika tingkatan empat, perkara pertama yang aku tanyakan kepada kawan-kawan di sekolah baru adalah mengenai rumah tok guru. Mujur ada di antara mereka yang tahu jalan ke rumah tok guru di Pulau Melaka.
Sampai di kawasan rumah tok guru jam 4 petang,Jumaat. Menurut kawan yang membawa aku ke rumah tok guru, biasanya tok guru akan solat asar berjemaah dan di surau depan rumahnya. Aku ke belakang surau terbabit dan mendapati teratak yang sederhana tersergam indah..walaupun tidak semewah rumah menteri-menteri lain,namun cukup indah dan menenangkan pada pandangan mata aku..benarlah seperti ape yang telah orang perkatakan tentang kesederhanaan beliau.
Ni ha gambar rumah tok guru..
Masuk waktu asar, kami berdua solat di surau...kelibat imam rendah orangnya, berjubah lusuh tapi bersih..seperti orang-orang tua biasa yang menjadi imam di surau dan masjid di kampung-kampung. Sesudah solat,berzikir dan doa, semua jemaah bersalaman. Alangkah terkejutnya aku kerana imam solat itu adalah tok guru sendiri. Kemudian, beliau duduk dan memanggil kanak-kanak di dalam surau untuk belajar mengaji, sepertinya perkara itu sudah menjadi rutin beliau..
"Bo lah main nyo, mari duduk sini ngaji quran" Arah beliau dengan suara yang agak tegas dan garang.
Garang rupa-rupanya tok guru ni. Biasalah, dalam mendidik anak-anak,ketegasan dan garang itu perlu ada,tanda sayang..melihat beliau, terkenang ayah aku sendiri yang garang mengajar mengaji quran masa kecik-kecik dulu. Mungkin itulah sifat beliau, menyayangi kanak-kanak seperti menyayangi anak-anak beliau sendiri.
Aku dan rakan duduk di hujung surau sambil memerhati dan menunggu tok guru mengajar kanak-kanak mengaji. Ketegasan beliau mengajar kanak-kanak tersebut membuatkan aku kagum.
Tiba-tiba terdetik di hati aku,
"Bukankah tok guru ni adalah Menteri Besar Kelantan, masakan seorang MB sebuah negeri mempunyai masa sebegini?"
Habis sahaja beliau mengajar mengaji,beliau keluar melalui pintu dekat dengan tempat khatib membaca khutbah. Yang mana pintu tersebut terus menuju ke rumah beliau. Kami cepat-cepat keluar dari surau dan mengejar tok guru melalui pintu hadapan surau.
" Laa..tak sempat..tok guru dah masuk rumah.." kata kawan aku tadi.
"Assalamualaikum..." aku mula memberi salam di hadapan rumah tok guru.
Tidak lama kemudian tok guru keluar dengan membawa bekas air penyiram bunga..
"Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh" jawab tok guru penuh.
"Anok ni mari mano lagi?" soal tok guru sambil menghulurkan salam tangan kanan, sambil bekas penyiram di tangan kiri..
"Kami dari Ketereh, datang nk ziarah tok guru" jawab aku. Eh,mudahnya nak jumpa tok guru, Menteri Besar Kelantan..tak perlu buat temujanji pun..
"Gini la kalu musim huje mari gak..banyok la semut hok naik pokok bungo..pokok ni gak kalu dop jago,mudoh mati..nok keno jiruh sokmo.." kata tok guru dalam loghat kelantan sambil menjirus pokok bunga..harap-harap para pembaca luar kelantan faham yea loghat kelantan nih...hehehe
"Eh, mari la naik umoh ambo ni..minum-minum dulu ko..sekut tawar ado tu..mari la" tok guru mula mempelawa kami.
"Eh,tak pe tok guru,tak pe..kami nk balik dah ni..jaga diri baik-baik tok guru,semoga tok guru cepat sembuh" aku cepat-cepat salam beliau dan kami berlalu pergi.
"Apsal ko tak naik tadi? kata nak kenal tok guru tu camne.." soal kawan aku hairan.
"Takde pape...saje.." jawab aku ringkas.
Baru aku mengerti siapa sebenar tok guru. Walaupun aku tidak kenal beliau 100%, tapi perjumpaan singkat tadi telah menggambarkan keperibadian beliau yang sangat sederhana..memang layak beliau digelar Ulama Islam dan Tok Guru. Walaupun peristiwa ziarah tu dah berlalu bertahun-tahun lamanya,tapi masih segar dalam ingatan aku.
Kesederhanaan dan ketinggian ilmu agama beliau tidak hanya terhenti di situ, aku dapat lihat suasana negeri Kelantan berbeza dengan negeri-negeri lain,terutama sikap warganya sendiri. KEBANYAKAN rakyat Kelantan terkesan dengan ketinggian ilmu tok guru, sehinggakan sanggup menunaikan solat di mana jua,walau apa jua keadaan.
Dengan menjadikan bendera sebagai hamparan, mereka tetap sujud lepada Raja Segala Raja iaitu Allah Taala..siapa tidak kagum? Hasil didikan tok guru dirasai oleh hampir semua rakyat kelantan
Beliau juga dilihat selalu mengimami majlis solat hajat. Seringkali beliau benar-benar mencontohi Rasulullah s.a.w. iaitu menjadi imam solat. Setiap perkara penting dan perkara biasa pasti beliau akan solat hajat secara berjemaah dan beliau sendiri yg akan 'mengetuai' solat tersebut. Keperibadian beliau yang mencontohi Rasulullah s.a.w. membuat aku sentiasa kagum.
Teringat beberapa tahun yang lepas, ketika tok guru datang ke Masjid Ketereh, aku masih ingat lagi kata-kata beliau,
"Ambo ni menyesal kerano ambo nok kongsi ilmu, nok ajok ore isle jah..ambo lupo bahawo kito ni keno jugok dakwoh ko ore buke isle..ambo saloh..ambo saloh..ambo nyesa sebab ambo dok sedar slamo ni..ambo harap ore-ore mudo dok buak la kesilapan supo ambo buak ni..berdakwoh blako, ko ore buke isle nge ore isle skali.."
Benarlah kata-kata para tabi' tabiin yang ustaz duk bagitahu aku dalam kelas dulu-dulu,
"Orang yang berilmu ini makin tinggi ilmunya makin tunduk dan makin merendah diri pada Allah, juga pada manusia"
Aku yang baru beberapa kali berjumpa dengan tok guru sudah dapat melihat banyak kerendahan dan kesederhaan beliau.. dalam usia yang sudah tua, beliau masih lagi berhujah dengan ayat-ayat quran, benarlah kata para ulama' dulu-dulu bahawa menghafaz ayat-ayat quran menajamkan akal fikiran.
Pada pandangan aku, Tok Guru Nik Aziz adalah Pemimpin Yang Sujud kerana beliau berjaya mendekati hati rakyat dan mendidik kebanyakan rakyatnya supaya sujud kepada Allah...biarlah walau ape pun cemuhan yang tok guru dan rakyat Kelantan terima daripada orang-orang yang tidak benar-benar mengenali beliau, asalkan rakyat Kelantan tetap membela Kepimpinan Ulama..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
terima kasih goreng pisang,sudi jenguk blog saya yg tak seberapa nih :)
BalasPadam