28 Oktober 2011

ISTINJAK, SAMAK DAN SERTU

1. Istinjak ialah menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat instinjak.

2. Hukum istinjak adalah wajib apabila seseorang itu membuang air besar atau kecil. Istinjak boleh dilakukan dengan air, atau batu atau benda-benda kesat. Menggunakan kedua-duanya (air dan batu atau benda-benda kesat) dalam satu masa sebagai alat istinjak adalah lebih afdal (baik).

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Bila salah seorang antara kamu pergi buang air hendaklah beristinjak dengan tiga biji batu, kerana demikian itu cukuplah untuknya

(Riwayat An-Nasai dan Abu Daud)

3. Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak termasuklah:

(a) air mutlak;

(b) benda-benda yang kesat, keras dan kering seperti batu, kayu, daun kering, kertas, dan sebagainya.

4. Alat-alat yang diharamkan untuk beristinjak termasuklah:

(a) bahan-bahan makanan seperti roti;

(b) tulang-tulang binatang;

(c) kertas yang tertulis nama Allah S.W.T., ayat­-ayat Al-Quran dan Al-Hadis.

CARA BERISTINJAK

1. Istinjak boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu :

(a) menggunakan air mutlak;

i. bersihkan tempat keluar najis hingga suci dan dan bersih
ii. pastikan hilang bau, rasa, rupa, dan warna najis tersebut.

(b) menggunakan benda kesat atau batu

i. hendaklah dicalitkan tempat keluar najis sebanyak tiga kali,
ii. jika menggunakan satu batu, hendak disapukan pada tiga penjuru batu tersebut,
iii.sekiranya masih belum bersih, wajib diulang sehingga benar-benar suci.

(c) menggunakan air dan batu;

i. menyapu tempat keluar najis dengan batu sehingga hilang najis tersebut,
ii. kemudian, dibersihkan dengan air untuk menghilangkan rasa, bau, dan warnanya
Cara ini adalah yang paling afdal jika dibandingkan dengan cara (a) dan (b).

2. Selepas selesai beristinjak, kita disunatkan membaca doa memohon kepada Allah S.W.T. supaya kita tergolong dalam golongan yang bersih dan beramal soleh.

3. Beristinjak dengan benda-benda kesat mempunyai beberapa syarat, iaitu:

(a) alat tersebut kering dan bersih;

(b) alat tersebut bukan daripada benda yang

(c) diharamkan seperti makanan atau yang seumpama dengannya;

(d) najis tersebut masih belum kering;

(e) najis tersebut tidak beralih daripada tempat asalnya;

(f) disapu sebanyak tiga kali, tetapi sekiranya belum bersih hendaklah diulang lagi sehingga bersih;

(g) tidak ada benda-benda lain yang melekat di tempat keluar najis.

Hikmat-hikmat beristinjak termasuklah:

(a) menjauhkan diri daripada kuman yang membawa penyakit;

(b) supaya badan dalam keadaan sihat dan bersih;

(c) dapat mengerjakan ibadat kepada Allah S.W.T., dengan khusyuk;

(d) mengelakkan daripada dipandang jijik oleh orang lain;

(e) supaya anggota badan tidak dijangkiti oleh pelbagai penyakit.

SAMAK

1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan
yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir
yang mengandungi kumankuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)

SERTU

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.

2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali dan satu kali dengan air tanah.

3. Menyucikan najis mughalazah dengan menggunakan tanah bertujuan untuk menghilangkan
kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu
kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan
melainkan dengan menggunakan tanah.

HIKMAT SERTU DAN SAMAK

1. Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kulit-kulit binatang.

2. Supaya manusia dapat menggunakan kulit-kulit binatang dengan selesa dan bersih.

3. Menunjukkan bahawa Islam agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan
semua peralatan harian.

4. Supaya orang Islam sentiasa berhati-hati menggunakan bahan-bahan keperluan dalam kehidupan mereka.

5. Menunjukkan bahawa Islam memberikan kemudahan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling mereka asalkan dengan cara yang halal.

