1. Jangan tertarik kepada seseorang hanya kerana paras rupa, kekayaan dan kedudukan kerana ia bukanlah penjamin kebahagiaan. Tetapi tertariklah kepada si dia kerana senyumannya yang mampu membuatkan hidup kamu seceria warna sang pelangi.
2. Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.
3. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ketempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satukesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
4. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku lama pada pintu tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
5. Kata-kata yang terucap dibibir sebenarnya tidak dapat mencerminkan apakah yang berlaku dari sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi.
6. Awal dari percintaan adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan dalam dia.
7. Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
8. Mungkin tuhan meinginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
9. Perkara paling menyedihkan dalam hidup ialah apabila berteman dengan seseorang yang sangat bererti dalam hidupmu tetapi akhirnya terpaksa dilepaskan atas alasan yang kukuh.
10. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya
19 Mei 2009
Fikir-fikirkan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan