27 Julai 2011
Apakah hukum karma?
Sejak kecik smpai la besar, kita (aku guna perkataan kita la senang) sering mendengar perkataan “Karma”. Panggunaan kata “Karma” ini pada umumnya ditujukan untuk manggambarkan hal-hal yang tidak baik; karma selalu dihubungkan dengan karma buruk. Padahal sebetulnya karma bukan hanya karma buruk tetapi juga ada karma baik. Selain sebagai karma buruk, konsep karma juga sering di-identiti-kan sebagai satu-satunya penyebab kejadian. Kita menganggap setiap keadaan buruk selalu disebabkan oleh karma, semuanya tergantung pada karma.
Apakah hukum karma?Adakah dalil al-Quran dan Hadith yang menerima atau menolaknya?
Hukum Karma atau the Law of Karma adalah sebahagian dari kepercayaan agama Hindu. "Karma” bermaksud perbuatan. Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk mendapat dosa dan menjelma dalam bentuk binatang. Oleh itu, setiap penganut perlu melakukan karma yang baik agar terlepas daripada kelahiran kembali berulang kali ke dunia, sebaliknya kembali Bersama Brahma di “Nirwana”. Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai “Hukum Karma”. Nirwana pula, ada yg kita syurga ada yg kata satu tempat di mana manusia boleh bersatu dgn Tuhan Pencipta iaitu Brahma. Selagi seorang penganut Hindu itu gagal capai Karma yg baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu. Pandangan Islam,tiada istilah kelahiran semula dalam Islam, oleh itu hukum karma tertolak dengan sendiri.
Pandangan Islam amat jelas melalui Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya:
"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula."
Tapi dalam islam kan ade konsep kiffarah tu? same je mcm karma kn?
Tiada hukum karma dalam Islam sbb karma itu bukan merujuk kepada balasan yg datang dari Tuhan, tetapi balasan yg datang daripada kitaran alam sekeliling kita, maka itu bukan dari syari'at kita
Karma ni balasan dari selain dari Allah la ni? tapi konspe kiffarah tu ade la kan?
Hukum karma adalah rukun iman orang yang beragama Hindu. Kita sebagai orang Islam memiliki rukun Islam dan rukun Iman kita sendiri. Dalam bab ini kita ada rukun Iman yang keenam iaitu beriman keopada qadak dan qadar Allah swt. Maka cukuplah kita dengan rukun iman kita supaya kita selamat di sisi Allah swt.
Apakah hukum karma?Adakah dalil yang menerima atau menolaknya?
Hukum Karma boleh didefinasikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang dilakukan oleh seseorang samada ianya perbuatan baik atau buruk yang dibalas kembali menurut hukum alam atas apa yang telah seseorang itu lakukan. Jika ianya perbuatan baik, maka baiklah balasannya dan jika sebaliknya...maka buruklah pembalasan yang seseorang itu akan terima.
Dari segi bahasanya Hukum Karma ini bunyinya seakan-akan selari dengan ajaran agama Islam. Tetapi jika diselami dengan lebih mendalam, ianya sangat jauh berbeza dengan ajaran Agama Islam.
Tetapi harus diingat !!!...Apabila disebut Hukum Karma, ianya tidak boleh lari dari kepercayaan penganut- penganut agama Hindu akan pembalasan baik dan buruk ini.
Menurut kepercayaan agama Hindu, Hukum Karma atau the Law of Karma bermaksud "perbuatan". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentuk binatang.
Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang. Jika dilakukan perbuatan yang baik, maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau Syurga menurut agama Hindu. Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan “Hukum Karma” ini.
Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yg baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.
Ini sangat berbeza dengan ajaran islam.Islam berpandangan bahawa tiada istilah kelahiran semula ke dunia, manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja di dunia ini dan hanya dibangkitkan di akhirat bagi Allah menghitung dan membalas amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini samada masuk Neraka atau Ke Syurga.Oleh itu hukum karma itu tertolak dengan sendiri.
Mempercayai hukum karma menurut pandangan dan fahaman agama Hindu seperti dilahirkan semula ke dunia ini buat kali yang kedua boleh menyebabkan seseorang Islam itu terkeluar dari Agama Islam yang suci. Oleh itu adalah haram kita mempercayai kelahiran semula ini, kerana sesudah mati, kita akan menanti hingga datangnya hari pembalasan iaitu hari Kiamat.
