04 Ogos 2011

Hukum Korek Telinga Atau Hidung Ketika Sedang Berpuasa.


Perbuatan mengorek telinga atau hidung dalam keadaan berpuasa perlu ditinjau sama ada sampai atau tidak perbuatan itu pada rongga dalam. Jika sampai ke rongga dalam, maka batal puasanya. Dan jika perbuatan mengorek itu tidak sampai ke rongga dalam, maka tidak batal puasanya. Disyaratkan juga perbuatan mengorek telinga itu bukan dalam keadaan sedar atau sengaja. Jika dalam keadaan sedar atau sengaja, maka batal puasanya. Ini sepertimana yang telah dijelaskan oleh para ulama’ yang muktabar.


Syeikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibary berkata di dalam kitabnya, Fath al-Mu’in:


(و) يفطر (بدخول عين) وإن قلت إلى ما يسمى (جوفا): أي جوف من مر

Ertinya:
Batal puasa disebabkan masuknya benda ‘ain (yang jelas, dapat dilihat)
sekalipun hanya sedikit ke dalam (bahagian) yang disebut Jauf; rongga dalam.



Syeikh Taqiyuddin Abu Bakar Al-Husaini juga berkata perkara yang sama di dalam kitabnya, Kifayatul Akhyar (Hlm. 286, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut):



واعلم أنه لا بد للصائم من الإمساك عن المفطرات وهو أنواع : منها الأكل والشرب وإن قل عند العمد وكذا ما في معنى الأكل والضابط أنه يفطر بكل عين وصلت من الظاهر إلى الباطن في منفذ مفتوح عن قصد مع ذكر الصوم وشرط الباطن أن يكون جوفا وإن كان لا يحيل وهذا هو الصحيح

Ertinya:
Ketahuilah, orang yang berpuasa itu berkewajipan menahan dirinya dari segala
sesuatu yang boleh membatalkan puasanya. Antara perkara yang dapat membatalkan
puasanya ada bermacam-macam. Di antaranya ialah makan dan minum dengan segaja
walaupun sedikit. Seperti itu juga dengan makan. Jadi, ketentuannya ialah batal
puasa dengan masuknya suatu benda, dari luar badan ke dalam badan, melalui
lubang yang terbuka, dengan sengaja, dan ingat (sedar) akan puasanya. Syarat
“dalam badan” ialah masuk ke dalam Jauf (rongga dalam). Walapun benda yang
masuk tak berubah warna dan demikianlah yang sahih.



Dalil Bagi Hukum Tersebut

Dalam hal ini para ulama’ mazhab Syafi’e menggunakan dalil atau sumber hukum yang keempat iaitu Qiyas sebagai hujah bahawa hukum memasukkan sesuatu ‘ain (yang jelas boleh dilihat) ke rongga dalam akan menyebabkan puasanya batal.

Firman Allah SWT:



فَالْآَنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

Ertinya:
Maka sekarang pergaulilah mereka (perempuan-perempuan) itu dan carilah apa yang
telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Makan dan minumlah sampai terang bagimu
benang putih dari benang yang hitam iaitu fajar.

(Surah Al-Baqarah: 187)

Syeikh Ibn Rusyd menjelaskan di dalam kitabnya, Bidayat al-Mujtahid:

واختلفوا من ذلك في مسائل منها مسكوت عنها ومنها منطوق بها أما المسكوت عنها : إحداها فيما يرد الجوف مما ليس بمغذ وفيما يرد الجوف من غير منفذ الطعام والشراب مثل الحقنة وفيما يرد باطن سائر الأعضاء ولا يرد الجوف مثل أن يرد الدماغ ولا يرد المعدة . وسبب اختلافهم في هذه هو قياس المغذي على غير المغذي وذلك أن المنطوق به إنما هو المغذي فمن رأى أن المقصود بالصوم معنى معقول لم يلحق المغذي بغير المغذي ومن رأى أنها عبادة غير معقولة وأن المقصود منها إنما هو الإمساك فقط عما يرد الجوف سوى بين المغذي وغير المغذي وتحصيل

Ertinya:

Terjadi perselisihan pendapat mengenai imsak (menahan diri ketika berpuasa) ini
dalam beberapa masalah, ada yang tersurat dan ada yang tersirat. Tersirat di
antaranya ialah tentang masuknya sesuatu benda ke rongga dalam (jauf) selain
makanan, tetapi tidak melalui saluran pencernaan makanan dan minuman seperti
suntikan. Demikian juga tentang sesuatu benda selain makanan yang masuk ke
dalam tubuh lainnya, dan tidak masuk ke rongga dalam (jauf), seperti masuk ke
rongga otak, tetapi tidak masuk ke dalam perut. Sebab perbezaan pendapat
tersebut ialah analogi (qiyas) makanan kepada yang bukan makanan. Padahal yang
dituturkan oleh ayat tersebut hanyalah makanan. Oleh itu, ulama yang memandang
ibadah puasa secara logik, tidak menyamakan di antara masuknya makanan dengan
bukan makanan. Akan tetapi, ulama yang memandang ibadah puasa tidak secara
logik, berpendapat bahawa maksud dari ayat tersebut adalah menahan masuknya
sesuatuke dalam rongga dalam (jauf) , sama ada berupa makanan ataupun bukan
makanan.



Syeikh Abu Ishaq Al-Syirazi berkata di dalam kitabnya, Al-Muhadzdzab (Hlm. 586-587, Dar al-Ma’rifat, Beirut):




ولا فرق بين أن يأكل ما يؤكل أو ما لا يؤكل فان استف ترابا وابتلع حصاة أو درهما أو دينارا بطل صومه لأن الصوم هو الإمساك عن كل ما يصل إلى الجوف وهذا ما أمسك ولهذا يقال : فلان يأكل الطين ويأكل الحجر ولأنه إذا بطل الصوم بما يصل إلى الجوف مما ليس يؤكل كالسعوط والحقنة وجب أيضا أن يبطل بما يصل مما ليس بمأكول

Ertinya:
Tiada perbezaan di antara makan sesuatu yang boleh dimakan atau yang tidak
boleh dimakan. Jika seseorang makan debu atau menelan batu kerikil, dirham atau
dinar, maka puasanya batal, kerana sesungguhnya puasa adalah menahan diri dari
segala sesuatu yang masuk ke rongga dalam (Jauf). Dan ini termasuk sesuatu yang
mesti ditahan. Oleh sebab itu dikatakan bahawa si fulan telah memakan lumpur
atau memakan batu, juga apabila puasa seseorang itu batal disebabkan ada
sesuatu yang masuk ke rongga dalamnya (Jauf), berupa sesuatu yang tidak dimakan
seperti tembakau hidung dan suntikan, maka begitu juga disebabkan oleh sesuatu
yang tidak boleh dimakan.



Kesimpulannya, apabila masuk sesuatu ‘ain (benda yang dapat dilihat) ke rongga dalam, menerusi rongga yang terbuka seperti perbuatan mengorek telinga atau hidung, dengan sengaja dan sedar sedang berpuasa, maka batal puasanya di sisi mazhab Syafi’e.

Petikan dari Di Sini

Wallahu a’lam bis shawab.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...