31 Januari 2009

Ayat seribu dinar


Kalu terdapat kesalahan ayat2 di atas,korang gitau la aku yea...amalkan la setiap pagi dan petang...kalu boleh,amal tiap2 pas solat 5waktu...bukan yakin dgn aku,tapi,yakin dgn Allah Taala... wallahu'alam..

*click ayat tu jika nk lihat lebih jelas
Baca lagi...

Tak pakai tudung tak bererti jahat???




Aku tetibe jer teringat pada satu peristiwa yang aku hadapi...di mana ada seorng hamba Allah ni, dier kata xsemesti tak pakai tudung tu adalah jahat..amacm? ape pendapat korang??

Kita sedia maklum yang tudung ni,wajib dipakai oleh wanita yang islam, dan masih lg ada nafsu syawat serta akan mendatangkan fitnah jika tidak pakai tudung..tu syarat bg mewajibkan wanita islam tuk pakai tudung...xsemestinya wanita tua xpakai tudung xpe tau...kalu die masih lg bernafsu syahwat pd lelaki, tua mcm mn pun wajib pakai tudung..

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan seseorng itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat adalah satu dosa lain.

*Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada perempuan-perempuan yang beriman: hendaklah mereka menahan (sebahagian) daripada pandangan mereka (daripada memandang lelaki yang ajnabi) dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung (khumur) ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti aurat perempuan. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah , hai oang-orang yang beriman, supaya kamu mencapai falah, yakni mendapat keuntungan , kemenangan atau kebahgiaan yang hakiki ."* ( surah An-Nur ayat 31)

"wanita adalah perhiasan duniawi"-korang biasakan dgn kenyataan ni? so..kalu dah nama perhiasan,tentulah kene dilindungi,dijaga serta dibaluti...tu lah cara Allah mengangkat taraf wanita...

Fikir2kanlah...
Baca lagi...

Rahsia murah rezeki...

Assalamualaikum w.b.t. aku nak gitau ni,rahsia tuk murah rezeki...tp...aku akn upload-kan ayat yang aku petik dari Kitab Suci Al-Quran...tunggu yea...aku nak pi makan ni..lapar la...aku baru sampai kolej aku sebenarnya....lapar... Baca lagi...

Jazakallah...

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya aku dapat gak ilmu wat blog ni. Aku blaja dgn membe aku, Pijo je aku panggil namanya.....ho3...
Ape pun,blog aku ni sekadar himpunan dari kisah2 benar yang aku kumpul tak lama dulu dan beberapa siri pengalaman aku,cam dengar ceramah,ada orang nasihat dan macam2 lg..jadi,korang leh la baca atau copy tuk dijadikan ikhtibar...atau citer kat adik2 atau junior2 korang..hik3...
akhir kata,kalau korang ada lg maklumat tentang citer2 tauladan camni,leh la citer kat aku plak yea...wallahu'alam.. Baca lagi...

Teka teki imam al Ghazali

Dalam salah satu sesi, Imam al-Ghazali bertanya kpd murid2nya : Soalan dan jawapan yg diberi ialah :

Apakah yg paling dekat dgn diri kita di dunia ini?
Paling dekat dgn kita ialah mati.
Beliau menjelaskan hal itu sememangnya janji Allah yg benar bahawa setiap yg bernyawa pasti merasai mati.

Apakah yg paling jauh drpd kita?
Paling jauh ialah masa lepas.
Jelas beliau, walau dgn apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa yg lalu. Justeru, kita harus menjaga hari ini dan hari yg akan dtg dgn amalan, sesuai mengikut ajaran agama.

Apakah yg paling besar di dunia ini?
Paling besar di dunia ini adalah nafsu.
Jelasnya, maka itu kita haruslah berhati2 dgn nafsu kita. Jgn sampai nafsu itu membawa kita terjerumus ke neraka.

Apakah yg paling berat di dunia ini?
Paling berat ialah memegang amanah.
Beliau menerangkan semua tumbuhan, binatang, gunung ganang hatta para malaikat tidak sanggup ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah di muka bumi ini. Tetapi manusia dgn sifat sombongnya menerima tawaran Allah. Lantaran itu byk drpd mrk akhirnya masuk neraka krn gagal memikul amanah itu.

Apakah yg paling ringan di dunia ini?
Yang Paling ringan ialah meninggalkan solat.
Jelasnya gara2 sibuk dgn pekerjaan, kita alpa sehingga kerap mengabaikan solat atas alasan sibuk.

Apakah benda paling tajam di dunia ini?
Paling tajam ialah lidah. Melalui anggota badan yg lembut itulah manusia selalunya mudah berbalah, menyakiti hati dan melukai perasaan sesama saudaranya sendiri.

Wallahu'alam Baca lagi...

Redakan Tekanan Melalui Warna

Adakah anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah berkenaan. Pilihan warna bilik tidur dan kesihatan dapat membantu:

1) Merah
Hilangkan masalah sakit kepala

Kajian mendapati bahawa merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan
adrenalin

2) Biru
Mengurangkan tekanan di tempat kerja

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ia dapat mengurangkan
tekanan darah. Cuba ubah “screen saver” komputer anda kepada warna-warna
yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

3) Merah jambu
Elakkan insomnia

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa pada waktu
malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna
berkenaan. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana
santai dan selesa. Suasana yang romantik!

4) Jingga
Ceriakan mood
Apabila anda berasa murung atau cuba mengembalikan tenaga, cuba sesuatu
yang berwarna jingga pasti mood anda akan berubah.

5) Hijau
Lenyapkan keletihan

Ada pendapat mengatakan hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan. Baca lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...