Ada yang bertanyakan tentang konsep Kifarah dalam islam yang seakan sama dengan hukum karma.
Maksud Kifarah ialah:
Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Perlu kita faham....bahawa hukum karma menurut agama Hindu, jika berbuat jahat...akan dibalas seseorang itu dengan dihidupkan semula ke dunia ini dalam bentuk binatang. Manakala Kifarah dalam Islam...contohnya seperti maksud di atas dan...seperti dosa menderhaka kepada kedua ibu dan bapa...Allah S.W.T membayar CASH atau membalas perbuatan itu terhadap anak derhaka tersebut ketika hidup di dunia ini tanpa menunggu ia mati.
Tidakkah ajaran Islam itu sangat berbeza dengan hukum Karma tersebut?
Hukum karma adalah kepercayaan orang yang beragama Hindu. Kita sebagai orang Islam memiliki rukun Islam dan rukun Iman kita sendiri.
Kenapa harus kita mengambil hukum yang selain dari hukum Allah?
Firman Allah S.W.T,
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)
Dan firman-Nya lagi,
“Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran, 3: 85)
Kerana itu jugalah Allah S.W.T. mengutuskan hamba dan Rasul-Nya, Muhammad S.A.W yang menjadi rahmat sekalian alam supaya mengajak Ahlul Kitab sama ada dari orang-orang Yahudi atau pun Nasrani (Kristian) serta golongan yang ummi dari kalangan orang-orang musyrik kepada jalan agama Allah iaitu Islam yang mengandungi petunjuk dan syari’at-Nya.
Kesimpulan
Di dalam Islam,hukum Karma(seperti agama Hindu) tidak pernah wujud.Memang benar di dalam surah Al-Zalzalah dinyatakan berbuat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas dengan kejahatan tapi ini bukanlah hukum Karma seperti yang dipercayai oleh penganut agama Hindu. Hal ini kerana Hukum Karma di dalam agama Hindu terhad di dunia semata-mata,mereka tidak percaya kehidupan selepas mati,apa yang mereka percaya jika manusia sudah cukup membuat baik, dia akan bergabung dengan tuhan dan dia pula akan menentukan nasib manusia yang lain.
Dipetik dari bebarapa soal jawab iluvislam.com dan Panglima 7 Baca lagi...
24 Julai 2011
Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah
Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?"
Jawab Iblis "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."
Soalan Nabi s.a.w "Apakah rahsia engkau kepada umatku ?"
Jawab Iblis "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari"
Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau ?"
Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.
Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau ?"
Jawab Iblis "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."
Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka ?"
Jawab Iblis "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari.
Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."
Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.
Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".
Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka"
Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“
Jawab Iblis "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu"
"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan"
Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang"
Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"
Maka firman Allah SWT :
"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku".
Maka kata Iblis "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.
1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.
Maka datang firman Allah "Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;
Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"
Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW. Baca lagi...
22 Julai 2011
jom kita legakan kepala kita drpd tension dgn membaca karangan budak darjah 4 nih...selamat membaca..^_^
Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu yang letaknya 128 kilometer dari rumah.
Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.
Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.
Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.
Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.
Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah.
Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.
Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.
Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Baca lagi...
04 Julai 2011
Ketaatan kepada pemimpin?
Beberapa buku sejarah menyebut satu kisah yang menarik untuk direnungi.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin ‘Abd al-Malik (meninggal 105H), gabenor Iraq ketika itu ialah ‘Umar bin Hubairah. Gabenor tersebut telah memanggil dua orang tokoh ilmuwan besar umat ketika itu; ‘Amir al-Sya’bi dan al-Hasan al-Basri.
Beliau bertanya mereka berdua mengenali arahan-arahan Khalifah Yazid bin ‘Abdul Malik yang datang kepadanya. Ada antaranya ada yang menyanggahi kebenaran.
Kata ‘Umar bin Hubairah:
“Jika aku taatkan Khalifah, aku menderhakai Allah, jika aku mentaati Allah aku akan menderhakai Khalifah”. Apa pendapat kamu?”.
Jawab al-Sya’bi: “Engkau hanya menjalankan tugas, dosa ditanggung oleh Khalifah”.
Tanya ‘Umar bin Hubairah kepada al-Hasan al-Basri: “Apa pendapatmu pula?”.
Jawab al-Hasan: “Wahai Gabenor! Engkau telah pun mendengar pendapat al-Sya’bi tadi”.
