31 Januari 2009

Teka teki imam al Ghazali

Dalam salah satu sesi, Imam al-Ghazali bertanya kpd murid2nya : Soalan dan jawapan yg diberi ialah :

Apakah yg paling dekat dgn diri kita di dunia ini?
Paling dekat dgn kita ialah mati.
Beliau menjelaskan hal itu sememangnya janji Allah yg benar bahawa setiap yg bernyawa pasti merasai mati.

Apakah yg paling jauh drpd kita?
Paling jauh ialah masa lepas.
Jelas beliau, walau dgn apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa yg lalu. Justeru, kita harus menjaga hari ini dan hari yg akan dtg dgn amalan, sesuai mengikut ajaran agama.

Apakah yg paling besar di dunia ini?
Paling besar di dunia ini adalah nafsu.
Jelasnya, maka itu kita haruslah berhati2 dgn nafsu kita. Jgn sampai nafsu itu membawa kita terjerumus ke neraka.

Apakah yg paling berat di dunia ini?
Paling berat ialah memegang amanah.
Beliau menerangkan semua tumbuhan, binatang, gunung ganang hatta para malaikat tidak sanggup ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah di muka bumi ini. Tetapi manusia dgn sifat sombongnya menerima tawaran Allah. Lantaran itu byk drpd mrk akhirnya masuk neraka krn gagal memikul amanah itu.

Apakah yg paling ringan di dunia ini?
Yang Paling ringan ialah meninggalkan solat.
Jelasnya gara2 sibuk dgn pekerjaan, kita alpa sehingga kerap mengabaikan solat atas alasan sibuk.

Apakah benda paling tajam di dunia ini?
Paling tajam ialah lidah. Melalui anggota badan yg lembut itulah manusia selalunya mudah berbalah, menyakiti hati dan melukai perasaan sesama saudaranya sendiri.

Wallahu'alam

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...