6. Terhindar daripada dijangkiti oleh sebarang kuman penyakit
Baca lagi...

15 Oktober 2011

37 Korean Troops Convert to Islam

"I became a Muslim because I felt Islam was more humanistic and peaceful than other religions. And if you can religiously connect with the locals, I think it could be a big help in carrying out our peace reconstruction mission." So said on Friday those Korean soldiers who converted to Islam ahead of their late July deployment to the Kurdish city of Irbil in northern Iraq. At noon Friday, 37 members of the Iraq-bound "Zaitun Unit," including Lieutenant Son Hyeon-ju of the Special Forces 11th Brigade, made their way to a mosque in Hannam-dong, Seoul and held a conversion ceremony.

Captain Son Jin-gu from Zaitoon Unit recites an oath at ceremony to mark his conversion to Islam at a mosque in Hannam-dong, Seoul on Friday.

The soldiers, who cleansed their entire bodies in accordance with Islamic tradition, made their conversion during the Friday group prayers at the mosque, with the assistance of the "imam," or prayer leader.

With the exception of the imam, all the Muslims and the Korean soldiers stood in a straight line to symbolize how all are equal before God and took a profession on faith.

They had memorized the Arabic confession, " Ashadu an La ilaha il Allah, Muhammad-ur-Rasool-Allah," which means, "I testify that there is no god but God (Arabic: Allah), and Muhammad is the Messenger of God."

Soldiers from Zaitoon Unit pray after conversion ceremony at a mosque in Hannam-dong, Seoul on Friday.

Moreover, as the faithful face the "Kaaba," the Islamic holy place in Mecca, Saudi Arabia, all Muslims confirm that they are brothers.

For those Korean soldiers who entered the Islamic faith, recent chances provided by the Zaitun Unit to come into contact with Islam proved decisive.

Taking into consideration the fact that most of the inhabitants of Irbil are Muslims, the unit sent its unreligious members to the Hannam-dong mosque so that they could come to understand Islam. Some of those who participated in the program were entranced by Islam and decided to convert.

A unit official said the soldiers were inspired by how important religious homogeneity was considered in the Muslim World; if you share religion, you are treated not as a foreigner, but as a local, and Muslims do not attack Muslim women even in war.

Zaitun Unit Corporal Paek Seong-uk (22) of the Army's 11th Division said, "I majored in Arabic in college and upon coming across the Quran, I had much interest in Islam, and I made up my mind to become a Muslim during this religious experience period [provided by the Zaitun Unit]."

He expressed his aspirations. "If we are sent to Iraq, I want to participate in religious ceremonies with the locals so that they can feel brotherly love and convince them that the Korean troops are not an army of occupation but a force deployed to provide humanitarian support."

Source: englishnews@chosun.com
Baca lagi...

11 Oktober 2011

Inilah sebabnya, Rasulullah sukakan kucing


Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji.
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus.
Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.



Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing

Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).




Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang tidak tahu membaca dan menulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Baca lagi...

07 Oktober 2011

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…



Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].
Baca lagi...

05 Oktober 2011

HUKUM MENGENAI JANGGUT

Hukum berkaitan dengan janggut masih menjadi perbahasan di kalangan umat Islam hari ini sedangkan hukumnya telah pun disepakati oleh ulama mujtahidin sekian lama.
Berkata Imam Ibn Hazm al-Andalusi (rh);
“Telah sepakat para imam, bahawa mencukur janggut adalah perbuatan keji, tidak dibolehkan” (al-Muhalla)

Di antara dalil yang dikemukakan oleh para ulama’ adalah berdasarkan hadis-hadis di bawah.
خا لفوا الشركين وفروا اللحي واحفوا الشوارب

Dari Ibn Umar (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda; “Janganlah kamu menyerupai orang-orang musyrikin, peliharalah janggut kamu dan nipiskan misai kamu.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Ibn Umar (ra) berkata bahawa “Kami telah diperintahkan supaya memelihara janggut.” (HR Muslim)

اعفوا اللحي وجزواالشوارب ولا تشبهوابا ليهود والنصارى

Dari Abu Hurairah (ra) berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda, “Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, jangan kamu menyerupai Yahudi dan Nasrani.” (HR Ahmad)
جزواالشوارب وارخوااللحى