Kata gabenor: “Aku mahu pendapatmu”.
Kata al-Hasan al-Basri:
“Wahai ‘Umar bin Hubairah, akan datang kepadamu malaikat Allah yang bengis lagi tidak menderhakai perintah Allah, dia akan mengeluarkan engkau dari istanamu yang luas ke kuburmu yang sempit. Jika engkau bertakwa kepada Allah, Dia boleh melindungimu daripada tindakan (Khalifah) Yazid bin ‘Abdul Malik, adapun Yazid bin ‘Abdul Malik tidak dapat melindungimu dari pada tindakan Allah. Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta (Allah). Wahai ‘Umar bin Hubairah! Engkau jika bersama Allah dalam ketaatan kepadaNya, Dia memeliharamu daripada bahaya Yazid bin ‘Abdul Malik. Namun jika engkau bersama Yazid dalam menderhakai Allah maka Dia serahkan engkau kepada Yazid “.
Lalu menangislah ‘Umar bin Hubairah. Ditanya al-Hasan mengapakah beliau melakukan demikian?
Jawabnya: “Kerana perjanjian yang Allah meterai untuk para ulama berkaitan ilmu mereka –seperti firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran 187-: (maksudnya):
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian dari mereka yang telah diberikan Kitab (iaitu): “Demi sesungguhnya! hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya”.
(lihat: al-Mizzi, Tahzib al-Kamal, 6/113, Al-Zahabi, Tarikh al-Islam, 2/333, Ibn Manzur, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 6/97)
Baca lagi...
03 Julai 2011
Kerendahan dan kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz
“Ahh…UMNO ke PAS ke sama je..dua2 gila kuasa”…
Itulah ungkap aku ketika ditanya oleh kawan-kawan mengenai pendirian terhadap senario politik Negara..ketika itu aku berusia 11 tahun. Dan kejadian itu berlaku ketika sesi persekolahan petang di Sekolah Agama Rakyat Gedung Lalang, Negeri Sembilan. Tidak dinafikan, ketika kecil aku tidak mempunyai pendirian terhadap mana-mana parti politik, aku lebih gemar bersikap atas pagar, konon-kononnya ingin menjadi orang berkecuali yang dapat membetulkan kedua-dua belah pihak..cis…kononnya la..betapa dangkalnya pemikiran aku ketika itu...
“Tipu, mustahil Nik Aziz tu rendah diri camtu..aku tak percaya..mustahil Menteri Besar duk dalam rumah sederhana..korang ni dengar kata orang je nih..”
Begini pula dakwaan aku ketika kawan-kawan memuji kerendahan dan kesederhanaan Tok Guru Nik Aziz ketika aku masih sekolah menengah.
Perpindahan keluarga ke kampung halaman, Kelantan membuatkan aku terdetik untuk pergi ke rumah Tok Guru Nik Aziz…ingin melihat sendiri benarkah seperti dakwaan kawan-kawan mengenai kesederhanaan beliau. Berpindah ke Kelantan ketika tingkatan empat, perkara pertama yang aku tanyakan kepada kawan-kawan di sekolah baru adalah mengenai rumah tok guru. Mujur ada di antara mereka yang tahu jalan ke rumah tok guru di Pulau Melaka.
Sampai di kawasan rumah tok guru jam 4 petang,Jumaat. Menurut kawan yang membawa aku ke rumah tok guru, biasanya tok guru akan solat asar berjemaah dan di surau depan rumahnya. Aku ke belakang surau terbabit dan mendapati teratak yang sederhana tersergam indah..walaupun tidak semewah rumah menteri-menteri lain,namun cukup indah dan menenangkan pada pandangan mata aku..benarlah seperti ape yang telah orang perkatakan tentang kesederhanaan beliau.
Ni ha gambar rumah tok guru..
Masuk waktu asar, kami berdua solat di surau...kelibat imam rendah orangnya, berjubah lusuh tapi bersih..seperti orang-orang tua biasa yang menjadi imam di surau dan masjid di kampung-kampung. Sesudah solat,berzikir dan doa, semua jemaah bersalaman. Alangkah terkejutnya aku kerana imam solat itu adalah tok guru sendiri. Kemudian, beliau duduk dan memanggil kanak-kanak di dalam surau untuk belajar mengaji, sepertinya perkara itu sudah menjadi rutin beliau..
