27 April 2011

KISAH MAMA...

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang
baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak
kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang
masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum
meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel
itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut
berada dipangkuan.


Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar
tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si
ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan
tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman
silih berganti
sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor
bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu
normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada
cuping telinga
itu yang kini telah memasuki alam persekolahan
menangis memberitahu
bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya
cacat," katanya
kepada si ibu.


Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan
pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang
dengan menyandang
pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa
cuping telinga, si
anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus
memujuk Ayah kanak-
kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat
melakukannya jika ada
penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu
pencarian bagi mencari
penderma yang sanggup berkorban.


Setahun berlalu...
"Anakku, kita akan menemui pakar bedah hujung minggu
ini.Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya
dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan
lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia
baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah
cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak
cukup seronok, bagaimanapun
dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat
20-an, si anak menjawat
jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin
tahu siapakah penderma
telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si
anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara
ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil
ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun
lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak
berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si
ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.


Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat
kedua-dua cuping telinga
ibunya tiada.


"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si
ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada
siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap
cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling
cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...
tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal
tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang
dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan
tanpa diketahui.


Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium
tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan
senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka,
kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI
BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari
tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah
sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom',
i love u very-very the very muchh.. mmuuaahhsss..


" Jangan malu untuk mengeluarkan air matamu kerana
ianya menunjukan keikhlasan hati kita yang hakiki.. "

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...