Dari Abu Hurairah (ra) Rasulullah (saw) bersabda, “Cukurlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (HR Muslim)

لاتشبهوا با لاعاخم , اعفوا اللحى

Dari Ibn Abbas (ra) berkata: Rasulullah (saw) bersabda; “Janganlah kamu menyerupai ‘Ajam (orang asing dan kafir), maka peliharalah janggut kamu.” (HR Al-Bazzar)

Hadis-hadis di atas adalah hadis bersifat suruhan dan perintah. Maka para ulama telah memutuskan hukum memelihara janggut dan mencukur (menipiskan) misai adalah wajib. Setiap perintah wajib dipatuhi berdasarkan hadis di bawah.
Baginda (saw) bersabda; “Sesiapa yang mentaati aku dia akan masuk syurga, dan sesiapa yang bermaksiat (enggan mematuhi baginda), maka ia telah menolak (menolak sunah dan syurga)” (HR Bukhari)

Dari Anas (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda; “Sesiapa yang tidak suka terhadap sunnahku, maka dia bukanlah golonganku.” (HR Bukhari & Muslim)
Maksud sunnah ialah setiap perkara yang datang dari Rasulullah (saw) sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan dan pengakuan. Sunnah Rasulullah (saw) ada yang bersifat wajib dan ada yang bersifat mustahab / mandub (sunat). Memelihara janggut adalah sunnah wajib.

AMALAN RASULULLAH (SAW) DAN PARA SAHABAT (RA)

Dari Jabir (ra) berkata; “Sesungguhnya Rasulullah lebat janggutnya.” (HR Muslim)
Kesemua para Khulafa ar-Rasyidin memelihara janggut mereka.

“Adalah Abu Bakr (ra) lebat janggutnya, Uthman (ra) jarang (tidak lebat) janggutnya tetapi panjang, dan Ali (ra) tebal janggutnya.” (HR Tirmizi)

Diriwayatkan Umar (ra) mempunyai janggut yang tebal. (al-Ishobah, 2/511)
Berkata Bukhari, “Ibn Umar (ra) menipiskan misai sehingga kelihatan kulitnya yang putih dan memelihara janggut dan jambangnya.” (Fathul Bari, Ibn Hajar)




IJTIHAD ULAMA MUJTAHIDIN DAN ULAMA FIQH

Para Imam Mujtahidin yang empat iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hambali (rh) sepakat mengenai kewajipan memelihara janggut dan haram mencukurnya.

Mazhab Hanafi

Menurut mazhab Hanafi bahawa “Dilarang (diharamkan) bagi lelaki mencukur janggutnya… iaitu memotong janggut kurang dari segenggam. Mencukur janggut sepenuhnya telah dilakukan oleh Yahudi dan Majusi.” (Durr al-Mukhtar)
Allamah Ibn Abidin (rh) berkata; “Diharamkan bagi lelaki mencukur janggutnya.”(Radd al-Mukhtar)

Mazhab Maliki

Ulama Maliki menyatakan bahawa “Mencukur janggut adalah diharamkan kerana mencukurnya adalah perbuatan keji. Tapi jika ia semakin besar, dan jika memotong tidak dilihat sebagai mencukurnya, maka ia boleh dipotong (trim), tapi ia dikira makruh dan bertentangan dengan apa yang lebih baik.” (Sharh al-Risalah)

Al-‘Adwi (rh) berkata; “Diriwayatkan dari Imam Malik (rh) bahawa beliau tidak menyukai perbuatan mencukur apa-apa yang di bawah rahang, sehingga ia berkata, ‘Ia adalah perbuatan Majusi.’ Dan diharamkan mencukur helaian-helaian janggut”(ibid)
Ibn ‘Abd al-Barr (rh) berkata; “Diharamkan mencukur janggut, ia tidak dilakukan melainkan lelaki yang menyerupai perempuan.” (At-Tahmid)



Mazhab Syafi’i

Imam Syafi’i (rh) dalam kitab al-Umm menegaskan bahawa, “Mencukur janggut adalah haram hukumnya tanpa ‘illah (iaitu pengharamannya tanpa dalih-dalih lagi).”
Berkata Ibn Rif’ah (rh) dalam Hasyiah al-Kaafiyah “Sesungguhnya Imam as-Syafi’i (rh) telah menjelaskan dalam al-Umm keharaman mencukur janggut.”
Menurut fatwa Imam al-Ghazali dan Imam Nawawi (rh) bahawa “Mencukur janggut itu perbuatan mungkar dan dosa besar (kerana mencukurnya adalah perbuatan haram).”