"Bo lah main nyo, mari duduk sini ngaji quran" Arah beliau dengan suara yang agak tegas dan garang.
Garang rupa-rupanya tok guru ni. Biasalah, dalam mendidik anak-anak,ketegasan dan garang itu perlu ada,tanda sayang..melihat beliau, terkenang ayah aku sendiri yang garang mengajar mengaji quran masa kecik-kecik dulu. Mungkin itulah sifat beliau, menyayangi kanak-kanak seperti menyayangi anak-anak beliau sendiri.
Aku dan rakan duduk di hujung surau sambil memerhati dan menunggu tok guru mengajar kanak-kanak mengaji. Ketegasan beliau mengajar kanak-kanak tersebut membuatkan aku kagum.
Tiba-tiba terdetik di hati aku,
"Bukankah tok guru ni adalah Menteri Besar Kelantan, masakan seorang MB sebuah negeri mempunyai masa sebegini?"
Habis sahaja beliau mengajar mengaji,beliau keluar melalui pintu dekat dengan tempat khatib membaca khutbah. Yang mana pintu tersebut terus menuju ke rumah beliau. Kami cepat-cepat keluar dari surau dan mengejar tok guru melalui pintu hadapan surau.
" Laa..tak sempat..tok guru dah masuk rumah.." kata kawan aku tadi.
"Assalamualaikum..." aku mula memberi salam di hadapan rumah tok guru.
Tidak lama kemudian tok guru keluar dengan membawa bekas air penyiram bunga..
"Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh" jawab tok guru penuh.
"Anok ni mari mano lagi?" soal tok guru sambil menghulurkan salam tangan kanan, sambil bekas penyiram di tangan kiri..
"Kami dari Ketereh, datang nk ziarah tok guru" jawab aku. Eh,mudahnya nak jumpa tok guru, Menteri Besar Kelantan..tak perlu buat temujanji pun..
"Gini la kalu musim huje mari gak..banyok la semut hok naik pokok bungo..pokok ni gak kalu dop jago,mudoh mati..nok keno jiruh sokmo.." kata tok guru dalam loghat kelantan sambil menjirus pokok bunga..harap-harap para pembaca luar kelantan faham yea loghat kelantan nih...hehehe
"Eh, mari la naik umoh ambo ni..minum-minum dulu ko..sekut tawar ado tu..mari la" tok guru mula mempelawa kami.
"Eh,tak pe tok guru,tak pe..kami nk balik dah ni..jaga diri baik-baik tok guru,semoga tok guru cepat sembuh" aku cepat-cepat salam beliau dan kami berlalu pergi.
"Apsal ko tak naik tadi? kata nak kenal tok guru tu camne.." soal kawan aku hairan.
"Takde pape...saje.." jawab aku ringkas.
Baru aku mengerti siapa sebenar tok guru. Walaupun aku tidak kenal beliau 100%, tapi perjumpaan singkat tadi telah menggambarkan keperibadian beliau yang sangat sederhana..memang layak beliau digelar Ulama Islam dan Tok Guru. Walaupun peristiwa ziarah tu dah berlalu bertahun-tahun lamanya,tapi masih segar dalam ingatan aku.
Kesederhanaan dan ketinggian ilmu agama beliau tidak hanya terhenti di situ, aku dapat lihat suasana negeri Kelantan berbeza dengan negeri-negeri lain,terutama sikap warganya sendiri. KEBANYAKAN rakyat Kelantan terkesan dengan ketinggian ilmu tok guru, sehinggakan sanggup menunaikan solat di mana jua,walau apa jua keadaan.
Dengan menjadikan bendera sebagai hamparan, mereka tetap sujud lepada Raja Segala Raja iaitu Allah Taala..siapa tidak kagum? Hasil didikan tok guru dirasai oleh hampir semua rakyat kelantan
Beliau juga dilihat selalu mengimami majlis solat hajat. Seringkali beliau benar-benar mencontohi Rasulullah s.a.w. iaitu menjadi imam solat. Setiap perkara penting dan perkara biasa pasti beliau akan solat hajat secara berjemaah dan beliau sendiri yg akan 'mengetuai' solat tersebut. Keperibadian beliau yang mencontohi Rasulullah s.a.w. membuat aku sentiasa kagum.
