26 Disember 2009

Majlis Zikrullah

Dari Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Allah Tabaraka wa Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.

Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit. Lalu Allah SWT bertanya mereka:"Wahai para malaikatKu, dari manakah kamu semua?" Berkata para Malaikat: "Ya Tuhan kami, kami baru saja pulang dari memeriksa hamba-hambaMu di bumi, mereka bertasbih, takbir, talil dan tahmid serta memohon kepadaMu."
Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaannya. Setelah Allah SWT mendengar kata-kata para malaikatNya, maka Allah SWT pun berfiman: "Wahai para malaikatku, apakah yang mereka minta kepadaKu?" Berkata para malaikat: "Hamba-hambamu itu memohon syurga dariMu." Allah SWT bertanya lagi: "Pemahkah mereka melihat akan syurga itu?" Berkata para malaikat lagi: "Mereka tidak pernah melihat syurga itu."

Berfiman Allah SWT: "Hamba-hambaKu memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya dan apalagi kalau mereka melihat syurga itu." Berkata para malaikat: "Mereka juga memohon kebebasan." Allah SWT bertanya: "Mohon bebas dari apa?" Berkata para malaikat: "HambaMu itu memohon kepadaMu supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam." Allah SWT bertanya para malaikat lagi: "Pernahkah hamba-hambaKu melihatkan nerakaKu itu?" Berkata para malaikat: "Tidak ya Allah." Allah SWT berfirman: "Hamba-hambaKu itu tidak pemah melihat neraka jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka melihatnya."

Kemudian para malaikat berkata lagi: "Ya Allah, hambaMu itu memohon ampun kepadaMu," Allah SWT berfiman: "Dengarlah wahai para malaikatKu, Aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu." Berkata malaikat lagi: "Ya Allah, di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir." Allah SWT berkata: "Orang itu pun Ku ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidak ada yang celaka."
Baca lagi...

19 KEISTIMEWAAN WANITA


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli
Baca lagi...

25 Disember 2009

"Jangan Jaga Tepi Kain Orang"


Seringkali kita mendengar ungkapan ini keluar dari mulut-mulut manusia di sekitar kita yng tidak mahu orang lain mencampuri urusan kehidupannya...tetapi,tahukan anda bahawa ungkapan ini adalah berbeza dengan seruan islam melalui al hadis "tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan,sedang jiran tetanggamu menangis kerana kelaparan" dan al hadis "tidak beriman seseorang di kalangan kamu sehinggalah kamu mencintai saudara kamu seperti mana kamu mencintai diri kamu sendiri"...kedua-dua hadis ini biasa kita dengar kan?

Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.,kita seharusnya saling mengambil berat antara sesama muslim....tidak sepatutnya wujud pepatah 'jangan jaga tepi kain orang'...ini merupakan pengaruh barat dalam usaha mereka untuk memecahbelahkan umat islam....saya yakin anda boleh berfikir mengapa saya mengatakan demikian.

Berdasarkan hadis di atas,betapa cantiknya islam itu hinggakan islam menjaga hubungan sesama islam dalam konsep kejiranan...sekiranya kita fikir dengan skop yang lebih luas,hadis ini bukan hanya tertumpu pada penjagaan makan minum jiran,bahkan lebih dari itu.

Saya tidak pandai dalam memberikan contoh. Cuma saya mampu berkongsi dengan pengalaman saya.

Kebanyakkan perkara yang berlaku disekitar saya amat mengecewakan. kebanyakkan dikalangan mereka yang bertelagah tidak mahu ditegur. jika ingin dibincang untuk sama-sama menyelesaikan masalah maka jawab mereka yang 'alim', "biarlah, kita berdoa je,jangan la sibuk-sibuk" ini jauh lari dari islam dalam hubungan manusia dengan manusia. dalam islam,konsep hubungan manusia dengan manusia bukan hanya tertumpu pada perlu berbuat baik untuk menjaga hati sahaja,bahkan kita perlu tegur dan perlu menerima teguran.dari tindakan ini akan wujud hubungan antara sesama muslim...itu yang dikatakan ukhwah.

"Biar la,kita doa jer" islam mengajar kita 'berusaha.berdoa dan bertawakkal" islam ajar kita amal 3 perkara,mengapa kita nk amal 1? konon kita ingin menjaga hati mereka? tak mahu masuk campur urusan mereka? tahukah anda bahawa mereka yang melakukan kesalahana jika ditanya oleh Allah kelak,maka kita turut akan dipersalahkan? kenapa? apa kaitan kita dengan mereka? mereka buat kesalahan,mereka la dapat balasan,kan? ape kaitan dengan kita?

Di sinilah cantiknya islam yang mana mengajar kita agar saling menjaga antara satu sama lain...jika ada sahabat,atau kawan yanga melakukan kesalahan,tegurlah...jika mereka tidak dapat menerima,barulah kita terlepas...Allah tidak melihat pada hasil,tapi Allah melihat pada usaha kita...kemudian,berdoa,dan bertawakkal...

Sesungguhnya pepatah "jangan jaga tepi kain orang" adalah ideologi yang telah diterapkan oleh barat(mind own your business) dalam setiap minda umat islam zaman sekarang...sebab itulah kita hanya mampu melihat umat islam palestin diratah rejim israel, umat islam di china iaitu puak uighur ditindas,umat islam di selatan thai dibunuh seperti binatang dan pelbagai lagi berlaku kerana "jangan jaga tepi kain orang"

Ayuhlah wahai umat islam,kita bersatu kembali,kenangkanlah keakraban para sahabat rasulullah di zaman baginda,di zaman khulafa ar rashidin...bangkitlah..buangkanlah prasangka...wallahua'lam
Baca lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...