Mazhab Hambali

Mazhab Hambali bersetuju tanpa kecuali bahawa diharam mencukur janggut (Al-Insaf, Sharh al-Muntaha).
Ibn Taimiyyah (rh) menyebutkan; “Diharamkan mencukur janggut.” Beliau menambah .. “Disebabkan hadis-hadis yang sahih, diharamkan mencukur janggut dan tidak ada siapa yang pernah membenarkannya.”
As-Saffarini (rh) berkata; “Adalah disepakati dalam mazhab kami (Hambali) bahawa diharamkan mencukur janggut.” (Ghitha al-Albab)

KADAR PANJANG JANGGUT MENGIKUT SYARIAH

Janggut adalah apa-apa yang tumbuh di muka iaitu rambut-rambut yang yang terdapat pada tepi muka kiri dan kanan yang bersambung dengan rambut di kepala yang dikenali jambang dan di bawah dagu.

Perintah Rasulullah (saw) jelas menunjukkan bahawa janggut sepatutnya dibiarkan tumbuh lebat. Tambahan pula, Baginda (saw) dan para Sahabat (ra) mempunyai janggut yang lebat dan besar.

Tiada hadis sahih menunjukkan Rasulullah (saw) memendekkan janggutnya. Tetapi, ada riwayat yang sahih daripada beberapa Sahabat terutamanya, Ibn Umar, Abu Hurairah dan Ibn Abbas (ra) menunjukkan mereka memotong janggut yang melebihi satu genggaman. Terdapat juga riwayat dari kalangan ulama salaf melakukan perkara yang sama seperti Ibrahim an-Nakhai, Imam Malik dan Ahmad (rh).

Dalam sahih al-Bukhari disebut, “Semasa Ibn Umar (ra) mengerjakan haji dan umrah, beliau akan mengenggam janggutnya, bahagian mana yang lebih (dari genggamannya) dipotong.”

Oleh itu, dapatlah difahami bahawa janggut yang kurang dari segenggam tidak memenuhi maksud sunnah. Yang menyedihkan, ramai di kalangan agamawan pun tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh ulama salaf berkaitan dengan janggut ini. Mereka mengatakan perkara ini remeh-temeh dan kurang penting. Berbagai alasan yang kita dengar untuk mengelak dari melaksanakan sunnah wajib ini. Satu daripada hujah mereka ialah memelihara janggut adalah sunnah jibiliyyah(adat kebiasaan) orang ‘Arab. Fahaman ini bertentangan apa yang diputuskan oleh ulama salafus soleh dari generasi awal Islam.

Perlu diingat bahawa janggut juga perlu didandan dan dikemas. Janggut jangan dibiar terlalu panjang dan tidak terurus kerana umat Islam mesti kelihatan bersih dan kemas kerana imej umat Islam harus dijaga.

PENGECUALIAN

Syariah Islam adalah fleksibel dan praktikal kerana mengambilkira semua faktor sekelilingnya. Bagi mereka yang mempunyai sebab-sebab tertentu seperti berkaitan rawatan perubatan yang memerlukan janggut perlu dicukur, maka syariah membenarkannya.

Ketika di bawah penguasaan musuh Islam dan orang yang zalim, jika dengan berjanggut ini boleh mengancam nyawa dan keselamatan, maka syariah mengharuskannya ia dicukur.

Kewajipan memelihara janggut adalah bagi mereka yang mempunyai janggut. Bagi mereka yang memang ditakdirkan tidak tumbuh janggut, mereka dikecualikan dari kewajipan ini. Seseorang mungkin boleh berikhtiar dengan melakukan ‘petua’ tertentu supaya janggutnya tumbuh serta berdoa’ agar Allah (swt) menumbuhkan janggutnya.

Sekian. Wallahu’alam.
Baca lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...