Teringat beberapa tahun yang lepas, ketika tok guru datang ke Masjid Ketereh, aku masih ingat lagi kata-kata beliau,
"Ambo ni menyesal kerano ambo nok kongsi ilmu, nok ajok ore isle jah..ambo lupo bahawo kito ni keno jugok dakwoh ko ore buke isle..ambo saloh..ambo saloh..ambo nyesa sebab ambo dok sedar slamo ni..ambo harap ore-ore mudo dok buak la kesilapan supo ambo buak ni..berdakwoh blako, ko ore buke isle nge ore isle skali.."
Benarlah kata-kata para tabi' tabiin yang ustaz duk bagitahu aku dalam kelas dulu-dulu,
"Orang yang berilmu ini makin tinggi ilmunya makin tunduk dan makin merendah diri pada Allah, juga pada manusia"
Aku yang baru beberapa kali berjumpa dengan tok guru sudah dapat melihat banyak kerendahan dan kesederhaan beliau.. dalam usia yang sudah tua, beliau masih lagi berhujah dengan ayat-ayat quran, benarlah kata para ulama' dulu-dulu bahawa menghafaz ayat-ayat quran menajamkan akal fikiran.
Pada pandangan aku, Tok Guru Nik Aziz adalah Pemimpin Yang Sujud kerana beliau berjaya mendekati hati rakyat dan mendidik kebanyakan rakyatnya supaya sujud kepada Allah...biarlah walau ape pun cemuhan yang tok guru dan rakyat Kelantan terima daripada orang-orang yang tidak benar-benar mengenali beliau, asalkan rakyat Kelantan tetap membela Kepimpinan Ulama..
Baca lagi...
01 Julai 2011
15 Seksaan di Dunia, Akhirat Jika Tinggal Solat Tanpa Taubat
Bercerita tentang solat ni.. Rasulullah s.a.w. bersabda, "barang siapa yg meninggalkan solat, maka sesungguhnya dia (seolah2) telah meruntuhkan agama"
Mengikut pendapat Ulama' jika kita belajar bahasa arab, perkataan 'seolah2' hanyalah penyedap ayat. perkataan 'sesungguhnya' dalah hadis tersebut merujuk pada 'fa qod' ertinya betul2 sungguh..atau dgn kata lain, nk menekankan bahawa meninggalkan solat ni berat sgt2..
Sehinggakan terdapat 2 kelompok ulama yg menjatuhkan hukum terhadap orng yg meninggalkan solat melalui hadis ini iaitu;
1. Kelompok ulama pertama mengatakan bahawa orang tidak solat ini, jenazahnya tidak menjadi fardhu kifayah utk di-solatkan.
2.Kelompok ulama' kedua ini lebih tegas dengan mengatakan bahawa jenazah orang yg tidak solat adalah HARAM di-solatkan dengan menghubungkan hadis di atas dengan sebuah lg hadis Rasulullah s.a.w., "orng yg tidak mendirikan solat bukanlah dari kalangan aku". Melalui hadis itu, jelas dan nyata bahawa meninggalkan solat adalah terkeluar dari Islam hukumnya. Ini juga dikaitkan dengan 15 balasan orng yg meninggalkan solat, 6 ketika hidup, 3 ketika nazak, 3 di alam barzakh dan 3 di padang mahsyar..yg mana 3 di padang mahsyar adalah salah satunya, Allah tidak akan mengampunkan dosanya dan dicampakkan dia ke dalam Neraka Saqar- neraka khas bg mereka yg tidak solat. Di bawah ada diperjelaskan sedikit sebanyak yang saya dapat dari kuliah berkaitan dengan 15 seksaan yg saya nyatakan di terdahulu..15 seksaan ini hanya kepada muslimin yang tidak sempat atau tidak mahu bertaubat..
15 seksaan di dunia, akhirat jika tinggal solat
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."
Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.
Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."
Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.
Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"
Jawab Baginda:
1.Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupan mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).
2.Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).
3.Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.
4.Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).
5.Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.
Doanya ditolak Allah.
6.Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: "Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya."
Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"
Jawab Baginda:
1.Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.
2.Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.
3.Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.
Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"
1.Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti."
2.Kubur orang yang meninggalkan solat juga gelap segelap2nya.
3.Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.
Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."
Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.
Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.
Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?"
Jawab Baginda:
1."Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.
Malaikat yang mengheretnya berteriak: I”nilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardhukan”. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar.
2.Ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.
3.Ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.
Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).
wallahu a'lam.. Baca lagi...